Smoked BBQ Beef Rib IKEA Malaysia
Menu Smoked BBQ Beef Rib dah
lama pun dijual dekat IKEA. Oleh sebab setiap kali ke IKEA mesti akan singgah
foodcourt dia. Kali ni kami teruja nak cuba Smoked BBQ Beef Rib (Tulang Rusuk
BBQ Salai).
Berbanding IKEA Damansara aku lebih
selesa ke IKEA Cheras ni. Jarak dia dekat sedikit dengan rumah aku dan bagi aku
lebih selesa walhal lebih kurang je layout dia.
As aspected, IKEA tak pernah
sunyi dengan manusia. IKEA dan Malaysian sering dikaitkan dengan tempat untuk
makan. Datang sini cari idea cantikan rumah je dan ter shopping tanpa sengaja
tu takdir ya. Ahaks.
Ok selalu kalau pergi IKEA akan
makan meatball je. Tapi hari tu entah apa yang merasuk masa pilih menu aku
tertarik nak cuba Smoked BBQ Beef Rib ni ya. Dalam bahasa Melayunya Tulang
Rusuk BBQ.
Oh menu Salted Egg Wings yang aku cuba dulu dah tiada. Menangis tepi bucu katil.
Menu Makanan IKEA
Selain Smoked BBQ Beef Rib, aku tertarik nak cuba Udang Krai bersama Sos Tomato Pedas Filet Salmon dengan Sayuran Berbentuk Medalion dan Brokoli dan juga kupang bersama sos tomato.
Ramai orang cuba kupang tu. Aku
ni seram sikit nak cuba makanan laut bercengkerang sebab pernah ada bad history
lepas melantak seafood bercengkerang aku sakit tulang belakang. Mungkin sedap
nanti la kita cuba.
Berbalik kepada menu Tulang Rusuk
BBQ Salai, harga satu dish adalah RM36.90. Satu pinggan cukup untuk berdua
dewasa makan. Tapi tak kenyang sangat kalau korang memang peminat ribs. Suami dan
anak-anak memang hantu daging jadi kami beli dua pinggan.
Kelakar tau masa ni, aku dah
beratur panjang dan masa beli tu ada meatball kid’s menu, mushroom soup, popia
seketul dan juga Smoked BBQ Beef Rib ni. Aku ingat macam nak alas perut je lah
kan.
Sekali bila makan, anak-anak
makan dengan laju dan memang sah tak cukup. Terpaksa beratur kali kedua top up
beli meatball dan Smoked BBQ Beef Rib lagi satu.
Aku suka Smoked BBQ Beef Rib ni
sebab daging dia memang lembut. Kalau gigit memang tercabut la daging dari
tulang tu. Less effort dan paling penting kalau makan masa dating pon tak akan
nampak comot. Comel aje. Ahaks.
Dari segi rasa, tekak orang
berbeza kan? Rasa sos dia masam-masam manis, tak pedas dan tak over rempah. Sedang
elok. Untuk aku yang ada anak kecil, menu ni sesuai sebab semua boleh makan
tanpa merengek nak air.
Aku tak pasti la Smoked BBQ Beef
Rib akan jadi menu sementara atau menu kekal sepanjang zaman dekat IKEA. Kalau ke
sana boleh lah cuba rasa.
Ok siapa nak ajak aku makan-makan
dekat IKEA? Jom.
wow..menyelerakan..:)
BalasPadamsedapnya tengok menu dia
BalasPadamSedapppnya
BalasPadam