Susu Karihome Bantu Perkembangan Sistem Imun

Sebut pasal sistem imun ni aku agak risau tentang anak kedua aku. Rasanya sistem imun dia kurang ok berbanding abang dan adik dia. 

Mungkin sebab dia memilih makanan lepas tu kurang makan makanan berkhasiat jadi penyakit cepat sangat hinggap.

Nak pula kalau hujung minggu kami sibuk dengan aktiviti dekat luar rumah lagi cepat la dia demam. Oleh sebab sistem imun yang lemah, kanak-kanak merupakan golongan yang amat mudah diserang penyakit yang disebabkan oleh bakteria dan virus.




Susu Karihome Membantu Meningkat Perkembangan Sistem Imun Kanak-Kanak

Lepas jadi mak ni banyak betul aku belajar. Harus pastikan anak-anak mendapat khasiat secukupnya dan sebab itu, amat penting anak-anak anda mempunyai kekebalan tubuh yang kuat untuk menghindari penyakit sepanjang pembesaran mereka.

Selain sistem imun, kalsium juga amat penting dalam pembesaran serta perkembangan anak-anak terutamanya dalam pembentukan tulang dan gigi anak-anak. 

Sebab itu pengambilan susu yang betul dan lengkap dengan nutrisi yang diperlukan untuk tubuh badan mereka perlu dititikberatkan.

Susu kambing misalnya, menawarkan kalsium yang tinggi dan mampu mencegah masalah pereputan tulang. Ia juga mengekalkan protein dan asid amino dalam badan pada tahap yang diperlukan.



Susu Kambing Terbaik Susu Karihome


Memang sejak dulu lagi kalau mencari susu kambing, rata-rata kawan mencadangkan susu Karihome. Susu Kambing Karihome terkenal sebagai Susu kambing terbaik yang ada dipasaran.  

Diimport dari New Zealand, ia dipasarkan di banyak negara termasuk Australia, Perancis, United Kingdom, Itali, Singapura dan Malaysia.

Menariknya, Karihome adalah rumusan susu kambing yang pertama seumpamanya dan satu-satunya menjalani dua kajian klinikal, satu dari New Zealand dan kedua dari Eropah. 

Oleh itu, pengguna terutamanya ibu-ibu di luar sana tidak perlu bimbang untuk memberikan susu kambing Karihome kepada anak.



Kelebihan Susu Kambing Karihome

Antara kelebihan yang ada pada susu Karihome adalah ia mengandungi nutrisi semula jadi yang tinggi dan lengkap yang amat diperlukan bagi kanak-kanak yang sedang membesar dan memerlukan keperluan kalsium yang mencukupi untuk perkembangan tumbesaran mereka. 

Susu kambing Karihome ini menyediakan keperluan kalsium mengikut peringkat umur anak-anak iaitu:
1.           Karihome 3 Goats Milk Growing-Up Formula bagi kanak-kanak berusia 1 hingga 3 tahun
2.           Karihome 4 Goats Milk Pre-School Formula bagi kanak-kanak berusia lebih 3 tahun

Selain itu, Karihome diformulasi dengan Double Action yang dapat membantu sistem imun dan berat badan pada anak-anak yang mana kandungan bahan-bahan bioaktif seperti Nukleotida meningkatkan serta menyokong perkembangan sistem imun manakala CLA dan kalsium menambah berat badan tanpa menyebabkan masalah ‘obesity'. 

Susu kambing Karihome turut mengandungi Casein Phosphopeptide (CPP) yang membantu meningkatkan kelarutan dan penyerapan mineral seperti kalsium, besi dan zink. 

Begitu juga Taurina menyokong perkembangan otak dan fizikal anak-anak manakala Vitamin A pula menyokong perkembangan mata dan sistem imun yang baik.

Protein curd susu kambing pula halus dan senang dihadam maka ia membantu mengurangkan masalah ekzema dan masalah penghadaman yang sering berlaku pada anak-anak yang sedang membesar.

Pendek kata, susu Karihome ni memang pembantu terbaik para ibu dalam memastikan anak mendapat khasiat secukupnya. Bagus dalam meningkatkan perkembangan imun kanak-kanak, penuh khasiat, dan terbukti secara klinikal selamat untuk kanak-kanak. 

Jadi, gunakan susu kambing Karihome yang dapat memberi nutrisi keperluan mencukupi untuk anak-anak anda.

Nak tahu lebih lanjut tentang Susu Karihome boleh lawati laman web mereka https://www.karihome.com atau laman sosial mereka di Facebook atau Instagram.

Ulasan

  1. good sharing diah..boleh assist mak2 yang risau perkembangan anak2 kekurangan nutrisi yang mencukupi utk tumbesaran...

    BalasPadam
  2. Susu kambing memang baik utk kanak2 selepas susu ibu. Khasiat yang ada sangat baik dlm proses pembesaran anak2.

    BalasPadam
  3. Tengs sharing, info yg sangat menarik. Datang singgah sini nak ucap salam sayang dari blog baru ema.

    BalasPadam
  4. nampak macam bagus susu ni... nanti boleh sharing dengan kakak ni

    BalasPadam

Catat Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.