Pandangan Mufti Tentang Vaksin, Haram ke?

Isu vaksin di kalangan ibubapa di Malaysia memang tak pernah surut. Ditambah pula dengan kecanggihan teknologi dan banyaknya platform untuk rakyat bersuara, semakin lantang lah ibubapa memeberikan pendapat tentang vaksin.

Kadang-kadang pelik juga, berkaitan isu vaksin bagi aku bukan semua layak untuk beri nasihat. Kalau beri pendapat yes boleh. 

Tapi in term of capability aku rasa kurang sesuai sebab apa pihak yang anti vaksin majoriti bukanlah datang dari background medical.

Pandangan Mufti Tentang Vaksin, Haram ke? 

Sampai lah ke hari ni, perbalahan tentang vaksin masih berlangsung. Aku semestinya termasuk dalam golongan ibubapa yang percaya vaksin sebagai satu langkah pencegahan demi kebaikan kesihatan anak-anak aku dan juga anak orang lain.

Antara kumpulan yang sering turun padang membetulkan persepsi salah tentang vaksin adalah kumpulan perubatan Medical Mythbusters Malaysia di Facebook. 

Terdiri daripada doktor-doktor bertauliah yang bercakap berdasarkan ilmu dan juga kepakaran masing-masing.































Nasihat Mufti Pasal Vaksin

Aku tertarik selepas membaca perkongsian dari Dr Amirul Amzar, salah seorang ahli Medical Mythbusters Malaysia. 

Dalam Forum Kesedaran Imunisasi Peringkat Wilayah Persekutuan KL dan Putrajaya, salah seorang panel jemputan adalah idola aku iaitu Dato' Seri Dr Zulkifli Al-Bakri.

Jadi rasa seronok apabila ilmuan berkumpul dan menerangkan tentang isu panas seperti vaksin ni. "Wajib ambil vaksin ikut Jadual Imunisasi Kebangsaan" - Bayan Linnas 167

Antara isi penting dalam Forum Kesedaran Imunisasi Peringkat Wilayah Persekutuan KL dan Putrajaya adalah seperti berikut:

1. Dalam Islam, pencegahan adalah lebih baik dari merawat. Beliau memberi contoh vape. Beliau mengulas vape kononnya memberi keuntungan pada negara, tetapi in the long run, vape akan menjurus kepada perbelanjaan lebih besar akibat rawatan penyakit yang disebabkan olehnya. Maka, dia menekankan haram hukumnya menghisap vape dan rokok.

2. Dato Mufti juga menceritakan ada kumpulan antivaksin yang datang ke pejabatnya dan menghantar kompilasi testimoni-testimoni berkaitan kesan sampingan vaksin. Beliau menekankan bahawa testimoni sebegini tidak boleh digunapakai kerana telah wujud kajian berkaitan keselamatan dan keberkesanan vaksin sejak berpuluh-puluh tahun sebelum satu vaksin digunakan.

3. Beliau juga menekankan pendapat beliau berkenaan vaksin, dulunya harus, tetapi kini telah WAJIB, sama seperti huraian beliau dalam Bayan Linnas edisi 167. Di dalam ini juga beliau ada menyentuh isu halal haram vaksin.

4. Beliau juga menasihati KKM agar sentiasa bekerjasama dengan pihak lain terutama dalam mengunakan media sama ada media massa atau sosial dalam memberi maklumat dan menerangkan kepentingan vaksin ini.

Pendek kata, Dato' Mufti Wilayah kita ini memang menyokong tinggi pengambilan vaksin.
Mufti sendiri kata wajib, siapa kita untuk kata haram ambil vaksin?


Pendapat Aku Tentang Vaksin


Dari pengalaman aku sendiri, ibubapa yang anti vaksin memilih makanan alternatif untuk mencegah dan merawat penyakit untuk anak-anak mereka. 

Aku langsung tak perlekehkan atau memandang kecil kebaikan makanan-makanan alternatif untuk jaga kesihatan.

Mereka percaya dengan hanya makan makanan kesihatan alternatif (maafkan aku kalau salah) dapat elak anak-anak terkena penyakit berbahaya dan berfungsi menggantikan fungsi vaksin.

Tapi amatlah tidak adil kepada anak-anak lain jika apa yang mereka percaya itu sebenarnya salah? Aku pun amalkan makanan alternatif / sunah sebab aku percaya khasiat untuk kesihatan. 

Kalau sentuh isu vaksin tu haram, guna Khinzir dan bahan tidak halal lain yang sebetulnya isu berkenaan sudah lama selesai kerana menggunakan teknik kejuruteraan sel yang menghasilkan vaksin tanpa pembabitan haiwan yang haram di sisi syarak. 

“Kesemua vaksin yang dihasilkan perlu melalui sistem penghasilan yang ketat serta didokumenkan setiap proses, dos dan kesan sampingannya. 

Ujian klinikal membabitkan ribuan responden daripada pelbagai kawasan geografi dan ia terbukti menghasilkan antibodi melawan penyakit berbahaya dengan izin Tuhan,”.

Pendek kata, kenapa ibubapa kena yakin dengan memilih untuk berikan vaksin kepada anak-anak? sudah terang lagi bersuluh, para doktor yang berkelayakan dan ada ilmu dalam bidang yang tepat, ilmuan agama juga sudah memberikan pendapat, kecanggihan teknologi juga mengesahkan vaksin bebas haiwan juga digunakan.

Rasanya sudah cukup untuk meyakinkan ibubapa dekat luar sana kepentingan vaksin. Kasihanilah anak-anak yang tak bersalah. 

Ulasan

  1. Ada sorg yg sha jumpa kata vaksin ni haram..Anak dia pun dia xvaksin..huhu

    BalasPadam

Catat Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.