Antara Sebab Perlu Beri Susu Ibu Selepas Bayi Lahir

Sepanjang aku mengandung dan melahirkan anak, aku bersyukur dikelilingi oleh orang-orang yang menyokong pemberian susu ibu kepada bayi. 

Aku memang berdoa dan tanam cita-cita nak susukan anak sehingga dua tahun. Alhamdulillah diperkenankan.

Dekat tempat kerja pun, kami ramai-ramai akan berkumpul buat stok susu masa waktu rehat. Kelakar bila ingat semula kenangan tu.

Dulu aku selalu tengok drama ada babak melahirkan anak, mesti doktor akan terus letak bayi ke pangkuan atau dada ibu sebaik sahaja bayi lahir. 

Masa tu wondering sangat kenapa la kena buat semua tu. Masa ketiga-tiga anak aku lahir pun perkara sama doktor buat.

Antara Sebab Perlu Beri Susu Ibu Selepas Bayi Lahir

Korang yang pernah melahirkan anak pun mesti alami benda yang sama kan? Untuk yang belum merasa peluang tu dan nak tahu kenapa bayi diletakan ke pangkuan ibu sejurus dilahirkan, sebenarnya adalah untuk tujuan ‘bonding’ antara ibu dan anak.

Itu merupakan sentuhan pertama diantara ibu dan juga anak dan moment penting yang membantu proses penyusuan bayi. Kira sesi pengenalan ibu dan anak la.
 

Khasiat Susu Ibu


10 Sebab Penting Perlu Beri Susu Ibu

Perlu ke beri susu sebaik sahaja bayi lahir? Ini 10 sebab kenapa pentingnya perlu beri susu kepada bayi sejurus dia lahir.

  1. Sentuhan kulit ke kulit sejurus selepas lahir membantu penyusuan.
  2. Menggalakkan jalinan kasih sayang anak & ibu
  3. Pemberian susu awal (kolostrum) menguatkan sistem imun anak
  4. Bahaya pemberian susu gentian selain susu ibu
  5. Bayi tidak mahu menghisap susu ibu kerana susu gentian telah mengenyangkan
  6. Susu ibu lambat terhasil keraan kurang rangsangan
  7. Bayi tidak dapat kolostrum
  8. Bayi akan keliru puting sekiranya diberikan melalui botol
  9. Ibu boleh mengalami bengkak payudara yang menyakitkan
  10. Ibu sukar memulakan penyusuan dan berkemungkinan berhenti menyusu


Susu Ibu pilihan terbaik untuk anak serta susu ibu mempunyai lebih kebaikan terhadap keperluan bayi. Antara kelebihan anak yang menyusu susu ibu adalah mempunyai IQ Tinggi, Antibodi tinggi melawan penyakit, mengurangkan risiko obesiti & diabetes, jangkitan telinga, cirit-birit, & pneumonia. 

Susu Ibu juga mudah dihadam dan engkap kesemua nutrient yang diperlukan untuk pembesaran anak-anak.

Kepentingan susu Ibu Selepas Bayi Lahir

Peranan Suami


Sokongan suami dalam menjayakan penyusuan suami:
  • Menyokong isteri menyusukan bayi dengan susu ibu
  • Mendapatkan bantuan jika ibu mengalami masalah penyusuan.
  • Menyediakan keperluan isteri dan bayi
  • Membantu kerja rumah, mengurangkan stress isteri dan pastikan isteri dapat rehat yang secukupnya
  • Sendawakan anak apabila sudah kenyang menyusu
  • Mengeratkan kasih sayang anak dengan mandikan anak, tukar lampin, bermain dengan anak dan sebagainya.
Baca Juga ~ Rawatan Bengkak Susu

Perbandingan susu ibu dan susu formula

Susu ibu mengandungi: antibodi, hormone, antivirus, anti alahan, anti-parasit, faktor tumbesaran, enzim, mineral, vitamin, lemak, DHA / ARA, karbohidrat, Protein, Air

VS

Susu formula: mineral, vitamin, lemak, DHA / ARA, karbohidrat, Protein, Air

Semoga semua ibu dan bakal ibu di luar sana dimurahkan rezeki dan berpeluang untuk menyusukan anak. Semoga apa jua usaha yang kita lakukan mendapat redha Allah.


Ulasan