Mesej Keamanan Melalui Anugerah Video Muzik Antarabangsa

Buat julung kalinya, Pesta Anugerah Video Muzik Antarabangsa 2020 (IMVAF 2020), yang dianjurkan oleh Excella Chong, Pengasas TOC Production dijangkakan bakal berlangsung pada 7 Mac 2020 bertempat di Mega Star Arena, Kuala Lumpur.

IMVAF secara rasmi dilancarkan dan dihadiri oleh, Presiden Persatuan Rantai Malaysia (MRCA), Datuk Seri Garry Chua, Pengerusi Antarabangsa Pelancongan Tan Sri Danny Ooi, Prof Dato’ Dr Jayles Yeoh, Pengerusi Persekutuan Rangkaian dan Francais ASEAN (ARFF) dan selebriti, Lee Pei Ling (Penyanyi & Penulis lagu), Masya Masyitah (Penyanyi) dan Ruby Faye (Pelakon) di Menara PGRM, Kuala Lumpur.

Mesej Keamanan Melalui Anugerah Video Muzik Antarabangsa

Untuk pengetahuan semua, IMVAF 2020 merupakan platform khusus untuk mempamerkan budaya dan seni melalui hiburan dan pendidikan (edutainment). 

Ianya juga menampilkan artis dari Malaysia dan China untuk meraikan pencapaian mereka dalam industri muzik seperti lakonan, penciptaan muzik dan seni persembahan.

Apa yang menarik tentang IMVAF 2020, ianya merupakan anugerah yang pertama di Malaysia yang menggabungkan pertandingan video muzik antarabangsa dan juga pertunjukan fesyen. 

Setiap peserta diwajibkan untuk menghasilkan karya bertemakan keamanan dunia yang positif seterusnya mendidik orang ramai melalui video yang dihasilkan.



Berita baik kepada pencipta muzik terutama yang suka menghasilkan video ini lah peluang yang harus di ambil kerana melalui IMVAF, korang bakal mengetengahkan lagi bakat korang diperingkat antarabangsa. 

Penyertaan dibuka kepada orang ramai melalui tiga kategori iaitu kategori Belia & Pelajar, Kategori Terbuka & Semi-profesional dan Kategori Korporat Profesional.

Inilah peluang untuk tonjolkan kreativiti, keaslian dan juga keindahan seni dalam video dan lagu korang.  


Pertunjukan Fesyen Bertemakan Cinta

Selain Anugerah Video Muzik, IMVAF 2020 juga bakal diserikan dengan acara pertunjukan fesyen yang mempamerkan koleksi budaya Malaysia dan antarabangsa. 

Ini merupakan salah satu cara memperkenalkan budaya kita di mata dunia dan peluang untuk kita juga bekerjasama dengan jenama antarabangsa seperti Jackie Holliday dan The Mod House.

Seiring dengan kemajuan teknologi, IMVAF merupakan platform untuk menggalakkan Perusahaan Kecil Sederhana (SME) untuk mempromosikan perniagaan, perkhidmatan dan produk mereka melalui video muzik.

Diharap usaha murni yang bertemakan keamanan dan kasih sayang seperti IMVAF ini mendapat sambutan yang menggalakan seterusnya memberi impak posfitif baik kepada mereka yang terlibat secara langsung mahupun tidak.  

Untuk maklumat lanjut mengenai Festival Muzik Video Antarabangsa 2020, sila layari www.imvaf.com.


Ulasan

Catat Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.