Cara Aku Nak Kenali Diri Sendiri
As usual mula kan kehidupan dengan positive thinking dan juga mencari positive vibes seberapa banyak yang boleh. Semakin banyak tanggungjawab, semakin banyak usaha diperlukan untuk meneruskan kehidupan, sebanyak mungkin juga lah kata-kata positif perlu disiram ke jiwa.
Hari menulis berdasarkan apa aku rasa. Tentang manusia. Tiada betul atau seratus peratus salah sebab kita semua dalam proses belajar. Aku terjumpa quote dekat bawah dan aku suka.
“Don’t let the internet rush you. No one is posting their failures”
Betul kan? Tak ada siapa akan tunjukkan kegagalan diri sendiri, unless dia seorang motivational speaker, a consultant yang nak buat demo or to show to world macamana dia bangun dari kegagalan.
Benda buruk buat apa nak tunjuk? Simpan buat pengajaran diri sendiri.
Well, hopefully we talk on the same topic or else korang yang tengah membaca ni akan kurang bersetuju dengan apa aku tulis ni.
Since aku dah aktif kan diri untuk attend event, buat beberapa tugasan yang melibatkan hati dan perasaan aku rasa aku belajar banyak benda. Not saying I’m an expert, but cukup jadi bekalan aku kenal hati manusia.
Why Blogger?
Kenapa aku jadi blogger? Just kerana minat ke? actually sejak kecil aku dha ada jiwa suka berkongsi. Bukan kongsi orang tersayang ok, kongsi benda baik.
I just love to dan aku tak dapat stop nak kongsi kebaikan sesuatu benda bila aku dah rasa.
Naturally, sifat tu berkembang sehingga penuh dalam jiwa. That’s my pushing factor bila menulis di blog. I have something good to share so I have to write. How many and how much its help my reader aku tak sure but seronok feeling tu bila dapat membantu.
So my reader and especially silent reader. Thank you so much. Dari saat pertama aku menulis, menjadi blogger sehingga saat ini aku bersyukur dan tak pernah menyesal.
Love What You Do!
Ada fasa dalam kehidupan aku, pernah sendiri aku merasa betapa bencinya aku kepada diri sendiri bila aku cuba tanya diri tapi tak pernah ada jawapan.
Aku lost. Serius. Soalan simple je. Apa perkara yang aku suka buat? dan the next step is jadikan perkara yang aku suka buat tu sebagai the main point aku menceriakan kehidupan, main point aku terus hidup.
“Love what yo dou and do what you love”
Jangan confuse. Dah boleh mula explore tentang diri sendiri.
Let’s Explore Dan Belajar Kenal Diri
Pernah tak korang kenal diri sendiri? Inside and out? Apa korang suka buat? apa kelemahan korang perlu atasi? Apa kekuatan korang dan how korang turn out kelemahan jadi kekuatan diri?
Pernah?
Mostly kita semua ni sibuk nak explore orang lain, pasangan, orang sekeliling, keluarga, an outsider. Kenapa? Kenapa tak utamakan diri? Selalu aku dengar keluhan,
“family aku tak pernah faham aku”
“pasangan aku tak tahu ke apa aku suka”
Kita nak orang faham kita, tapi kita sendiri tak pernah faham dan kenal diri sendiri. I’m talking to my self dalam entri ni. Lebih banyak kita belajar tentang diri kita lebih banyak perkara hebat dan baik dapat kita buat.
Trust me!
So akhir kalam, good luck kepada mereka yang sedang dan masih mengenal diri. Jangan putus asa. Perjalanan masih jauh andai Allah izinkan. Kita doa yang baik-baik, sebut yang baik-baik in sya Allah yang baik bakal melantun ke arah kita semula.
Take care people!
Ulasan
Catat Ulasan
Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.
Terima kasih sudi comment.