Meriah sana sini orang bercakap pasal Wanpaku Sandwhich. Oleh sebab tak nak kalah, maka gigih google what is Wanpaku Sandwhich.
Rupa-rupanya Wanpaku Sandwhich dah popular sejak tahun lepas, kenapa dekat Malaysia baru nak viral? Cis. Masa tengok Wandpaku Sandwhich memang banyak versi, paling suka sebab ianya berwarna-warni di Aidilfitri kau.
Semestinya Wanpaku Sandwhich ni banyak jenis, tapi yang pastinya persamaan mereka adalah sandwhich ni berbentuk segi empat dan penuh dengan isi, sayur mayur dan kurang pasti versi sebenar dia adakah untuk sihat atau tidak.
Cara Membuat Wanpaku Sandwhich - Resepi
Apa maksud Wanpaku?
Masa mula-mula dengar nama
Wanpaku aku ingat nama orang lol. Begitu sadis kan? Kahkahkah rupa-rupanya
Wanpaku adalah Sandwhich yang berasal dari Jepun.
Orang putih juga turut teruja
meniru Wanpaku. Sebut Wanpaku bunyi “vangpaku”
“Wanpaku dalam bahasa Jepun membawa maksud naughtiness atau nakal,
biasanya digunakan untuk menggambarkan lelaki muda yang aktif secara fizikal”
*credit image to justonecookbook
Kalau tengok saiz Wanpaku
Sandwhich memang agak besar dan penuh dengan isi. Ada yang buat lapisan sayur dan
ayam, ada yang lagi kreatif tambah tahu goreng dan telur rebu.
Ada yang buat
versi sihat dan kurus langsung tak letak apa-apa sos mahupun bahan perasa. Bagus makan sandwich ni sebab banyak sayur. Baik untuk kesihatan badan & kecantikan kulit.
Paling tertarik cara susunan
sayur dan segala isi yang disusun dalam sandwhich tu. Bila potong dia nampak
cantik sangat.
Dari segi saiz sesuai sangat untuk perut Malaysian yang kuat
makan. So far aku tak la sampai teruja nak merasa.
Sandwhich Wanpaku Mula Viral
Aku rasa rakyat Malaysia memang
cepat teruja dan suka sangat mencuba terutama bab makanan. harapnya Sandwhich
Wanpaku versi sihat ni akan tersebar secara meluas dan dapat tukar cara
pemakanan kita.
Segan weh bila baca graf Malaysia
paling tinggi kes obesiti di Asia. Syahdu rasa bila dengar budak sekolah rendah
dah kena kencing manis.
Nak salahkan siapa budak semuda itu kena penyakit
berbahaya? Sendiri mau ingat la kan.
Resepi Sandwhich Wanpaku
Resepi Sandwhich Wanpaku boleh dibuat
dalam banyak versi. Terpulang ikut kesukaan korang. Boleh letak segala sayur
dan sos kesukaan masing-masing. Antara sayur yang dicadangkan:
- Asparagus
- Avocado
- Bayam
- kubis
- Tuna
- Wortel
- Tomato ceri
- Timun
- ham,
- ayam belanda
- Edamame
- Telur (direbus / digoreng)
- Ayam panggang
*Boleh rujuk Blog justonecookbook.com untuk versi Wanpaku Sandwhich Non
Halal. Sila adjust bahan-bahan ikut kesukaan.
Antara yang dicadangkan untuk
mendapatkan Sandwhich Wanpaku yang cantik dan sihat korang kena ikut tip macam
dekat bawah ni:
- Pilih Empat atau lima bahan yang mempunyai warna yang berbeza dan menarik mata memandang sebagai contoh sayur dan protein yang mempunyai warna merah, oren, kuning, hijau, ungu dan putih.
- Susunan bahan-bahan amatlah penting supaya Sandwhich kukuh, tidak serabut dan kemas bila dipotong. Susun bahan mengikut ketebalan. Mula dengan bahan yang nipis di bahagian bawah seperti salad, bahan bersaiz tebal seperti telur rebus di bahagian tengah dan seterusnya bahan yang lebih flexible seperti hirisan lobak di bahagian atas.
- Cara balutan Wanpaku Sandwhich mestilah kemas dan ketat kalau tak mesti habis berterabur masa nak potong. Boleh tengok website di bawah ni aku kongsi cara dia lipat.
Semoga Wanpaku Sandwhich versi
sihat akan terus tersebar dengan jayanya. Selamat mencuba untuk korang yang
teringin nak rasa. Aku masih setia dengan Sandwhich dekat Subway sebab mudah
tunjuk dengan jari je.
banyak bahan kat dalam tu..:)
BalasPadamOo baru tahu rupanya nama Wanpaku itu dari Jepun ya.. Nampak sedap tuu..yang jenis tak makan sayur rugi lah tak cuba. Hehe
BalasPadamsenang je rupanya...boleh la try buat nanti
BalasPadamdari haritu nampak wanpaku..wanpaku..akak ni, apa menda la wanpaku...upenya sandwich...#ketinggalan..haha
BalasPadamdari haritu nampak wanpaku..wanpaku..akak ni, apa menda la wanpaku...upenya sandwich...#ketinggalan..haha
BalasPadamKena beli byk sayur,mayonis , sos cili tu semua nanti. Hehehe senang sgt nk buat wanpakusandwich ni
BalasPadam