Aku nak kongsikan pengalaman aku
menggunakan produk syampu SAFI Shayla Anti Kelumumur yang botol biru tu.
Memang
dari kecil aku ni pakai tudung jadi kalau berlaku porak peranda dekat rambut
aku memang seratus peratus aku salahkan tudung.
Masa tu zaman noob. Malas pun ye
jugak. Tapi semenjak tahu guna otak baru la aku semakin memahami kenapa kepala
aku ada masalah kelumumur dan rambut aku gugur.
Kelumumur tidak sama sekali
menyebabkan rambut gugur ye semua, rambut gugur apabila korang garu kepala
macam orang gila. Hahaha. Bercakap kepada diri sendiri nampaknya.
Sebelum aku cerita lebih lanjut,
mari belajar tentang kelumumur.
Syampu SAFI Shayla Mengatasi Masalah Kelemumur
Setiap orang adalah berbeza, dan
semestinya faktor yang menyebabkan kelumumur itu juga berlainan. Tapi yang
pasti punca utama kelumumur adalah kerana kulit kepala yang kering, pakai
produk syampu yang salah, selalu stres, faktor pemakanan dan banyak lagi kalau
nak senaraikan.
Cuaca pun memainkan peranan, nak
pula kalau pakai tudung dalam jangka masa lama dan berada di bawah cahaya
matahari memang menyumbang kepada masalah kelumumur.
Bertambah teruk kalau kita malas
nak jaga, dan buat tak kisah. Silap haribulan kepala gatal dan asyik menggaru boleh
akibatkan botak. Jadi jangan malas ya.
Dan aku bersyukur sangat aku tiada
masalah rambut yang lain dan teruk seperti jangkitan kulat mahupun rambung
bercabang.
Untuk rawat masalah kulit kering boleh guna set SAFI Hydra Glow
Bagaimana Untuk Merawat Kelemumur?
Selain daripada menjaga
pemakanan, mengawal stress dan salah satu cara mudah untuk menghilangkan
kelumumur adalah menggunakan syampu anti kelumumur.
Aku tertarik untuk
menggunakan Syampu SAFI SHAYLA Anti Kelemumur yang memang dicipta khas untuk
gadis bertudung dalam menyelesaikan masalah rambut.
Kalau nak tahu, Syampu SAFI
SHAYLA Anti Kelemumur mengandungi Habbatus Sauda serta bahan aktif ZPT dan
Menthol yang mencegah kelemumur bermula dari cucian pertama serta haruman yang
mampu kekal sehingga 24 jam.
Minyak Rambut Anti-Kelemumur SAFI SHAYLA
Minyak rambut SAFI Shayla
mengandungi minyak Organik Habbatus Sauda, Minyak Zaitun Tulen dan mentol.
Menjadikan rambut lebih lembut, licin dan memberikan kilauan rambut dan sihat
menawan.
Ia mengurangkan kelemumur dengan berkesan, melegakan kulit kepala yang
gatal dan memberikan kesegaran kepada kulit kepala dengan sensasi dingin.
Rambut lebih selesa bersama haruman yang mampu kekal sepanjang hari.
- Minyak Organik Habbatus Sauda - Memberikan kelembutan kepada rambut, nutrien, anti-bakteria dan perlindungan matahari.
- Minyak zaitun tulen - Memelihara/Memberikan kelembapan kepada rambut kering, kusam atau kerinting.
- Ejen anti-kelemumur & Mentol - Mengurangkan kelemumur, minyak & gatal kulit kepala serta memberikan kesan sensasi dingin dan kesegaran kepada kulit kepala dengan penggunaan berterusan.
Tip Merawat Kelumumur Menggunakan Syampu SAFI SHAYLA
Untuk mendapatkan kesan yang
lebih efektif dalam menghapuskan kelumumur, aku cadangkan korang untuk cuba Syampu
SAFI SHAYLA Anti Kelemumur bersama Minyak Rambut Anti Kelemumur SAFI SHAYLA.
Cara menggunakan minyak rambut
anti kelumumur pun amat mudah. Berikut adalah langkah-langkah menggunakan
produk Syampu SAFI SHAYLA Anti Kelumumur.
1. Sapu Minyak Rambut Anti
Kelemumur dan urut perlahan-lahan ke kulit kepala. Biarkan dalam 3-5minit
2. Basahkan rambut dan Syampu
rambut menggunakan Syampu Safi Shayla Anti Kelemumur. Urut dan sebatikan pada
kulit kepala
3. Kemudian bilas sehingga
bersih.
Dicadangkan guna syampu dua kali
seminggu atau ikut keperluan. Boleh selang selikan dengan pemakaian SAFI Shayla
Refreshing Scalp Mask Dandruff & Itch Control untuk kawal kegatalan akibat
kelumumur.
Untuk Safi Shayla Refreshing Scalp Mask Dandruff & Itch Control:
1. Ratakan masker ini ke kulit kepala dan urut perlahan
selama 1 minit. Kemudian bilas sehingga bersih
Kalau ikut pengalaman aku
sendiri, aku amat berpuas hati sepanjang aku menggunakan minyak rambut dan Syampu
Safi Shayla Anti Kelemumur ni. Rambut jadi ringan, wangi dan paling utama
kurang gatal serta kurang masalah kelumumur.
Sekarang pula sedang berlangsung
promosi Koleksi Beg Silang edisi terhad “We Bare Bears” di outlet yang
mengambil bahagian.
Dengan setiap pembelian melebihi RM35 untuk mana-mana
produk SAFI SHAYLA korang layak dapat beg silang comel tu.
Jangan lupa dapatkan Syampu SAFI
Shayla di pasaran.
rabia pakai yg warna hijau tu wangii
BalasPadamComel nye beg bear.. Btw nice sharing. Keep up the good work!
BalasPadamsuke shampu shayla ni. i love the smell.
BalasPadamproduk safi terbaik
BalasPadam