Lelaki Pedofil Mati Ditikam Dalam Penjara

Lelaki Pedofil Mati Ditikam Dalam Penjara

Pertama kali aku baca kisah lelaki pedofil yang jadikan Malaysia sebagai lubuk dia cari mangsa adalah dekat Twitter. Mengucap panjang bila baca thread panjang berjela tentang aktiviti paedophilia dia. Mengalir juga air mata dan serius aku mual.

Lega bila baca lelaki pedofil ni dah mati. Dosa tak aku rasa begitu? Nak cakap padan muka tak sampai hati. Tapi ibu bapa dah boleh tarik nafas lega sebab lelaki ni telah ditemui mati ditikam dan meninggal dunia dalam selnya di penjara.

Ini baru satu. Masih banyak lagi pedofil dekat luar sana tu.

Pedofilia ialah sejenis gangguan psikologi di mana individu dewasa atau atau remaja yang lebih tua tertarik secara seksual atau eksklusif kepada kanak-kanak yang belum baligh (prepubescent). Orang yang mempunyai pedofilia melakukan seks dengan kanak-kanak atau menggunakan kanak-kanak untuk seks.


Rasanya ramai akan berterima kasih kepada pembunuh tu. Nauzubillah. Aku bukan baik tapi aku simpati juga pengakhiran dia begitu. Kuasa Allah kan, ada lah hikmah Allah aturkan perjalanan dia sebegitu rupa.

Terbayang wajah-wajah anak tak berdosa, anak-anak yang jadi mangsa dan perlu bantuan orang dewasa tapi tak tahu nak minta pertolongan macamana.

Lelaki Cabul Kanak-Kanak Malaysia Mati Ditikam Dalam Penjara


Biodata Lelaki Pedofil Warga Britain


Nama: Richard Huckle
Umur: 33 Tahun
Warganegara: Britain
  • Lelaki ni tengah menjalani hukuman penjara di East Yorkshire, England kerana kesalahannya melakukan pencabulan dan gangguan seksual terhadap ratusan kanak-kanak di seluruh dunia termasuklah di Malaysia.
  • Dia terlibat dalam kes pencabulan ke atas lebih 200 kanak-kanak di Malaysia dan Kemboja.
  • Ditikam oleh rakan banduan yang menggunakan pisau buatan sendiri. Keterangan lanjut tentang senjata tajam masih belum dikenal pasti.
  • Masa umur 19 tahun dia pernah menjadi menjadi jurugambar bebas semasa berada di Kuala Lumpur dan pernah menjadi seorang guru Bahasa Inggeris dan sukarelawan Kristian.
  • Paling keji, dia tak pilih mangsa malah bangga bila dapat mencabul bayi dan kanak-kanak dari umur 6 bulan hingga 12 tahun dalam tempoh 9 tahun antara tahun 2006 dan 2014.
  • Sepanjang tempoh itu juga lebih 20, 000 gambar dan video penderaan seksual yang ditemui oleh pasukan penyiasat di dalam komputer ribanya semasa di lapangan Terbang Gatwick, Australia pada tahun 2014.
  • Richard Huckle telah menggunakan video dan gambar-gambar lucah tersebut sebagai sumber pendapatannya di laman web tersembunyi atau nama lain dark web.
  • Dia juga mengumpul 60 muka surat manual ‘Pedofilia dan Kemiskinan: Panduan Cinta Kanak-Kanak’, menerangkan bagaimana cara untuk memilih mangsa dan cara mengelakkan pengesanan.
  • Dia berkeinginan untuk mewujudkan ‘Panduan Wiki Pedo’.
  • Selepas mengaku bersalah di Old Bailey kepada 71 kesalahan seksual termasuk merogol berganda. Dia kemudian menulis surat kepada mahkamah dan menyalahkan tentang kematangan dalam dirinya serta ‘nafsu jahat telah menarik dirinya ke jalan yang gelap’.

Lelaki Pedofil Cabul Kanak-Kanak Malaysia


Peranan Kita Fahami Isu Pedofilia

Sejauh mana kita faham peranan kita sebagai pelindung kepada anak-anak yang tak berdosa ni? Anak kita pemimpin kita di masa depan. Peranan ibu bapa, peranan guru dan masyarakat. Allahuakbar besar sungguh tanggungjawab kita.

Aku masih lagi menyumpah segala perbuatan jijik dia. Paling tak tahan boleh dia tulis surat dan salahkan dia tak matang? Salahkan nafsu? Amboi mudah betul nak lepaskan diri. Mungkin pembunuh Richard Huckle ni rasa jijik sangat dengan jenayah yang dia lakukan. Tu tak tahan terus tikam tu.

Aku sedih, serius kecewa. Malaysia yang kita diami ni antara target pesalah pedofil. Kenapa Malaysia? Tak cukup hebat ke undang-undang kita? Sebagai ibu bapa perkara ini yang aku takutkan. Masyarakat kita ni tinggi budi pekerti dan dalam bab hormati dan percaya orang luar memang aku salute.

Kita mudah taksub dan rasa orang luar adalah hebat dan baik. Tiada sebarang prejudis. Ini aku cakap berdasarkan pengalaman dan persekitaran aku. Mungkin berbeza dengan korang. Dulu kalau ada Bangsa asing masuk kampung tak kisah apa tujuan (biasanya guna tiket sebagai pendidik) akan disanjung tinggi. Hormat tu bukan biasa-biasa. Muliakan tetamu konsepnya.

Kurang Pendedahan Tentang Pedofilia

Aku nak tegaskan yang kita kurang sangat pendedahan tentang Pedofilia. Dilahirkan dalam masyarakat yang pandang ke Timur, yang memang terkenal dengan adat, budaya dan tinggi budi bahasa macam Malaysia, topik seks termasuklah pencabulan kanak-kanak ni satu isu yang sangat sensitif.

Malu kalau dibincangkan. Satu kesalahan kalau menjadi topik perbualan seharian. Tak payah fikir jauh, tanya diri dan keluarga, sejauh mana kita kenal maksud pedofilia? Apa perlu kita buat nak kenal pasti Pedofil? Adakah kita dan keluarga menjadi sasaran penjenayah ni?

Aku berharap sangat, kesedaran tentang isu pedofilia seiring dengan kecanggihan teknologi, ilmu dan info yang boleh kita dapat di hujung jari. Sedarlah masyarakat, ibu bapa. Kita ini pelindung anak-anak kita. Kalau bukan kita siapa lagi.

Aku masih dan sedang belajar tentang sex education. Walaupun sukar kena buat juga sebab anak-anak semakin membesar. Tak sanggup aku nak biarkan mereka belajar dari Internet. Langkah pertama untuk kita semua, tambah dan upgrade ilmu ibu bapa.

Jarang sangat aku tak emosi kalau menulis jika melibatkan hal anak-anak. Ditambah pula kalau kesalahan itu berpunca dari kita. Lalai, sikap tak ambil peduli dan kita ni banyak fikir ‘tak sangka’. Dah sampai masa untuk jadi generasi bijak ilmu, masyarakat peka, prihatin dan berkasih sayang.

Allahuakbar. Rindu Rasul. Rindu kasih sayang Baginda terhadap umatnya.

Sumber: The Sun, Independent Uk, OhBulan


Ulasan

  1. Memang kena pantau anak-anak serapi yang mungkin.. mereka ini sangat pandai menyamar dikalangan manusia.. susah nak kesan pedofil nie..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.