Pengalaman Jaga Emak Di Hospital

Pengalaman Jaga Mak Di Hospital 

Secara jujurnya belum ready nak kongsi pengalaman jaga mak di hospital baru-baru ni. Tapi memandangkan aku amat perlukan terapi menulis, jadi aku luahkan dekat blog supaya hilang separuh beban dalam dada.

Mana mungkin tak terkesan dengan apa yang terjadi. Pengalaman jaga mak di hospital ni tiada elemen seram melampau ya. Lebih kepada pengajaran untuk aku dan adik beradik di masa hadapan.




Alhamdulillah untuk segala yang terjadi.

Aku mulakan cerita bila mak sakit semakin teruk. Apa sakit mak? Mak memang dah ada darah tinggi, kencing manis, gout dan masalah saraf. 

Kesemua penyakit dalam kawalan kecuali gout dan juga masalah saraf (tangan). Dalam kawalan bermaksud mak makan ubat dan bacaan untuk darah tinggi dan kencing manis masih rendah. 

Aku tak ingat berapa umur mak masa mula-mula mak sakit. Dah mencecah umur 65 tahun mak mula tak tahan tanggung sakit. Yelah dah semakin uzur kan. 

Sebelum ni mak mampu tahan dan tak mahu ke hospital ya. Tangan (jari) mak jadi kebas, dan jari membengkak tak boleh genggam. 

Pendek kata deria rasa mak dekat situ kurang berfungsi. Pendek cerita setelah melalui pelbagai pujukan dan drama air mata baru dapat pujuk mak ke hospital.

Emak Mula Sakit

Bertahun mak menahan sakit terutama saraf dekat tangan. Simtom dia mak tak boleh pegang benda, kebas, panas tangan dan sakit. Bengkak juga. Sebelum ni bila di rujuk ke klinik, doktor akan beri ubat gout.

Beberapa minggu sebelum Raya Haji lepas, kesihatan mak dah mula menurun. Selera makan mak memang drop habis. 

Makan tapi tak banyak. Minum air tapi tak cukup. Sehinggalah Raya Haji mak makin teruk dan terlantar atas katil. 

Malam Raya mak pusing kepala, muntah-muntah dan meracau sebab perut kosong dan tiada tenaga. Masa ni pujukan ke hospital masih lagi dikakukan. Tak berkesan bila mak kelihatan baik sekejap.

Mak meracau tu yang buat kami adik beradik takut. Meracau tak ingat apa-apa dan mak asyik sebut benda-benda terdahulu. Aku syak mak terlalu lemah. Mental dan fizikal. 

Mak Janji Nak ke Hospital

Kami adik beradik pegang janji mak bila mak kata akan ke hospital atau ke rumah anak-anak bila semakin teruk. Kami pegang kata-kata mak walaupun hati tak redha. 

Ujian juga buat kami bila sentiasa risaukan kesihatan mak bila berjauhan. Mak tinggal dengan abang dan kakak ipar di kampung. Selang beberapa hari, abang update perkembangan mak.

Semakin tak mahu makan dan tak larat bangun. Akhir sekali kami adik beradik berpakat suruh abang yang tua pujuk mak ke hospital. 

Mak dengan abang yang tua memang kalah sedikit. Itu lah special anak sulong.

 

Mak Masuk Hospital

Maka bermula lah episod jaga mak di hospital. Pertama sekali aku panjatkan kesyukuran Allah beri kami peluang adik beradik untuk berbakti. 

Menjaga mak. Aku antara anak yang terawal bersama mak. Malam pertama aku dapat jaga mak di wad. Seterusnya adik beradik lain ambil giliran. 

Malam bersama mak memang seronok. Mujur suami amat memahami. Dia izinkan aku jaga mak, dia pula uruskan anak-anak di rumah.

Jarak rumah dengan hospital, anak-anak walaupun kecil tapi masih boleh bekerjasama dan tidak meragam. Rezeki. Rezeki mak dan juga aku sendiri.

Walaupun mak kurang suka dengan hospital tapi sekurang-kurangnya kesihatan mak dipantau. Siap ambil darah, kencing disukat, makan minum juga dicatit. 

Dalam seminggu juga di hospital untuk tunggu keputusan darah. Darah mak di hantar ke HKL dan ambil masa sekurang-kurang tujuh (7) hari untuk tahu keputusan. 

Suhu mak normal masa dimasukan ke hospital. Itu jadi tanda tanya. Gout dan tangan mak seperti biasa. Lepas dapat tahu yang darah mak ada jangkitan kuman baru doktor bagi antibiotik. 

Doktor kata risau jejaskan buah pinggang. Yang aku faham, antibiotik dengan dos yang tinggi boleh membahayakan pesakit. 

Sakit tangan mak tu pun doktor siasat. Sebelum ni mak tak pernah dapat treatment yang khusus untuk tangan. Berkaitan saraf.

Bila sakit mak akan makan ubat gout termasuk ubat bengkak dan tahan sakit. Doktor klinik swasta pun beri ubat Gout. (aku tak salahkan doktor tapi kelemahan kami adik beradik gagal pujuk mak jumpa doktor)

Mak sangat trauma ke hospital. Mak risau akan ditahan di wad dan menyusahkan anak-anak bila kena jaga. Hai la mak. 

Kadang-kadang geram dengan mak, rasa nak gigit. Betapa susah macamana sekalipun, tanggungjawab tetap tanggungjawab. 

Mak abah dah besarkan kami, kini giliran anak-anak tabur bakti. Itu pun masib belum cukup.  
Alhamdulillah Allah permudahkan urusan bila proses kemasukan mak ke wad, rujuk doktor dan jaga mak jadi mudah bila adik beradik ambil giliran.

Pengajaran dan kenangan yang aku rasa memang mahal harganya. Ujian ni juga buat hubungan kami adik beradik makin rapat. 

Walau ada berbeza pendapat, pecah kepala membuat keputusan, berperang perasaan nak jaga hati mak semuanya berlalu dengan baik setakat ni.

Kisah Seram Jaga di Hospital

Pengalaman bermalam jaga mak di hospital tu, mak tak dapat tidur. Aku pun. Orang kata malam pertama di tempat baru memang susah kan nak lelap mata. 

Mak dapat bilik single bed. Waris yang tunggu pun selesa sebab kerusi tidur disediakan, aku memang sengaja tak tidur sebab nak pantau keadaan mak. Mak pula tak dapat tidur bila kerap terganggu.

Bila pejam mata mak kata nampak bayangan ramai orang, berwarna warni. Tu tak boleh lelap. Paling teruk ada satu ketika mak terkejut dan bangun tiba-tiba. Tanya aku ada panggil dan sentuh je suruh bangun.

Dengan muka serba salah aku sedapkan hati kata mak mimpi je tu. Masa tu sekitar jam dua (2) pagi. ayat AlQuran memang aku pasang je sepanjang masa. 

Memang mak tak tidur langsung la sehingga ke pagi. Apa lagi memang mak ajak berborak la. Segala topik keluar. Lega mak positif, seram bila mak tak dapat tidur. 

Tidur-tidur ayam orang kata. Lepas matahari mula naik baru mak berjaya lelapkan mata. Pagi tu baru dapat borak panjang dengan mak.

Masa nurse datang ambil bacaan darah, as expected darah naik sebab tak cukup rehat. Nurse mengiyakan dan senyum je bila sebut gangguan. Malam kedua mak lebih tenang. Dah hampir nak minta ubat tidur.

Perkara misteri lain tiada. Lega sangat.

Ujian jaga mak di hospital tak berhenti dekat situ. Lepas mak dibenarkan keluar hospital kesihatan mak merosot. 

Mak sepatutnya dapat berehat tapi rupa-rupanya mak diganggu 'makhluk' yang tak nampak dimata kasar. 

Oleh sebab mak pernah berubat sebelum ni jadi badan mak lemah dan mudah untuk kena gangguan. 

Hari demi hari berlalu, masuk minggu kedua, kata putus tentang sakit mak masih tiada. Aku tak pasti pengurusan hospital yang perlahan atau penyakit mak yang terlalu rare. 

Ulasan

Catat Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.