Kalau sebelum ni aku pernah kupas tentang isu dah diet tapi masih tak kurus pun, jadi dalam entri kali ni aku nak kongsi tentang jenis-jenis diet yang ada. Nak Kurus cepat?
Inilah lima jenis diet yang anda perlu tahu!
Jom kenali jenis-jenis diet dan pilih sendiri mana satu diet korang suka. Aku? semestinya yang last sekali lah.
5 Jenis Diet Untuk Kurus Dengan Cepat
Kalau sebelum ni aku pernah kupas tentang isu dah diet tapi masih tak kurus pun, jadi dalam entri kali ni aku nak kongsi tentang jenis-jenis diet yang ada. Nak Kurus cepat?
Inilah lima jenis diet yang anda perlu tahu!
Jom kenali jenis-jenis diet dan pilih sendiri mana satu diet korang suka. Aku? semestinya yang last sekali lah.
BACA DULU ~ Tip Yang Betul Untuk Diet dan kira dulu BMI korang okay tak? Guna kalkulator BMI online ni
Diet Keto
Diet Ketogenik adalah khas untuk
merawat epilepsi refraktori yang sukar dikawal di kalangan kanak-kanak.
Permakanan ini meniru aspek
kebuluran dengan memaksa badan bagi membakar lemak lebih pantas berbanding
karbohidrat.
Biasanya, karbohidrat yang
terkandung dalam makanan ditukar kepada glukosa, yang kemudiannya diangkut ke
seluruh badan terutamanya penting bagi fungsi otak.
Bagaimanapun, jika hanya sedikit
karbohidrat terdapat dalam permakanan, hati akan menukarkan lemak kepada asid
lemak dan zat keton.
Zat keton memasuki otak dan
menggantikan glukosa sebagai sumber tenaga. Peningkatan aras badan keton dalam
darah, keadaan yang dikenali sebagai ketosis, mendorong kepada pengurangan
kekerapan serangan epilepsi.
Diet ketogenik klasik mengandungi
nisbah 4:1 ratio berat lemak dengan gabungan protein dan karbohidrat.
Diet Keto
mengecualikan makanan berkarbohidrat tinggi seperti buah-buahan dan
sayur-sayuran berkanji, roti, pasta, bijian dan gula, sambil melebihkan
pengambilan makanan berlemak tinggi seperti krim dan mentega. Elok sangat sebab dapat kurangkan makanan tinggi gula.
Pada 1990-an, seorang penerbit
Hollywood, Jim Abrahams mempunyai seorang anak lelaki yang mengalami penyakit
sawan serius tetapi dikawal oleh diet ini, maka beliau mengasaskan Yayasan
Charlie untuk mempromosikan diet ketogenik.
Diet Paleolitik
Diet paleolitik, diet Paleo, diet
ravioli, atau diet zaman batu adalah diet moden yang memerlukan makanan tunggal
atau makanan utama yang dianggap tersedia pada manusia semasa era Paleolitik.
Walau bagaimanapun, keupayaan
pencernaan manusia moden secara anatomis adalah berbeza dari manusia pra-Homo
sapiens, yang telah digunakan untuk mengkritik premis teras diet.
Walaupun terdapat variasi yang
berbeza dalam cara diet paleo diinterpretasikan, diet biasanya termasuk
sayur-sayuran, buah-buahan, kacang, akar, dan daging dan menghindari makanan
yang diproses dan makanan seperti produk tenusu, gula, kekacang, minyak olahan,
garam, alkohol, dan kopi.
Tidak ada bukti yang baik bahawa
diet ini membantu dengan penurunan berat badan, diet paleo boleh menyebabkan
kekurangan pemakanan seperti pengambilan kalsium yang tidak mencukupi, dan
kesan sampingan termasuk kelemahan, cirit-birit, dan sakit kepala.
Diet Atkins
Diet Atkins ialah program
penurunan berat badan yang dicipta oleh Robert Atkins. Diet Atkins
diklasifikasikan sebagai diet rendah karbohidrat.
Atkins membantu seseorang
individu utnuk mengurangkan berat badan melalui konsep pembakaran karbohidrat
dan lemak di dalam badan.
Menghadkan makanan seperti nasi,
mi, kentang dan gula badan akan mula membakar lemak dan seterusnya berat badan
akan menyusut.
Tidak ada bukti keberkesanan diet
untuk mencapai penurunan berat badan tahan lama dan dapat meningkatkan risiko
penyakit jantung.
Diet Mediterranean
Diet Mediterranean adalah diet
yang diilhami oleh kebiasaan makan Yunani dan Itali pada tahun 1960-an.
Aspek
utama diet ini termasuk penggunaan minyak zaitun, kekacang, bijirin,
buah-buahan, dan sayur-sayuran yang tidak ditapis, penggunaan sederhana hingga
tinggi ikan, penggunaan sederhana produk tenusu (kebanyakannya sebagai keju dan
yogurt), dan penggunaan rendah produk daging bukan ikan.
Diet Mediterranean, seperti yang
ditakrifkan oleh ahli nutrisi, adalah berkaitan dengan amalan budaya yang
UNESCO disenaraikan pada tahun 2010 di bawah tajuk "diet Mediterania"
pada Senarai Perwakilan Warisan Budaya Tanpa Kemanusiaan yang tidak ketara:
"satu set kemahiran, pengetahuan, ritual, simbol dan tradisi mengenai
tanaman, penuaian, penangkapan ikan, penternakan, pemuliharaan, pemprosesan,
memasak, dan khususnya perkongsian dan penggunaan makanan ", bukan sebagai
satu set makanan tertentu.
Diet Suku, Suku, Separuh (SSS) –
Kementerian Kesihatan Malaysia
Kita dekat Malaysia ni sangat
beruntung sebab Kementerian Kesihatan Malaysia keluarkan garis panduan lengkap
untuk kita menjaga pemakanan supaya sihat.
Kalau perasan, banyak iklan
suku,suku,separuh lepas tu keluar gambar pinggan sihat Malaysia kan?
Ha melalui diet SSS ni, rakyat
Malaysia di sarankan untuk makan secara berhemah.
Kena seimbang. Suku yang
dicadangkan ialah, Suku karbohidrat, Suku protein dan Separuh sayur dan buah -
3 jenis sayur, 2 jenis buah sehari.
Lebih elok kita amalkan DSSS ni
sebab ianya memang dicadangkan oleh KKM atas hasil kajian berdasarkan jenis
makanan dan juga corak pemakanan kita di Malaysia.
Kena ingat cara pemakanan tu
adalah gaya hidup kita. Nak kekal lama dan sihat kena cari diet yang tak menyusahkan
diri dalam masa jangka panjang.
Akhir kata, tak salah nak mencuba
diet yang aku sebutkan dekat atas, tapi kena ikut kemampuan poket dan diri. Ada
diet yang bagus, suruh makan makanan yang boleh tahan harganya.
Sebulan dua
mampu lah, lama kelamaan parah juga. Apa pun bersederhanalah. Islam pun galakan
kita untuk sederhana.
Maklumat lanjut tentang pemakanan boleh rujuk:
http://nutrition.moh.gov.my
http://www.moh.gov.my/
Sumber KKM, Wikipedia, Facebook Dr Rusyainie
menarik gak diet suku separuh tu
BalasPadamTerima kasih kongsi tips diet ni. Diet ni mmg perlukan disiplin yg tinggi tak kira la jenis apapun kan
BalasPadamBerat badan Rabia skrg dh naik dh. Ni slow2 nk kuruskan badan .
BalasPadamwah !! kebetulan sangat tau saya tengah diet.. hee~ semoga saya istiqomah.. btw - saya buat SSS !!
BalasPadam