Alhamdulillah untuk segala yang terjadi. In Him I Put My Trust, Quran 9:129 atau dalam bahasa mudahnya Tawakal. Hidup aku sebulan dua penuh dengan kejutan tak disangka. Datang macam ribut dan sekarang masih bergelora.
Aku bersyukur aku masih tegak berdiri walau kadang seakan mahu cari dahan untuk berteduh. Kehidupan kami di uji apabila mak jatuh sakit. Dah lama mak sakit, tapi mak pendam. Mak menolak ke hospital.
In Him I Put My Trust
Sepanjang tempoh penolakan, mak
gigih berjuang nak sihat. Tapi lama kelamaan semangat mak pudar. Mak jadi redha
andai Allah masih belum izinkan mak sembuh.
Cuma aku kurang setuju mak redha
tanpa ada usaha nak sembuhkan diri. Maksud aku pergi ke hospital. Mak sebenarnya
bosan makan ubat. Pergi ulang alik ke hospital tapi masih sama. Alahai mak.
Tawakal Kepada Allah Yang Satu
Kemuncaknya bila mak sakit dan
adik beradik mula tegas. Sebaik mungkin perasaan dijaga takut terkena tempias
anak derhaka.
Nauzubillah. Ibarat tarik rambut dalam tepung, tak mahu tepung
berselerak dan nak tarik tepung sehabis baik.
Satu benda yang aku belajar,
setiap perkara dimulakan dengan DOA, di ikuti dengan usaha dan ikhtiar dan
pengakhirannya kau harus Tawakal. Tawakal juga bermaksud kau kena percaya
dengan apa Allah aturkan.
Doa Usaha Ikhtiar Tawakal (DUIT)
Setiap kata-kata merupakan satu
doa. Tak pernah kami adik beradik lupa nak keluarkan kata-kata supaya lembut
hati mak nak dapatkan rawatan.
Perkara paling teruk bila kami
dah terlambat nak bawa mak ke hospital. Alhamdulillah. Walau tak mudah tapi
Allah beri keizinan jua.
Usaha kami adik beradik adalah
mencari kata sepakat. Guna kelebihan anak yang tua. Mak akan mendengar kata
anak yang tua. Entah, bukan takut atau menjaga hati. Mungkin yang tua lebih
faham isi hati mak.
Bukan mudah sepanjang proses mak
sakit, dimasukan ke hospital, menjaga mak semasa sakit, ambil giliran cuti dan
korbankan banyak benda.
Satu hikmah yang aku nampak, kami
adik beradik lebih banyak komunikasi. Lebih banyak bergantungan di antara satu
sama lain. Personally, ujian ni buat aku lebih kenal suami.
Mudah je situasi. Suami ambil
tanggungjawab menjaga anak-anak dan uruskan hal persekolahan. Dia beri izin
untuk aku jaga mak. Rezeki.
Mak Lebih Sensitif Dari Biasa
Mak yang aku kenal adalah mak
yang ber semangat waja. Mak tak mudah mengalah dan mak memang tahan sakit. Bersalin
sepuluh kali, dah tahu mak macamana kuatnya. Tapi semuanya berubah bila mak
sakit kali ni.
Selain fizikal yang lemah, jiwa
mak mudah terusik. Mak jadi over sensitif. Mak sedih anak lelaki tak sentuh dan
belai. Makan nak kena bersuap, kena selalu pujuk dengan kata-kata manis.
Sepanjang mak sakit, aku panggil
mak baby, aku selalu sebut, good mak, bagus mak kuat, bagus mak nak minum,
Alhamdulillah mak boleh bangun.
Beli Jiwa Mak
Ada fasa mak sakit mak refuse
makan atau minum. Kali pertama mak masuk hospital kemudian mak dibenarkan
keluar. Lepas tu mak uzur sangat. Mak menangis menahan sakit. Badan pula seram
sejuk.
Tak tahan tengok keadaan mak,
kami upah private ambulance hantar mak ke hospital yang sama. Dua minggu mak
disana. Banyak pengalaman dan cerita yang keluar.
Hari ke hari mak semakin sihat.
Sempat aku jaga mak beberapa hari lepas tu mak minta balik kampung. Rindu rumah.
Saat ini, mak gembira dijaga anak
menantu di kampung. Adik beradik yang lain usaha untuk beli keperluan untuk mak
supaya senang dan mak selesa. Beli pampers, beli katil dan tilam hospital, beli
vitamin yang perlu dan kami tak beri mak makan makanan tambahan mak suka makan
masa sihat dulu.
Minta doa dari korang supaya mak
terus sihat. Mak rindu nak berjalan. Sekarang mak tak mampu nak berdiri lama,
berjalan macam biasa.
Mak kata nak tanam lada lol. Ada hati tu. Sihat la dulu
wahai baby ku nanti senang nak buat apa pon. By the way tahun ni mak genap 68
Tahun pada 27 November nanti. In Sya Allah.
semoga mak terus sihat. dan semoga sekeluarga dipermudahkan untuk menjaga mak. Get well soon. isnya allah
BalasPadam