Pakej Umrah Istimewa Dari Rarecation Umrah
Dah lama aku pasang impian nak
jejakan kaki ke Tanah Suci untuk tunaikan umrah. Lepas baca tentang pakej umrah
yang dikongsikan di blog sukamakanjalan lagi lah membuak-buak keinginan nak
pergi. Rezeki mak dan kakak aku dijemput untuk menunaikan umrah tahun lepas. Kegembiraan
dan saat manis tu memang tak pernah habis duk ulang cerita dekat anak-anak.
Aku pernah dengar dalam satu
ceramah Haji dan Umrah, kalau kita ada niat nak ke Tanah Suci, in sya Allah
impian tu akan dipermudah oleh Allah. Allah akan jemput umatNya yang ingin
berjumpaNya, duit akan cukup bila tiba masanya. Sejak tu aku selalu doa dan
letak dalam wishlist perlu capai setiap tahun.
Masa mak aku ke Tanah Suci tahun
lepas, segala urusan berkaitan diuruskan oleh kakak aku. Alhamdulillah perjalanan
ibadah umrah berjalan lancar. Penting sangat bab keselesaan ni, iye lah peluang
datang sekali seumur hidup.
Kalau ikut tahap kesihatan mak
aku, agak berat hati juga nak lepaskan mak pergi berdua sahaja dengan kakak. Pentingnya
untuk mencari pakej umrah yang berpengalaman, tempat penginapan seperti hotel yang dekat, mutawif dan
banyak lagi lah.
Rarecation Umrah Jejak Anbiya
Aku tahu tentang Rarecation Umrah
adalah melalui blog sukamakanjalan. Aku mula pasang impian nak tunaikan umrah
bersama Rarecation atas banyak sebab. Kalau korang nak tahu pakej umrah yang
ditawarkan oleh Rarecation ni paling istimewa sebab dalam pakej umrah mereka
beri peluang kepada peserta untuk menambah kebajikan disamping mengerjakan Umrah.
Rupa-rupanya pengasas Rarecation ni
ialah saudara Saiful Nang iaitu jurufoto professional tu & saudara Syibli
Fakih. Banyak hasil seni Saiful Nang yang berjaya menjentik hati aku. Tambahan
lagi dia orang kampung aku. Bangga woi.
Rarecation diuruskan oleh anak
yatim & asnaf dari rumah warga prihatin yang bangkit berdikari di bawah
sebuah syarikat waqaf. Segala hasil keuntungan yang diperolehi dari program
Umrah ini 100% disalurkan kepada dana pembangunan Rumah Pengasih Warga
Prihatin, rumah anak yatim dan juga golongan asnaf.
Pahala menunaikan umrah korang
dapat, pahala menolong mereka yang memerlukan juga korang akan dapat. Seronok
kan?
Pakej Umrah & Fotografi
Ini kali pertama aku jumpa pakej
umrah yang menawarkan sekali khidmat fotografi professional ya, bukan
cikai-cikai. Jadi hasilnya pasti berkualiti. Aku setuju sangat sebab Jemaah boleh
fokus kepada ibadah tapi dalam masa yang sama kenangan berada di Tanah Suci
turut terpahat dalam bentuk digital.
Betul apa yang Rarecation
sebutkan melalui website mereka, khidmat fotografi ni bukan untuk riak tetapi
untuk merakam detik paling istimewa kita di tanah suci agar jiwa ini terus
bersyukur dengan kurnia dari yang MAHA ESA.
Pengalaman mak dan kakak ke sana
tapi terlepas peluang nak kongsikan keindahan Tanah Suci dengan kami yang belum
ada rezeki dijemput untuk kesana. Kalau aku lah, memang ku sanggup bayar untuk
beli kenangan tu.
Pakej Umrah Rarecation
Kalau rujuk laman web Rarecation,
korang boleh tengok jadual perjalanan yang disediakan, pakej-pakej tersedia,
dan boleh rancang untuk pilih tarikh umrah tahun 2020. Aku suka sebab aktiviti tersusun
dan menarik, serta paling best penginapan berdekatan dengan masjid selesa.
Alhamdulillah, bersyukur sangat
masih wujud lagi organisasi yang mengutamakan kebajikan dan dalam masa yang
sama memberikan perkhidmatan berkualiti. Betul, Islam itu indah dan Islam
mengajar kita berkasih sayang.
Semoga impian aku nak mengerjakan
umrah akan tercapai suatu hari nanti. Moga ada rezeki aku jejakkan kaki ke
Tanah Suci. Aku doakan Rarecation akan terus maju dan membantu lebih banyak oleh
anak yatim & asnaf di Malaysia. Tahniah juga untuk mereka yang telah dan
bakal menjadi tetamu Allah. Sebutlah nama kami dalam doa kalian di sana.
Ulasan
Catat Ulasan
Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.
Terima kasih sudi comment.