Parenting: Tip Bawa Anak Ke Majlis
Selalu sangat baca keluh kesah
ibu muda yang risau nak bawa anak kecil ke majlis kawan-kawan mahupun saudara
mara. Risau tak dapat kawal anak dan merosakan majlis orang sebenarnya.
Aku pun tak terkecuali dan pernah
merasa takut nak ke majlis orang walaupun anak aku tak la teruk mana perangai.
Aku sanggup tak pergi dari rosakan mood.
Dulu masa aku anak satu, masih
berani nak bawa ke majlis yang ramai orang, tapi bila masuk anak ke dua aku
jadi penakut. Ye lah selain tak cukup tangan dan belum penuh ilmu di dada
memang tak berani amik risiko.
Kadang-kadang bila fikir semula
rasa kelakar pun ada. Kami sanggup tak hadiri jemputan risau anak-anak buat
perangai.
Bila fikir semula alangkah
ruginya aku lepaskan peluang kami sebagai ibubapa nak tambah pengalaman dan
juga peluang untuk anak-anak nak kenal dunia luar.
Silapnya satu, kami sebagai
ibubapa tak penuhkan ilmu keibubapaan. Baru sekarang rajin nak membaca buku
psikologi ibu bapa, baca buku tentang anak-anak. Tak apalah, kata orang biar
lambat jangan langsung tak buat kan?
Aku nak kongsikan tip yang aku
dapat melalui pembacaan dan juga pengalaman aku sendiri melalui saat getir dan
juga persediaan sebelum bawa anak ke majlis. Tip ni juga terguna pakai bila
anak berada dalam kereta dalam waktu yang lama contohnya perjalanan balik ke
kampung.
Tip Mudah Bawa Anak Ke Majlis
#1 Alas Perut Anak Sebelum Keluar Rumah
Dah jadi kebiasaan kalau dapat
undangan rumah terbuka buat apa nak makan dekat rumah kan? Makan je lah dekat rumah
orang. Sebenarnya cara ini kurang tepat. Anak-anak akan mula buat perangai bila
perut kosong. Kalau sesat nak ke lokasi majlis dah jadi satu hal.
Nak kurangkan masalah semasa
dalam perjalanan dan bila berada di dalam majlis pastikan alas perut anak dahulu.
Cukup dengan buah-buahan sebab ianya tak menggangu selera makan.
#2 Sentiasa Pastikan Bawa Bekal Air Kosong
Limitkan pengambilan air bergula
terutama air gas. Gula tu kan pencetus tenaga. Bila lebih gula lebih tenaga
makin payah nak kawal anak-anak. Selalu aku kalau tertekan atau kering idea aku
akan minum air banyak-banyak supaya aura negatif tu mengalir keluar.
#3 Sediakan Aktiviti Dalam Kereta
Aktiviti paling mudah ialah bawak
buku mewarna atau komik. Untuk anak aku paling kecil biasanya aku bawa mainan
dia yang paling kecil senang dia nak pegang. Agak-agak dah separuh perjalanan,
beri mereka buat aktiviti tadi.
#4 Adap Makan
Ajar anak supaya menghormati
rezeki. Ambil makanan secukupnya dan elak pembaziran. Tuan rumah mesti stress
bila kemas pinggan mangkuk nampak ketulan ayam dan daging terbuang begitu
sahaja. Kalau kena dekat diri sendiri mesti sedih kan?
#5 Datang Kerana Menghormati Jemputan Tuan Rumah
Jangan berlama-lama dalam sesuatu
majlis. Kena faham yang anak-anak kecil ni cepat bosan. Dapat tunjuk muka dan
bersalam salaman dengan tuan rumah dah cukup baik. Tuan rumah faham dan gembira
sebab boleh layan tetamu lain pula.
#6 Bawa Pakaian Spare
Sentiasa amalkan bawa baju spare
bila keluar rumah. Memang tak terjangka perkara malang kan? Selalu aku kena,
bila bawa baju spare anak aku behave je. Tapi bila aku terlupa bawa, waktu tu
la dia akan comotkan baju dia.
Semulajadi sangat. Para ibu pun
kena bawa baju spare. Selalu ibu la akan jadi mangsa. Anak muntah dalam kereta
contohnya.
#7 Sentiasa Amalkan Pemikiran Positif
Perkara paling penting sebenarnya
adalah sikap ibubapa sendiri. Sentiasa amalkan pemikiran positif, terbuka untuk
belajar benda baru, dan percaya setiap perkara sentiasa ada saat kali pertama.
Bukan mudah, tapi tak la terlalu payah kan?
Tujuh tip dekat atas ni aku
sentiasa ualang pakai sampai anak aku dah masuk tiga orang. Aku buat semua
persediaan dekat atas walaupun hanya keluar ke pasar. Pengurusan tu penting ok.
Aku akan rasa sakit hati bila
keluar rumah dan porak peranda semasa perjalanan lepas tu terlupa beli
barang-barang bila dah sampai rumah.
Apa pun setiap orang ada cara
masing-masing. Harapnya perkongsian Tip Bawa Anak Ke Majlis ni berguna dan
menambah bakul pahala aku.
Salam sayang dari aku, mama anak
tiga.
Tips yang ohsem..
BalasPadamgreat sharing sis
BalasPadambole bookmark utk d praktikan bila sy sudah bekeluarga nanti :)
bagus jugak tips ni, bab lama dekat rumah orang tu macam sesuai bukan untuk parents je tapi yang bujang
BalasPadamnice sharing
BalasPadamSetuju sangat dgn tips tu.. Lebih2 lagi bab alas perut tu..
BalasPadamRed Linda https://anakperak.com
menarik tips ni, anak sedara pun leh praktik
BalasPadam