Amboi tajuk resepi Spaghetti Carbonara Cheese Lemak Berkrim Disukai Ramai tu bagai minta ditampar pipi je rasanya.
Aku dulu memang jarang sangat masak Carbonara dengan alasan suami aku loya makan sos kuah putih. So kampung. Ewwww ahaks ok gurau.
Resepi Spaghetti Carbonara Cheese Lemak Berkrim
Tapi selepas anak kecil berderet
yang tidak sukakan masakan pedas, terlalu masam atau terlalu unik rasa dia maka
sekarang menu aku asyik la melantak Carbonara yang lemak berkrim.
Tak cukup
lemak lagi aku masukan pula cheese weh. Menangis lemak aku. Entri Popular dalam Blog aku resepi-pasta-prego-buddies-Carbonara-Cheese
Cara Masak Spaghetti Carbonara Cheese Lemak Berkrim
Aku terinspirasi untuk masak
Spaghetti Carbonara Cheese Lemak Berkrim ni lepas tengok sorang mamat ni masak
dekat YouTube.
Senang sangat jadi buat la sendiri. Sebelum ni aku pernah cuba
masukan sosej dan daging ayam dalam kuah Carbonara tu.
Tapi rasa dia tidak sesedap kuah
Carbonara yang menggunakan Seafood seperti udang. Binatang lain aku belum
pernah cuba ye tuan puan.
Jadi jomlah aku kongsikan Resepi
Spaghetti Carbonara Cheese lemak berkrim disukai ramai yang semudah ABC.
Bahan-bahan yang diperlukan
ialah:
Spaghetti
Satu biji Bawang Holand, bawang
lain tak sedap
10 ekor Udang, lagi gemuk udang
lagi sedap
1 kotak Whipping Cream
10 Biji Cendawan Shintake
Lada Benggala Jika Mahu
3 keping cheese
Sedikit lada sulah
Garam
Cara-caranya ialah:
Rebuskan spaghetti sehingga el
dente dan simpan air rebusan untuk dimasukan ke dalam kuah. Air rebusan juga
digunakan untuk pekatkan kuah Carbonara.
Dalam kuali lain panaskan sedikit
minyak dan tumis bawang yang dicincang sehingga naik bau dan cendawan Shintake.
Setelah separuh masak, masukan
udang dan kacau sehingga udang bertukar warna. Kemudian, masukan Whipping Cream
dan kacau sehingga mendidih.
Lepas beberapa ketika masukan
pula air rebusan pasta tadi dan kacau lagi sehingga mendidih.
Perasakan dengan garam dan juga
lada sulah. Sebelum tutup api boleh masukan cheese tadi dan kacau sehingga
sebati.
Kacau seketika dan kemudian siap.
Sepatutnya kena masukan herba
Oregano. Tapi aku tiada stok herba tapi masih sedap juga Spaghetti Carbonara
Cheese aku tu. Anak-anak pun suka. Jangan lupa untuk cuba.
Walaupun resepi ni agak merbahaya
untuk mereka yang sedang diet tapi memang tak rugi kalau korang cuba.
Hihonsedap Dan nampak lazat
BalasPadamSedapnya.. Sha selalu guna susu.. tak pernah pula guna whipping cream.. cam menarik nie..
BalasPadamwow wow wow..sedapnya
BalasPadam