Dah masuk saat-saat akhir cuti
persekolahan mesti ibu bapa dah siap menguruskan barang sekolah dan keperluan
anak-anak menjelang pembukaan sekolah tak lama lagi kan?
Untuk aku sendiri yang
termasuk dalam kategori mak suka buat kerja last minute walaupun semua bahan
dah ada, jadi seronok pula siapkan di penhujung cuti sekolah tu. Baru terasa
aura persekolahan tu kata orang.
Cis dasar banyak alasan. Mengaku saja
penyakit M tu menimbun. Lol. Bukanlah semua aku buat last minute.
Cara Pasang Kedudukan Lencana Sekolah
Balut buku,
beli baju dan alatan persekolahan semua dah siap awal. Yang tinggal cuma nak
pasang lencana sekolah dekat baju sekolah anak sahaja.
Pasang Lencana Sekolah Salah
Bila sebut pasal lencana sekolah
ni, aku teringat masa anak aku tahun satu. Sekarang dah nak masuk tahun tiga. Begitu
cepat anak membesar, mak is so tua.
Masa tu aku lah jahitkan lencana dia,
kemain aku google cara tampal gam UHU tu tapi tak terbuat juga.
Lepas confirmkan dengan suami
kedudukan lencana sekolah maka cepatlah aku jahit kan, sebab sekolah agak
strict dengan pemakaian lencana.
Bangga mak tengok lencana cantik dijahit
rupanya sekejap je bangga sebab lepas tu suami suruh tukar. Ikhwan dan ditegur
oleh cikgu, kedudukan lencana salah. Lol.
Dan lepas kejadian tu, setiap
kali cuti persekolahan seminggu sebelum sekolah bermula cikgu akan ingatkan
semula tentang hal pembelian buku, kedudukan lencana sekolah, yuran dan
sebagainya.
Salute la aku dengan tugas guru. Sungguh memudahkan ibu bapa. Terima
kasih guru, jasamu dikenang. Aku tak pasti sekolah lain, tapi
sekolah anak aku sekarang memang cikgu dah bagi arahan dan panduan cara pasang
kedudukan lencana sekolah.
Jadi tak payah banyak songeh kita ikutkan sahaja
lah. Pernah aku salah pasang lencana sekolah aku jahit lencana tu dibahagian
poket sebab aku rasa macam cantik di pandangan mata aku.
Cara Mudah Pasang
Lencana Sekolah Dekat Sini ~ Tampal Lencana Sekolah
Etika Pemakaian Lencana Dan Tanda Nama
Tak pernah aku bayangkan aku kena
buat untuk anak sendiri. Tak sia-sia mak aku bebel suruh belajar menjahit
walaupun yang basic je. Fiuh.
Ikut apa yang cikgu kongsikan, 3 perkara yang
perlu ibu bapa ambil tahu tentang kedudukan lencana adalah seperti berikut:
- Lencana sekolah hendaklah dijahit dan berada di atas tanda nama
- Tanda nama hendaklah dijahit dan berada dibawah lencana sekolah
- Bahagian poket hendaklah dibiarkan kosong tanpa ada sebarang tampalan mahupun jahitan
Kesimpulan
Aku pernah baca Kementerian
Pendidikan Malaysia tak pernah meletakan sebarang syarat mahupun peraturan
tentang kedudukan lencana.
Bergantung kepada sekolah untuk tetapkan peraturan
supaya nampak lebih seragam. Sebagai ibu bapa, selagi tak menyusahkan aku ok
sahaja.
Kalau imbas semula, lencana
sekolah la paling aku tak suka pakai. Dulu aku tak jahit tapi aku pakai jarum
peniti bagi dia lekat dekat tudung sebab lepas perhimpunan aku akan cabut
lencana.
Pengawas selalu aim tudung aku lol. Entah, aku suka tudung tu bersih
tanpa lencana.
Selamat menjahit lencana wahai
ibu bapa. Tak lama lagi hadap anak sekolah pula.
lain sekolah lain caranya kan, tapi rasanya kalau kat tudung mudah je, kalau kemeja kdg nak atas poket, kdg nak lekat di poket
BalasPadamtq selalu kompius nak tampal camne
BalasPadam