Review ArtBox Malaysia 2019
Bulan lepas aku sempat ke ArtBox
Malaysia yang bertempat di Sunway City Kuala Lumpur, Outdoor Open Air Carpark atau
lebih tepat lagi, betul-betul dekat dengan Sunway Pyramid mall tu. Ini
merupakan kali pertama aku join ArtBox. Kalau tak silap aku, 2019 adalah tahun
kedua ArtBox diadakan.
Menurut penganjur, Artbox ni
mendapat inspirasi dari Pasar Malam dekat Bangkok tu. Kalau korang pernah ke
Pasar Malam Bangkok, dekat sana memang meriah dengan makanan, musik dan juga jualan
barang-barang yang cute dan rare.
Tahniah Artbox Malaysia di atas
penganjuran Karnival Artbox yang memang happening. Sebelum tu, aku ada buat
give away dekat Instagram aku. Memandangkan aku dapat dua pass extra jadi aku
berbesar hati kongsi dengan kawan-kawan dekat Instagram. Tahniah korang yang
menang.
Terima kasih Shopee Malaysia
sebab sponsor rodiahamir.com dan kawan-kawan ke ArtBox Malaysia 2019. Aku dapat
pass ke viewing deck yang hanya orang tertentu je boleh naik serta empat cocktail
dari booth Shopee. Khas Shopee sediakan untuk pengunjung bertuah.
8 Perkara Menarik Tentang ArtBox Malaysia
Apa yang menarik di Artbox
Malaysia?
Meh sini aku cerita apa yang
menarik dekat ArtBox ni. Mula dibuka seawal jam tiga petang sehingga
10.00malam. Datang awal supaya korang boleh enjoy apa yang ditawarkan dekat
sini.
#1 Tarikan utama ArtBox adalah
makanan dan juga sangat insta worthy sebab banyak port cantik untuk ambil
gambar.
#2 Ada persembahan daripada artis-artis tempatan, jadi korang boleh lepak santai dengan kawan-kawan sambil makan dan duduk atau berbaring. Serius weh, kerusi, buaian dan beanie disediakan. Memang syiok habis.
#3 Selingan aktiviti daripada vendor yang turut serta seperti Shopee, FoodPanda, Celcom, Sunway, Boost, La Cremeria dan menawarkan hadiah menarik untuk pengunjung yang sporting untuk turut serta dalam game yang disediakan.
#4 Salah satu tarikan utama di
ArtBox ini adalah makanan yang dijual dekat sini. Kalau korang yang jenis suka
mencuba makanan-makanan baru terutama dessert dekat sini lah tempatnya. Makanan
Thai, corndog cheese viral, ice cream, burger dan banyak lagi. Pendek kata
makanan hipster
#6 Khas untuk mereka yang ada pass masuk korang boleh tangkap gambar dekat viewing deck yang disediakan. Dari atas boleh selfie dan tangkap gambar cantik.
#7 Vendor seperti seperti Shopee, FoodPanda, Celcom, Sunway, Boost, La Cremeria, dan banyak lagi aku tak sempat nak jenguk masa tu semuanya tawarkan hadiah menarik dan sesuai untuk korang dapatkan maklumat lanjut tentang aplikasi mereka.
#8 Untuk yang suka ambil gambar, banyak angle cantik terutama waktu malam dengan lampu-lampu yang dipasang. Serius cun.
Overall pengalaman ke ArtBox
Malaysia memang menyeronokan. Dapat habiskan quality time dengan family, makan
makanan sedap dan paling penting create moment bersama-sama. Semoga tahun depan
dapat datang lagi.
Mungkin untuk penambahbaikan
untuk event tahun depan, ArtBox Malaysia boleh banyakkan lagi gerai makanan
Halal, sistem pembayaran yang fleksibel, boleh tambah kipas atau fikirkan
tentang pengaliran udara sebab Malaysia memang panas dan jemput lebih ramai
selebriti dan selitkan informative talk.
Ulasan
Catat Ulasan
Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.
Terima kasih sudi comment.