Checklist Tukar Template Blogspot

Kali ini aku nak kongsikan senarai atau pun checklist (aku buat sendiri) yang aku akan rujuk apabila aku tukar template blogspot. Bila baca blog orang nampak kemas tersusun terus tengok blog sendiri. 

Rasa segan pon ada. Dah banyak kali aku tukar template blog, rasanya template kali ni paling lama aku guna. 

Bukan apa, kadang-kadang bila guna template percuma mesti ada perasaan kurang puas hati dan mula la nak tambah widget lain walaupun kadang-kadang tak perlu pun. 

Selepas ini kalau mahu tukar template blog sekali lagi, aku kena fikir lapan puluh juta kali sebab banyak juga penambahan yang aku buat. Kebetulan minggu lepas adalah minggu bosan nak menulis entri baharu. 

Tip: Checklist Tukar Template Blogspot 


Urusan review produk dan tugasan media sosial yang lain pun dah selesai. Jadi aku ambil masa untuk bertenang dan fokus untuk baiki template blog. 

Mood nak cantikkan blog tu datang jadi kena sambut dengan baik. 
Bukan apa pun, tidak banyak yang aku ubah. Cuma tambah tab button dan betulkan tag ataupun label bagi setiap entri. Susun supaya jadi kemas. 

Resepi dalam satu tab, food review tersusun satu tab, product review dan lain-lain. Dah susun baru nampak arah tuju nak tulis entri sebab lebih faham apa yang perlu ditulis. 


Checklist-tukar-template-blogspot


Checklist Tukar Template Blogspot


Kebiasaan aku akan google je template percuma yang ada. Nak beli aku rasa tak berbaloi sebab aku asyik la bertukar selera.

 Alhamdulillah so far aku buat ikut tutorial yang disediakan sahaja dan setakat ini tiada masalah besar. 
Template blogspot pula tak lari jauh. Setiap component seakan sama je. Aku lebih prefer template yang bersih, background cerah dan simple. Sedap masa memandang, cukuplah bagi aku. 

Paling penting template blog mestilah mesra SEO. Boleh cari ciri-ciri template dalam deskripsi template yang disediakan. 


#1 Widget

Selain widget yang disediakan, biasa aku akan tambah widget Instagram dan Facebook Group. Untuk wisget Instagram aku guna https://snapwidget.com manakala Widget Facebook aku ambil dari Facebook sendiri.


Widget pun aku tak letak banyak sangat dekat blog, kata otai blogger widget yang banyak buat blog jadi berat. Jadi pilih yang perlu sahaja. 


#2 Scroll Bar Blogger List

Nak letak semua list akan jadi meleret dan tak cantik, jadi aku selalu set kan berapa je boleh keluar dekat blog. 

Salah satu benda wajib aku buat. Kalau ikut template terkini, sepatutnya tiada masalah nak set jumlah senarai blogger list. 


#3 Bounce Rate 

Dulu aku ada masalah bounce rate terlalu tinggi which is aku baca tak berapa elok untuk blog. korang boleh baca tentang bounce rate dekat blog HH, dia banyak kongsi tip berguna. 

Aku pun selalu rujuk dia. Jadi setiap kali guna template baru aku akan pastikan masukan semula code untuk control bounce rate tu.



#4 Lazy Load Code

Aku sejenis suka letak banyak gambar dalam blog. Dari pemahaman aku elok letak gambar untuk tarik pembaca tapi kena pastikan gambar tak terlalu berat. 

Jadi selain dari kena resize gambar guna link aku akan letak code Lazy Load Code. Khas untuk blog yang ada terlalu banyak gambar dan lambat loading.


#5 Semak Performance Blog

Aku jadi ketagih untuk tengok dan jaga blog performance aku walaupun tak lah bagus mana. Lepas tu bila ada tak kena mula la macam ayam bertelur riuh sekampung cari penyelesaian. Ahaks. 

Antara tool aku guna Webmaster dan SEO Checker Dari Neilpatel.




Setakat ni, checklist ni yang aku akan buat bila bertukar template blogspot. Masih banyak lagi benda nak belajar kalau libatkan blog. 

Nak belajar pasal adsense yang masih belum khatam, nak utilize kan info dari Google Analytics, Search Google Console dan banyak lagi lah.

Korang kalau tukar template macamana? Mine sharing?

Ulasan

  1. wahh selalu tukar2 template ya.. sy pun kadang mau jugak tukar2 template tapi yang malasnya bila kena setup balik code html mcm keyword, meta tag..h1, h2 semua.. sudahnya pakai jala template sedia ada.. tupun sy baru tukar template awal tahun ni kesannya jumlah view pada entri berkurang huhu tapi alhamdulillah da setup balik code html..kiranya sy start dari bawah balik sbb yala,,baru comeback selepas berbulan blognya sepi dan templatenya pulak template baru hehe

    BalasPadam
  2. Nice sharing, nanti nak letak widget ig juga

    BalasPadam
  3. Nice sharing kak diah.. Dah setahun lebih tak tukar template. Niat memang nak tukar tapi itulah nak setting ni tak berapa reti 😅

    BalasPadam
  4. Wahh checklist yang bagus ni. Qiss pun suka rujuk blog HH juga sebab banyak ilmu Qiss dapat

    BalasPadam

Catat Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.