Langkawi adalah antara destinasi percutian kami sekeluarga yang memang tak pernah bosan kami nak pergi.
Aku sendiri sangat suka kan Langkawi walaupun dipenuhi dengan pelancong tapi suasana kampung tu masih terasa.
Untuk korang yang plan nak bercuti di Langkawi tapi tak tahu nak stay dekat mana, mari sini aku cadangkan hotel / homestay yang kid friendly.
Sesuai untuk korang yang bercuti bersama family. Untuk yang bercuti ke Langkawi tanpa anak-anak pun boleh consider homestay ni.
Ibu bapa kena take note kalau nak bawa anak-anak bercuti, keselesaan & keselamatan mereka mesti letak priority or else nanti rosak percutian.
10 Hotel Kid Friendly Di Langkawi
Pengalaman aku sendiri beberapa kali
bercuti dengan anak kecil memang banyak perkara kami belajar. Selain
keselesaan, harga homestay pun memainkan peranan penting terutama bila
melancong ikut bajet.
Jadi, aku senaraikan 10 hotel / homestay
yang mesra keluarga dan kid friendly di Langkawi yang telah mendapat banyak
review yang baik terutama tentang kebersihan, lokasi, harga dan juga kakitangan
yang mesra pelanggan.
Senarai 10 Hotel Kid Friendly Di Langkawi
1. Tanjung Puteri Motel
Ramai pelanggan berpuas hati dan kembali memilih Tanjung Puteri Motel sebagai tempat penginapan mereka apabila bercuti di Langkawi. Kemudahan asas seperti dapur, peti sejuk dan cerek di sediakan.
Antara tarikan utama Tanjung Puteri Motel adalah kerana lokasinya yang berhadapan dengan pantai dan jika anda bernasib baik anda akan dapat melihat burung helang dan singa laut berenang di pantai.
Sesuai untuk mereka yang gemarkan alam semulajadi terutama percutian di pantai.
Alamat Tanjung Puteri Motel: Kampung Pasir Hitam, Mukim Ayer Hangat Langkawi
No Telefon: 04-959 1044
2. Rainbow Langkawi-Inn
Pelanggan boleh menyewa basikal sambil
menikmati keindahan alam dan boleh berbasikal ke pantai. Rainbow Langkawi-Inn
merupakan salah satu resort bajet yang bersih, selesa dan mampu inap. Harga yang
ditawarkan berpatutan dengan apa yang anda dapat.
Kakitangan resort juga mesra
pelanggan dan sedia membantu anda. Resort dilengkapi penghawa dingin, dapur,
peti sejuk, dan juga TV. Lokasi yang baik dan berhampiran
dengan jalan utama Chenang serta dikelilingi oleh kedai makan dan pasaraya.
Alamat Rainbow Langkawi-Inn: Kampung
Lubok Buaya, 07000 Langkawi, Kedah. No Telefon: 04-955 8103
3. Best Seven Motel
Bukan mudah jika mencari
penginapan yang murah jika anda bercuti bersama ahli keluarga yang ramai.
Best
Seven Motel mendapat pujian kerana bilik yang selesa dan bersih. Sesuai untuk
mereka yang bercuti bersama keluarga dengan ahli yang ramai.
Kemudahan asas seperti tandas
yang bersih, TV berfungsi dengan baik, tuala yang mencukupi dan apa yang penting,
wifi mereka sangat pantas.
Penting untuk mereka yang tidak boleh hidup tanpa
Internet. Lokasi Best Seven Motel juga tidak terlalu jauh dari bandar.
Alamat Best Seven Motel: 29 &
30, Lorong Berlian 1, Taman Berlian, 07000 Kuah, Kedah
No Telefon: 04-961 0878
4. The Gemalai Village
Ramai memilih untuk menginap di
sini kerana lokasi The Gemalai Village yang dekat dengan Lapangan Terbang
Antarabangsa Langkawi, terminal feri Rebak dan berjalan kaki untuk ke Pantai
Cenang.
Ada kemudahan asas seperti TV, Wi-Fi
percuma, balkoni dan peti besi, serta kemudahan teh dan kopi. Kemudahan percuma
termasuk sarapan pagi, tempat letak kenderaan dan basikal untuk disewa.
Paling best The Gemalai Village Dikelilingi
oleh sawah padi.
Mendapat review 4.4/5.0 bintang
dan mendapat ulasan baik berkenaan kakitangan yang mesra dan lokasi yang bagus.
Alamat The Gemalai Village: The
Gemalai Village: Laman Padi, Jalan Pantai Cenang, 07000 Langkawi, Kedah
No Telefon: 04-955 3225
5. The Cottage Langkawi
Berdekatan dengan akuarium
Underwater World Langkawi dan hanya 5 minit berjalan kaki dari Pantai Cenang.
Rumah tamu desa yang sesuai untuk mereka yang mencari penginapan yang tenang
dan selesa di Langkawi serta good value for money.
Mendapat review 4.0/5.0 bintang
di Google dan mendapat ulasan yang bagus berkenaan lokasi strategik, dan
berdekatan pusat membeli-belah dan restoran. Ia berbaloi untuk datang semula ke
sini.
Alamat The Cottage Langkawi: No
8, Kampung Haji Saad, Jalan Pantai Chenang, 07000 Langkawi, Kedah
No Telefon: 017-500 0262
6. G Langkawi Motel
Ramai yang syorkan untuk stay di
G Langkawi Motel kerana biliknya yang luas. Sesuai untuk mereka yang bercuti
bersama keluarga. Walaupun lokasi yang agak jauh dari bandar tapi jangan risau
sebab kemudahan seperti pasar raya 24 jam dan kedai makan ada berdekatan.
Boleh
jalan kaki je. Salah satu sebab G Langkawi Motel
mendapat review yang bagus adalah kerana kakitangan yang mesra pelanggan,
penginapan yang bersih serta tempat letak kereta yang luas.
Alamat G Langkawi Motel: Lot 403
(Plot C), Kampung Kelibang, Kuah, 07000 Langkawi, Kedah
No Telefon: 04-966 6001
7. Langkawi Anjung Villa
Chalet yang sesuai untuk mereka
yang sukakan privasi dan jauh dari kesesakan. Pemandangan sawah padi dan ada
kolam renang.
Boleh tempah Grab untuk korang yang malas nak drive.
Mendapat review 4.3/5.0 bintang
dan mendapat lebih dari 100 ulasan baik di Google. Harga yang ditawarkan juga
berpatutan.
Alamat Langkawi Anjung Villa: 1243,
Jalan Batu Belah Batu Bertangkup, Kampung Bukit Lembu, 07000 Langkawi, Kedah
No Telefon: 012-470 9045
8. Chalet TM3, Langkawi
Chalet TM3, Langkawi sesuai untuk
mereka yang pentingkan bajet dan berhadapan dengan sawah padi. Homestay juga
tawarkan perkhidmatan kereta sewa jadi tak payah susah payah nak cari kereta
sewa.
Menyediakan kemudahan asas yang
berbaloi dengan duit anda. Mendapat review4.2/5.0 bintang yang tinggi hasil
dari review mereka yang pernah menginap di sini.
Alamat Chalet TM3, Langkawi:
Jalan Kedawang, Kampung Kedawang, 07000 Langkawi, Kedah
No Telefon: 012-464 9091
9. Salsa Resort
Lokasi resort yang berdekatan
dengan Pantai Cenang jadi tak perlu risau tentang mencari tempat makan dan
membeli cenderamata.
Disediakan tempat letak kereta,
penginapan bersih dan kakitangan yang sopan dan membantu. Pihak resort
menyediakan water dispenser di setiap tingkat resort untuk memudahkan
pelanggan.
Alamat Salsa Resort: Malaysia,
07000 Langkawi, Kedah
No Telefon: 04-955 6168
10. Penarak Bamboo Beach Motel
Jika anda mementingkan tempat
penginapan yang tenang, apa kata anda cuba menginap di Penarak Bamboo Beach
Motel.
Rasai pengalaman indah sarapan pagi di depan resort dengan pemandangan
alam semulajadi menakjubkan.
Lokasi yang agak terpencil memberikan
anda ruang privasi dan semestinya pemandangan kampung nelayan yang mewujudkan
rasa tenang.
Penarak Bamboo Beach Motel juga menyediakan kolam renang untuk
para pelanggan.
Alamat Penarak Bamboo Beach Motel:
Lot 85, Kampung Penarak, Kuah, 07000 Langkawi, Kedah
No Telefon: 04-966 6194
Sekian sahaja perkongsian aku
tentang senarai 10 Hotel Kid Friendly Di Langkawi. Diharap sedikit sebanyak
dapat membantu korang buat keputusan dekat mana nak menginap bila datang
bercuti di Langkawi. Dah penat berjalan dan shopping mesti nak balik berehat
dalam bilik yang selesa kan?
Sedikit tip kalau nak bercuti
dengan aman dan tak mahu terlepas harga hotel yang murah di Langkawi kena
rancang dan tempah lebih awal.
Aku dulu pernah tempah setahun awal sebab nak
lock harga. Semoga dapat mencipta kenangan manis semasa bercuti ke Langkawi
bersama keluarga.
Selamat bercuti!
Credit Image: Agoda
Gemalai village tu..wow love it
BalasPadam