Baru-baru ni aku menghadiri majlis pelancaran SuperDayCamp di SuperPark Malaysia yang bertempat di Avenue K Kuala Lumpur.
Sempena cuti sekolah yang bakal menjelma, Superpark memperkenalkan SuperDayCamp.
Program cuti sekolah yang penuh dengan aktiviti sukan menarik khas untuk kanak-kanak di bawah jurulatih berpengalaman.
Untuk pengetahuan korang, SuperPark dikenali sebagai the friendliest all-in-one indoor activity park sesuai untuk semua golongan daripada kanak-kanak dan orang dewasa.
Manfaatkan Cuti Sekolah di SuperDayCamp SuperPark
Apa yang
menarik di SuperPark? Teruskan membaca ya.
Bila tiba cuti sekolah, untuk ibu
bapa yang ada anak-anak yang bersekolah macam aku ni memang dah mula fikir
aktiviti yang sesuai untuk dilakukan masa cuti nanti. Kalau tak memang masa
habis duduk depan televisyen saja.
Tak macam waktu aku kecil dulu,
waktu cuti sekolah main khemah-khemah, pergi memancing, masuk ladang kelapa
sawit.
Hai banyak lah aktiviti. Berbeza sungguh aktiviti cuti sekolah dahulu
dan sekarang.
BACA SINI ~ Cara Beli Tiket Secara Online
The Power Of Play SuperDayCamp
Melalui SuperDayCamp, SuperPark
menekankan konsep “The Power of Play” yang bertujuan untuk menjalinkan
hubungan, membina kepercayaan dan menyokong keyakinan diri, serta memberi
pendedahan awal kepada kanak-kanak membangunkan asas kemahiran hidup yang
penting.
Ibu bapa boleh memilih untuk
hantar anak-anak ke kem ini untuk satu atau tiga hari.
Kem ini menjanjikan
keseronokan dalam persekitaran tertutup yang selamat untuk memupuk kecergasan, kebolehan
kognitif dan kerja berpasukan.
Salah satu fakta yang menakutkan,
lebih separuh daripada remaja Malaysia cenderung untuk memilih gaya hidup tidak
aktif dan lebih suka duduk berjam-jam tanpa apa-apa aktiviti fizikal.
Sebagai contohnya
bermain permainan video di telefon. Kalau perasan anak-anak kecil yang berusia
dua hingga tiga tahun ketagihan telefon pintar.
Sedih! Tapi itu lah hakikatnya.
Luangkan cuti sekolah anda di SuperDayCamp!
Bercakap dalam acara pelancaran,
Charlene Marie Samuel, Pengarah Autisme Behavioural Pusat dan ahli terapi Analisis
Terapi Gunaan yang terlatih berkata,
"Waktu bermain adalah penting untuk
perkembangan keseluruhan kanak-kanak terutamanya semasa umur pembesaran mereka".
Ia membolehkan mereka untuk belajar
kemahiran penting seperti menyelesaikan masalah, bekerja dalam pasukan, dan
menyesuaikan diri dengan persekitaran baru - semuanya akan sangat berguna
apabila mereka semakin tua. "
SuperCamp sesuai disertai oleh
kanak-kanak berumur empat hingga sepuluh tahun. Dengan nisbah jurulatih dan
kanak-kanak 1: 7.
Kem akan dibimbing melalui beberapa siri aktiviti bermain untuk
melatih fizikal, mental dan emosi di dalam seliaan dan persekitaran yang
menyeronokkan.
Kanak-kanak boleh pilih untuk kem sehari atau kem tiga hari
sepanjang hari Isnin hingga Rabu, bermula 25 November 2019 hingga 18 Disember
2019.
Kem akan bermula pada pukul 9:00 pagi hingga 3:30 petang
Harga tiket untuk SuperDayCamp
(Beli sebelum 15 November akan menikmati diskaun 10%)
Kem 1-hari RM179.10 (Harga Asal RM199)
Kem 3 Hari RM449.10 (Harga Asal RM499)
Semua peserta SuperDayCamp akan menerima:
• Sijil Penyelesaian (disokong oleh Pendidikan Finland)
• Makan tengah hari (pilihan vegetarian disediakan)
• Welcome Pack (SuperPark Branded Merchandises)
• T-shirt Kem Edisi Terhad
• Akses Hari Penuh ke SuperPark Malaysia selepas sesi kem
* Mana-mana kanak-kanak di bawah umur 8 tahun mestilah
ditemani oleh penjaga sah yang berumur 18 tahun ke atas.
Untuk keterangan lanjut tentang SuperPark Malaysia’s
SuperDayCamp, sila layari lama website dan juga laman sosial seperti dibawah:
https://www.superpark.com.my/
Instagram @superparkmy
such a great event
BalasPadam