Remaja Gantung Diri Kerja Sekolah Terlalu Banyak

Sedih bila baca berita dekat akhbar Metro kisah remaja gantung diri sebab kerja sekolah terlalu banyak. 

Pada umur 13 tahun yang sepatutnya kalau remaja lain yang sebaya dengan dia tengah seronok explore dunia. Baru nak kenal dunia la orang kata.

Kita tak tahu apa yang dia rasa sampai dia ambil keputusan nak tamatkan riwayat dia masa tu. Tak terbayang gelojak perasaan dia masa tu. 


Remaja Gantung Diri Kerja Sekolah Terlalu Banyak 


Nak teruskan dah tak mampu nak hadap, jadi jalan terbaik baik mati je. Jalan pendek untuk lari dari masalah.

Takziah untuk ahli keluarga. Bukan mudah nak terima kehilangan anak sekelip mata. Jerit perih melahirkan dan membesarkan anak-anak. 

Sebagai ibu, sedikit sebanyak berita macam ni menggugat jiwa.




Untuk yang beragama Islam, janganlah ambil langkah singkat macam tu. Istigfar banyak-banyak. Cari penawar, kembali pada Allah bila hadapi situasi getir. 

Syaitan suka sangat bila umat Nabi Muhammad dah mula sesat. Panik macam tu.

Aku tahu isu macam agak sensitif bagi sesetengah orang. “Kau tak rasa”, “kau tak pernah alami boleh lah kau cakap macam tu”. 

Apa punca masalah macam ni? Mana kekurangan dan kesilapan kita dalam mendidik?


Kerja Sekolah Terlalu Banyak & Tertekan


Ikut laporan dalam Metro, remaja tu tertekan kerana bebanan kerja sekolah yang terlalu banyak. 

Tambahan pula minat belajar agak kurang lagi memburukan keadaan. Sedih bila ayah dia cuba selamatkan dan sangka masih ada harapan untuk dia hidup.

Remaja tersebut gantungkan diri guna tuala dalam bilik air. Dapat bayangkan? Kesengsaraan dia sebelum mati. 

Hidup pun seksa, nak mati pun seksa. Akhirnya dia mati dalam perjalanan ke hospital. Begitulah kehidupan. Satu yang pasti, ajal dan maut memang Tuhan dah aturkan.


Iktibar Untuk Yang Masih Hidup


Kisah tragik macam ini lah seharusnya dijadikan iktibar untuk kita yang masih hidup. Kes bunuh diri di kalangan pelajar bukan perkara baru dan semakin meningkat saban tahun. 

Golongan remaja adalah bakal pemimpin di masa hadapan. Kalau perkara macam ni tidak dibendung kita dah boleh agak masa depan macamana.

Aku percaya semua pihak perlu memainkan peranan. Kalau kita tengok punca remaja ni tamatkan riwayat kerana kerja sekolah yang terlalu banyak, wajar ke kita salahkan sekolah? 

Salahkan guru-guru? Sedangkan guru dan pihak sekolah sekadar menjalankan tanggungjawab masing-masing. 


Tunding Jari Cari Salah Siapa?


Adakah ibubapa yang wajar disalahkan? Culas dalam berikan didikan sedangkan ibubapa bekerja keras mencari rezeki untuk beri yang terbaik untuk anak-anak. berhentilah sikap tunding jari tu.

Pendapat aku, semua pihak ada ada kekurangan masing-masing sehingga benda ni terjadi. Realitinya, masyarakat, ibu bapa dan pihak sekolah kena bekerjasama. 

Prihatin dan pantau perkembangan anak-anak. Nasi dah jadi bubur, memang dah terlambat untuk kita baiki. Nyawa pun dah melayang.

Tapi kita masih ada peluang untuk anak-anak yang masih dan sedang membesar. Tragedi seperti ni salah satu bukti sistem pendidikan kita masih ada kelemahan. 

Jurang yang besar. Kita ada peluang untuk baiki.

Kita masing-masing kena duduk dan buat perbincangan. Cari dan fahami mana silap kita. Apa puncanya. 

Sikap kita sendiri yang kurang prihatin dan juga ambil sambil lewa juga kena ubah. Sekolah patut buat post mortem cari mana boleh dibaiki cara didikan.

Sudah-sudahlah dengan sikap sombong diri. Sikap pentingkan diri dan tak ambil peduli. Masyarakat kita sekarang dah semakin parah. 

Kerajaan juga perlu sedar dan kena buat sesuatu. Tak kira apa jua pendekatan, asalkan bawa manfaat untuk rakyat wajar sangat la laksanakan.

Kalau ikut pengalaman aku sendiri, aku pernah hadiri pengebumian kisah sebegini. Cara dan sebab semestinya berbeza, yang sama adalah kesannya. 

Dan yang pasti kesan akibat perbuatan tu masih terasa sehingga sekarang. Yang dah mati meneruskan ‘kehidupan’ baru dekat alam sana tapi mereka yang masih hidup ni terpaksa meneruskan kehidupan dalam keperitan.

Keluarga terutama ibubapa paling terkesan. Terasa diri gagal dalam mendidik. Anak yang ditatang bagai minyak yang penuh ambil keputusan tanpa memikirkan perasaan si ibu bapa. 

Lepas aku saksikan sendiri bagaimana jalan singkat yang diambil tu memusnahkan ahli keluarga yang masih hidup buat aku bersyukur sangat aku masih hidup. Ahli keluarga aku masih ada.

Entah, kenapa aku bebel panjang tentang kisah ni. Bukan aku kenal pon keluarga mangsa. Tapi aku rasa terkesan sebagai ibubapa dan juga masyarakat. 

Orang kata nak ubah dunia boleh melalui banyak cara, penulisan salah satunya.

Aku yakin buat kita yang ada platform untuk ‘bercakap’, yang ada peluang untuk ‘meluahkan’ patut jalankan tugas yang sama. 

Sebarkan kesedaran, sebarkan perkara baik. Mari didik anak-anak kita bunuh diri sebagai pilihan. Jangan pilih jalan singkat dan sentiasa yakinkan anak-anak bahawa ada jalan keluar untuk setiap masalah.


Salam sayang dari aku,
Mak anak tiga.

Ulasan

  1. Uishhhhhhh, semoga tak terjadik lagi.........Bahaya lah kes camni....
    Yela, kadang ada anak anak yang x tahu nak bersuara tentang kekecamukan hati mereka.....

    BalasPadam

Catat Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.