Cara Pasang Kedudukan Lencana Sekolah

Dah masuk saat-saat akhir cuti persekolahan mesti ibu bapa dah siap menguruskan barang sekolah dan keperluan anak-anak menjelang pembukaan sekolah tak lama lagi kan? 

Untuk aku sendiri yang termasuk dalam kategori mak suka buat kerja last minute walaupun semua bahan dah ada, jadi seronok pula siapkan di penhujung cuti sekolah tu. Baru terasa aura persekolahan tu kata orang.

Cis dasar banyak alasan. Mengaku saja penyakit M tu menimbun. Lol. Bukanlah semua aku buat last minute. 



Cara Pasang Kedudukan Lencana Sekolah


Balut buku, beli baju dan alatan persekolahan semua dah siap awal. Yang tinggal cuma nak pasang lencana sekolah dekat baju sekolah anak sahaja.







Pasang Lencana Sekolah Salah


Bila sebut pasal lencana sekolah ni, aku teringat masa anak aku tahun satu. Sekarang dah nak masuk tahun tiga. Begitu cepat anak membesar, mak is so tua. 

Masa tu aku lah jahitkan lencana dia, kemain aku google cara tampal gam UHU tu tapi tak terbuat juga.

Lepas confirmkan dengan suami kedudukan lencana sekolah maka cepatlah aku jahit kan, sebab sekolah agak strict dengan pemakaian lencana. 

Bangga mak tengok lencana cantik dijahit rupanya sekejap je bangga sebab lepas tu suami suruh tukar. Ikhwan dan ditegur oleh cikgu, kedudukan lencana salah. Lol.  

Dan lepas kejadian tu, setiap kali cuti persekolahan seminggu sebelum sekolah bermula cikgu akan ingatkan semula tentang hal pembelian buku, kedudukan lencana sekolah, yuran dan sebagainya. 

Salute la aku dengan tugas guru. Sungguh memudahkan ibu bapa. Terima kasih guru, jasamu dikenang. Aku tak pasti sekolah lain, tapi sekolah anak aku sekarang memang cikgu dah bagi arahan dan panduan cara pasang kedudukan lencana sekolah. 

Jadi tak payah banyak songeh kita ikutkan sahaja lah. Pernah aku salah pasang lencana sekolah aku jahit lencana tu dibahagian poket sebab aku rasa macam cantik di pandangan mata aku.



Cara Mudah Pasang Lencana Sekolah Dekat Sini ~  Tampal Lencana Sekolah



Etika Pemakaian Lencana Dan Tanda Nama


Tak pernah aku bayangkan aku kena buat untuk anak sendiri. Tak sia-sia mak aku bebel suruh belajar menjahit walaupun yang basic je. Fiuh. 

Ikut apa yang cikgu kongsikan, 3 perkara yang perlu ibu bapa ambil tahu tentang kedudukan lencana adalah seperti berikut:
  1. Lencana sekolah hendaklah dijahit dan berada di atas tanda nama
  2. Tanda nama hendaklah dijahit dan berada dibawah lencana sekolah
  3. Bahagian poket hendaklah dibiarkan kosong tanpa ada sebarang tampalan mahupun jahitan






Kesimpulan

Aku pernah baca Kementerian Pendidikan Malaysia tak pernah meletakan sebarang syarat mahupun peraturan tentang kedudukan lencana. 

Bergantung kepada sekolah untuk tetapkan peraturan supaya nampak lebih seragam. Sebagai ibu bapa, selagi tak menyusahkan aku ok sahaja.

Kalau imbas semula, lencana sekolah la paling aku tak suka pakai. Dulu aku tak jahit tapi aku pakai jarum peniti bagi dia lekat dekat tudung sebab lepas perhimpunan aku akan cabut lencana. 

Pengawas selalu aim tudung aku lol. Entah, aku suka tudung tu bersih tanpa lencana.

Selamat menjahit lencana wahai ibu bapa. Tak lama lagi hadap anak sekolah pula.


Ulasan

  1. lain sekolah lain caranya kan, tapi rasanya kalau kat tudung mudah je, kalau kemeja kdg nak atas poket, kdg nak lekat di poket

    BalasPadam
  2. tq selalu kompius nak tampal camne

    BalasPadam

Catat Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.