Sepanjang aku mengandung dan melahirkan anak, aku bersyukur dikelilingi oleh orang-orang yang menyokong pemberian susu ibu kepada bayi.
Aku memang berdoa dan tanam cita-cita nak susukan anak sehingga dua tahun. Alhamdulillah diperkenankan.
Dekat tempat kerja pun, kami ramai-ramai akan berkumpul buat stok susu masa waktu rehat. Kelakar bila ingat semula kenangan tu.
Dulu aku selalu tengok drama ada babak melahirkan anak, mesti doktor akan terus letak bayi ke pangkuan atau dada ibu sebaik sahaja bayi lahir.
Masa tu wondering sangat kenapa la kena buat semua tu. Masa ketiga-tiga anak aku lahir pun perkara sama doktor buat.
Antara Sebab Perlu Beri Susu Ibu Selepas Bayi Lahir
Korang yang pernah melahirkan
anak pun mesti alami benda yang sama kan? Untuk yang belum merasa peluang tu
dan nak tahu kenapa bayi diletakan ke pangkuan ibu sejurus dilahirkan,
sebenarnya adalah untuk tujuan ‘bonding’ antara ibu dan anak.
Itu merupakan sentuhan pertama
diantara ibu dan juga anak dan moment penting yang membantu proses penyusuan
bayi. Kira sesi pengenalan ibu dan anak la.
10 Sebab Penting Perlu Beri Susu Ibu
Perlu ke beri susu sebaik sahaja
bayi lahir? Ini 10 sebab kenapa pentingnya perlu beri susu kepada bayi sejurus
dia lahir.
- Sentuhan kulit ke kulit sejurus selepas lahir membantu penyusuan.
- Menggalakkan jalinan kasih sayang anak & ibu
- Pemberian susu awal (kolostrum) menguatkan sistem imun anak
- Bahaya pemberian susu gentian selain susu ibu
- Bayi tidak mahu menghisap susu ibu kerana susu gentian telah mengenyangkan
- Susu ibu lambat terhasil keraan kurang rangsangan
- Bayi tidak dapat kolostrum
- Bayi akan keliru puting sekiranya diberikan melalui botol
- Ibu boleh mengalami bengkak payudara yang menyakitkan
- Ibu sukar memulakan penyusuan dan berkemungkinan berhenti menyusu
Susu Ibu pilihan terbaik untuk
anak serta susu ibu mempunyai lebih kebaikan terhadap keperluan bayi. Antara kelebihan
anak yang menyusu susu ibu adalah mempunyai IQ Tinggi, Antibodi tinggi melawan
penyakit, mengurangkan risiko obesiti & diabetes, jangkitan telinga,
cirit-birit, & pneumonia.
Peranan Suami
Sokongan suami dalam menjayakan
penyusuan suami:
- Menyokong isteri menyusukan bayi dengan susu ibu
- Mendapatkan bantuan jika ibu mengalami masalah penyusuan.
- Menyediakan keperluan isteri dan bayi
- Membantu kerja rumah, mengurangkan stress isteri dan pastikan isteri dapat rehat yang secukupnya
- Sendawakan anak apabila sudah kenyang menyusu
- Mengeratkan kasih sayang anak dengan mandikan anak, tukar lampin, bermain dengan anak dan sebagainya.
Perbandingan susu ibu dan susu
formula
Susu ibu mengandungi: antibodi,
hormone, antivirus, anti alahan, anti-parasit, faktor tumbesaran, enzim,
mineral, vitamin, lemak, DHA / ARA, karbohidrat, Protein, Air
VS
Susu formula: mineral, vitamin,
lemak, DHA / ARA, karbohidrat, Protein, Air
Semoga semua ibu dan bakal ibu di
luar sana dimurahkan rezeki dan berpeluang untuk menyusukan anak. Semoga apa
jua usaha yang kita lakukan mendapat redha Allah.
Ulasan
Catat Ulasan
Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.
Terima kasih sudi comment.