Aku tak pasti ibu bapa lain tapi aku sangat-sangat tak bersetuju ada ibu bapa yang suka sangat buat aksi baby standing dekat anak mereka.
Ala aksi baby berdiri atas tangan bapa. Kononnya untuk nampak kehebatan dapat imbang anak. Biasanya yang buat aksi baby standing ni adalah golongan bapa yang suka bersukan dan ada otot ketak-ketak.
Nak tunjuk betapa hebatnya kot sebab boleh buat baby berdiri dengan sebelah tangan. Hoi gila la kau. Aku tengok ngeri je.
Bahaya Buat Aksi Baby Standing,
Lima Sebab Anda Perlu Tahu
Kecoh kan ada selebriti yang buat
aksi baby standing anak perempuan dia yang baru berusia empat bulan.
Sebelum ni
dia pernah buat pada anak lelaki yang sulong. Masa tu mungkin kesedaran
masyarakat agak kurang jadi isu keselamatan di diamkan sahaja.
Bahaya Buat Aksi Baby Standing
Betul, anak mereka memang la hak
mereka tapi isu keselamatan jangan lah di pandang ringan. Orang tua selalu
pesan kan, malang itu tidak berbau.
Bukan senang isteri nak mengandung dan
melahirkan anak. Kalau jadi apa-apa kan menyesal tak sudah. Nauzubillah.
Teguran Public Health Malaysia di
Facebook dalam perkongsian aksi mengundang padah baby standing, adalah bertujuan untuk mendidik
masyarakat tentang bahaya aksi tersebut kepada bayi.
Aksi baby standing adalah perbuatan
memaksa bayi
untuk berdiri sedangkan otot dan tulangnya masih belum cukup kuat.
Melakukan aksi sebegini akan mengakibatkan
tekanan kepada tulang kaki dan lutut , menyebabkan risiko tulang kaki
membengkok.
Sekiranya bayi terjatuh, jisim kepala yang lebih berat akibatkan
bayi jatuh dalam posisi terjunam. Kecederaan kepala yang serius boleh berlaku.
- Selain daripada penerangan di atas, antara sebab lain yang dikongsikan adalah seperti berikut:
- Risiko terjatuh dengan kecederaan kepala.
- Risiko terjatuh dan patah tulang serta kecederaan lain.
- kaki yang masih belum kuat akan memberi tekanan pada lutut bayi dan membahayakan.
- Risiko tulang kaki membengkok.
- Mengganggu perkembangan penting fungsi motor bayi.
Jangan Ambil Remeh
Menjadi ibu bapa bukan satu tugas
mudah. Jangan ambil remeh dan janganlah terlalu taksub hendak tunjukan pada
dunia kita ibu bapa yang hebat dengan memaksa anak-anak melakukan perkara luar
biasa.
Beri peluang pada mereka untuk membesar dengan sihat. Pesanan ini adalah
untuk semua ibu bapa dekat luar sana. Anak-anak kita tanggungjawab kita.
Bayangkan perkara buruk yang
terjadi andai kata kita leka tentang menjaga keselamatan anak-anak. Mampukah
kita untuk jawab persoalan anak kelak bila dia bertanyakan hak mereka?
Jaminan
keselamatan yang memang hak mereka.
Tentang Public Health Malaysia
Apa Itu Public Health?
Public Health atau Kesihatan awam
merupakan AKAR kepada sistem Kesihatan di Dunia. PUBLIC HEALTH memberi
penekanan kepada PERLINDUNGAN, PENCEGAHAN & PROMOSI kepada cara hidup sikar
kepada KOMUNITI.
Jika Doktor di hospital memberi khidmat dalam merawat pesakit,
doktor. PUBLIC HEALTH berperanan untuk MENCEGAH masyarakat agar di hindari dari
penyakit dan kecederaan.
Menggunakan Faecbook sebagai platform
untuk menyampaikan maklumat mengenai perkembangan dan isu berkaitan kesihatan
awam serta menfokus kepada PENCEGAHAN, PERLINDUNGAN, PROMOSI Kesihatan.
Buatlah aksi mama standing
BalasPadammungkin kurang bahayanya
good sharing diah..
BalasPadamrisau tengok hairul buat dekat anak dia, seriau tengok mat redho buat dekat anak dia. Harapnya public stop buat stunt macam ni sebab stunt ni agak famous juga di kalangan parents actually.
BalasPadamSuami si Hanis Zalikha buat hari tu, Dr. Syeikh Muzaphar tegur nnt kaki baby boleh bowing....
BalasPadamAdoi.. seriau pula baca..
BalasPadam