Kali pertama makan di Swensens
adalah masa celebrate birthday Ikhwan yang ke lapan tahun. Agak lambat
berkongsi sambutan ringkas birthday anak bujang dekat blog.
Dekat Facebook pun
tak kongsi. Waktu ni sibuk betul kami dengan urusan keluarga dan juga waktu ni
juga mak masuk hospital.
Mood nak celebrate birthday dan
makan-makan pun tiada. Tak sampai hati nak bersuka ria bila mak tak sihat. Tapi
sekarang Alhamdulillah mak beransur pulih.
Celebrate Birthday di Swensens Melawati Mall
Alhamdulillah kami celebrate
birthday Ikhwan simple sangat, no balloon and no cake. Kek pon sebab mama je
yang suka. Bersyukur Ikhwan tak meminta. In sya Allah nanti ada rezeki lebih
boleh la repeat ulang belanja.
Celebrate Birthday Lapan Tahun Ikhwan Hafeez
So far dia suka dan puas hati. Tarikh
lahir Ikhwan jatuh pada 1 September 2011. Tahun ni genap dia berusia lapan
tahun. Lapan tahun jugalah kami menjadi ibu bapa.
Perangai Ikhwan Hafeez menurun
dari aku. Waktu birthday, tak perlu ada hadiah atau ucapan, cukup belanja makan
makanan kesukaan dah boleh tersenyum lebar.
Jadi kami ke Swensens cawangan
Melawati Mall. Kebetulan masa kami ke sana pelanggan agak kurang jadi dapat
makan dengan tenang.
Celebrate Birthday & Makan
Ice Cream Swensens
Oleh sebab anak bujang tak minat
sangat makan kek jadi kami tukar kepada Ice cream. Haruslah cari restoran atau
café yang ada dessert sedap.
Lepas banyak kali mundar mandir, kami sepakat nak
cuba makan di Swensens. Swensens memang terkenal dengan dessert terutama ice
cream dia yang sedap. Boleh pilih ice cream scope atau ice cream cake.
Kami order makanan cukup-cukup je
memandangkan pertama kali cuba. Risau membazir dan tak menepati selera anak
beranak. Kami order medium pizza, ayam goreng, spaghetti blognese, soup &
bread then ice cream.
Tak cukup ok. Mungkin perut kami
lapar dan bagi aku portion makanan dekat Swensens agak kecil. Kid menu dia
memang sesuai untuk seorang kanak-kanak sahaja.
Jadi korang yang nak makan
dekat sini sila la order sorang satu. Dari segi harga, aku rasa agak mahal. Aku
boleh dapat lebih kalau makan dekat restoran lain. Tapi, makanan dia semua
sedap.
Selain menu aku sebut dekat atas
ada banyak lagi menu menarik korang boleh cuba dekat Swensens. Mungkin boleh
cuba yang lain di lain hari. Paling penting, birthday boy puas hati makan dan
celebrate birthday dekat sini.
Doa Untuk Anak
Mama & abah doakan Ikhwan
Hafeez menjadi anak berguna, anak soleh dan berjaya dunia akhirat. Semoga
membesar dengan sihat dan kenang jasa ibu bapa.
Lapan tahun yang lepas, di Syawal
ketiga aku lahirkan dia tanpa banyak masalah. Tempoh berpantang juga satu
nikmat bila dia tak meragam langsung.
Tidur dan bangun untuk menyusu. Semoga
kami ibu bapa dapat jadi BFF dia selamanya.
Surah Al-Baqarah Ayat 128
“Rabbana waj alna muslimaini laka wamin dzurriyatinaa ummatan muslimatan laka wa arinaa manaa sinakaa watub alaina. Innaka anta tawwabur rahiim.”
Maksudnya:
"Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu, dan jadikanlah daripada keturunan kami: umat Islam (yang berserah diri) kepadamu, dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami, dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani"
Surah Al-Baqarah Ayat 128
“Rabbana waj alna muslimaini laka wamin dzurriyatinaa ummatan muslimatan laka wa arinaa manaa sinakaa watub alaina. Innaka anta tawwabur rahiim.”
Maksudnya:
"Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu, dan jadikanlah daripada keturunan kami: umat Islam (yang berserah diri) kepadamu, dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami, dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani"
Ikutkan hati tak mahu lepas kan
dia, nak suruh dia jadi anak kecil aku selamanya. Tapi, mana mungkin. Weh
sedih. Nak stop sebelum mengalir air mata.
Selamat Hari lahir Anak Mama.
Sentiasa nombor satu di hati mama.
Soup&bread tu nampak menarik presentation dia.. hehehe
BalasPadamhepi bestday awak..moga jadi anak yang soleh tau..:)
BalasPadamHbb ikhwan
BalasPadamSemoga jadi anak soleh