Review Night of Fright 7 Sunway lagoon Malaysia


Review Night of Fright 7 Sunway lagoon Malaysia

Aku tahu agak terlambat nak berkongsi pengalaman aku ke Night of Fright – 7 yang bertempat di Sunway Lagoon Malaysia hujung bulan lepas, tapi gigih juga menaip untuk rujukan dan juga kenangan di masa hadapan. Night of Fright atau malam ketakutan atau bahasa kampungnya ‘rumah hantu’ telah dibuka pada hari Jumaat hingga Ahad kepada hantu orang ramai selama hampir sebulan.

Jadi untuk memeriahkan Night of Fright tahun ni, aku ajak kawan aku yang bukan penakut teman aku ke sini. Kalau ajak penakut silap hari bulan memang pengsan dekat situ je la kan. Ini tahun ke tujuh Night of Fright di buka kepada orang ramai.


Seram tak Night of Fright 7?

Well, soalan seram ke idok Night of Fright 7? Masa aku dapat tiket Night of Fright 7 yang ditaja oleh Real Me Malaysia (Terima kasih Real Me) hampir setiap hari aku baca review dan juga buat research tentang Night of Fright. Kemain kan kalah nak menjawab exam study kau.

Aku bukan lah penakut sangat dan bukan la berani gila. Kalau pergi Fun Fair, rumah hantu la tempat yang aku tak akan masuk. Sebab aku selalu fikir bahaya dan tak risaukan keselamatan aku dekat dalam tu. Paranoid kan? Aku risau hantu tipu tu apa-apa kan aku. lol.


Berbalik kepada pengalaman aku di Night of Fright 7 Sunway lagoon; aku enjoy dan tabik spring kepada semua hantu-hantu yang berbakat berlakon dan menjiwai watak. Sepanjang aku dekat sana kebenaran dia ialah, aku jumpa banyak lelaki penakut.


Aku tak tipu ok, kalau perempuan takut dan kena sakat tu aku rasa normal la kan? Perempuan kan kaum yang lemah. Ahaks. Non-stop aku gelak tengok lelaki / jantan dia carut hantu kacau dia. Ni lelaki bukan lembut tau.


Ada lapan rumah hantu, 1 teater seram, 11 thrilled dan dua show stage sempena Night of Fright 7 pada tahun 2019.
Sharknado Alive
Animalium
Horrorwood Studio
The hotel Devile
The Plague
Blood.shed
Horrorjuku
House of Vodoo
Bomoh

Tips ke Night of Fright

  • Keadaan dekat sini gelap dan disinari oleh cahaya ala-ala lampu disco dan untuk menambah effect seram dia tambah asap dan sepanjang dekat sana ada la music seram. Tambahan orang dan hantu tu jerit menyakat orang.
  • Hantu dekat sana suka buat aksi pelik, sergah, kejar dan jangan risau hantu tak boleh sentuh korang. Etika kerja tu.
  • Kalau korang lemah semangat aku tak galak kan korang datang sini, terutama kalau korang ada lelah, darah tinggi, jantung dan sebagainya. Risiko tu semua korang tanggung TAPI kalau korang lemah semangat tapi nak juga rasai pengalaman korang cuba la jejak kaki ke sini ok. agak-agak seram sangat balik la. lol

  • Untuk elak dikacau atau disergah oleh hantu, korang kena tunjuk korang tak takut dan sentiasa cool. Kalau tak memang nasib korang la dikacau hantu secara berjemaah. Orang yang kuat melatah juga selalu jadi mangsa.  
  • Night of Fright ni kira satu kampung yang ada banyak jenis rumah hantu. Korang kena beratur dan masuk secara berkumpulan. Malas nak beratur korang beli lah express lane ticket.
  • Kalau ke Haunted Teater – Bomoh, korang just duduk dan tengok video sambil hantu tu tetibe muncul sepanjang cerita. Ada yang korang kena berjalan dan sampai saat korang keluar hantu tu duk kacau. Ikut tema, animal, bomoh, voodoo dan banyak lagi.
  • Selain rumah hantu, ada permainan lain yang biasa ada di taman tema lain. Fokus aku nak masuk rumah hantu dan tangkap gambar je.

  • Pintu Night of Fright dibuka pukul 7.30 malam sehingga 11.30 malam dan kalau nak dapatkan gambar yang cantik dan menarik korang datang awal sikit. Ada persembahan tarian dan cun nak ambil gambar. Dekat dalam agak gelap dan sila guna handphone yang bagus untuk ambil gambar dalam gelap.
  • Ada rumah hantu yang boleh korang rakam dan ada yang tak dibenarkan untuk rakam contohnya Bomoh House. Aku dah masuk rumah hantu tak sempat nak pegang kamera sebab mata aku asyik cari apa yang seram. Dah kena sergah baru seram.
  • Jujurnya aku tak masuk ke semua rumah hantu, aku masuk empat dari Sembilan rumah. Rumah hantu paling ngeri aku tak sempat masuk sebab aku lebih suka ambil gambar. Lagi satu aku rimas tersedut asap kemain banyak.
  • Kawasan dia agak besar dan berbukit, budak umur 12 tahun ke bawah tidak dibenarkan masuk, aku tak jumpa warga emas dalam tu dan banyak minuman serta makanan ringan dijual dengan harga sendiri mau ingat. Kalau lapar juga memang ada stall makanan lengkap dengan kerusi meja yang ikut tema Night of Fright. Sediakan duit sahaja.

Overall pengalaman ke Night of Fright memang best. Sekali seumur hidup kena la rasa juga untuk kenang-kenangan. Esok lusa kalau cucu cerita tentang rumah hantu aku boleh la gebang apa yang patut. Lol.


Ulasan

Catat Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.