4 Sebab Jangan Makan Kentang Yang Telah Keluar Tunas
Siapa peminat kentang diminta jangan panik, kena baca sampai
habis dulu baru boleh gelabah ok. Aku terbaca artikel tentang bahaya makan
kentang yang telah keluar tunas dan aku rasa patut kongsi dengan peminat
kentang yang lain juga.
Selalu kentang ni aku akan letak dalam sup dan juga kari
ayam. Jadi kebiasaan akan beli banyak-banyak dan buat stok.
Kalau ikut tahap kerajinan aku memasak, kentang yang ada semua
tak sempat nak keluar tunas kecuali masa mood masak merudum memang meriah la
stok kentang aku keluar tanduk.
Lepas baca sebab-sebab dilarang makan kentang yang telah
keluar tunas, barulah rasa takut. Sebelum ni ambil mudah je. Oh ya, perkongsian
ni aku dapat dari Doktor Kamarul Ariffin di Facebook beliau.
Kentang Yang Telah Bertukar Warna Hijau Dan Tumbuh Tunas. Selamat Atau Tidak Di Makan?
Mesti ramai tertanya-tanya perkara ni, kan? Nak buang rasa
sayang, nak makan pula rasa takut. Tak usah pening kepala fikir hal ni. Kalau
ada kentang macam tu, lebih baik buang sahaja!
Tapi, kenapa kena buang? Inilah jawapanya. 4 Sebab Jangan
Makan Kentang Yang Telah Keluar Tunas.
- Makan kentang yang telah bertukar warna kepada warna hijau dan telah tumbuh tunas boleh menyebabkan anda berisiko terdedah kepada toksik semulajadi dikenali sebagai glycoalkaloids iaitu solanin dan chaconine.
- Kulit kentang yang berwarna hijau menunjukkan kehadiran toksin dan tunas mengandungi kepekatan toksin yang paling tinggi. Manakala isi ubi kentang mengandungi toksin yang paling rendah.
- Kentang yang tercemar dengan toksin ini akan mempunyai rasa pahit, dan memakannya boleh menyebabkan cirit- birit, muntah, dan sakit pada bahagian abdomen. Simptom tersebut akan berlaku dalam beberapa jam dan berlarutan sehingga satu hari.
- Proses memasak kentang seperti membakar, merebus, dan menggoreng tidak menghapuskan toksin ini. Walaubagaimanapun, mengupas kulit kentang sebelum proses memasak dapat mengurangkan kandungan toksin ini dalam kentang.
Sedikit tip untuk pembeli kentang dekat luar sana tu,
sebelum beli pilihlah kentang yang mempunyai permukaan licin, tidak berwarna
hijau dan paling penting tidak mempunyai tunas.
16 Resepi Mudah Dan Lazat Berasaskan Kentang
- Kentang Goreng (French Fries)
- Potato Wedges
- Kentang lenyek
- Sup Ayam dan Kentang
- Kerepek Kentang
- Sambal Kentang Garing
- Cucur Kentang
- Salad kentang
- Kentang Bakar + Keju
- Karipap Kentang
- Bergedil
- Kentang Goreng Telur
- Kentang goreng berlada
- Roti puri kentang
- Sup kentang
- Bebola kentang inti ayam
Maklumat yang bermanfaat
BalasPadamselalu jugak buat perangai macamni tapi perut kebal lagi lah hahaha kena stop ni
BalasPadamKentang x sesuai letak dlm peti sejuk, nanti cepat bertunas. Dulu akak x tau, tinggalkan dlm peti sejuk lama & then cuti Raya balik kampung. Kentang tu ddk dlm plastik di bahagian bawah sekali, tertindih dgn sayur2 lain. Bila balik rumah, tengok2 dah ada baby potatoes dlm fridge! Akak masak ja baby potatoes tu.
BalasPadamkenapa sama... kentang kita pun ada yang bertunas..hahahhah..btw good sharing..so pasni nak kena beli time betul2 nak guna je.
BalasPadam