Hari Wukuf atau Hari Arafah adalah kemuncak bagi ibadat Haji. Disyariatkan bagi kita yang tidak melakukan Wukuf supaya berpuasa kerana banyak manfaat yang bakal diperoleh bagi mereka yang mengerjakanya.
Hari Arafah adalah hari ke-9 dalam bulan Dzulhijjah dan merupakan hari ke-2 dalam ritual ibadah haji. Hari Arafah merupakan hari yang istimewa kerana pada hari itu Allah SWT membanggakan hamba-Nya yang berkumpul di Arafah kepada para malaikat.
Arafah merupakan nama sebuah gunung, tempat di mana Muhammad SAW berpidato di depan kaumnya untuk yang terakhir kali. – Wikipedia.
Puasa Sunat & Senarai Doa Hari Arafah
Hari Arafah ialah hari
pengampunan dosa, pelepasan azab api neraka dan kemegahan bagi orang berwuquf
di Arafah.
' Tiada hari yang Allah banyak
membebaskan daripada neraka melebihi hari Arafah. Allah mendekati mereka lalu
Allah membanggakan mereka kepada para malaikat.
Allah berfiman, 'Apa yang
diinginkan oleh mereka?' - Riwayat Muslim (3354), Ibnu Majah
(3014)
Amalan Sunat Pada Hari Arafah
Selain puasa, antara amalan lain
yang digalakan untuk kita buat pada hari Arafah adalah banyakkan berdoa. Antara
doa-doa yang dicadangkan untuk kita minta pada hari yang istimewa adalah seperti:
1. Ya Allah kurniakanlah padaku
Kejayaan terbesar - selamat dari api neraka dan masuk ke Syurga Firdaus
2. Ya Allah masukkanlah aku dan
keluargaku dalam golongan yg beriman.. yang menerima kitab amal di tangan kanan
kami.
3. Ya Allah, Kurniakanlah padaku
kematian yang diberkati. Izinkan aku mengucapkan syahadah sebelum aku
menghembuskan nafas terakhir.
Kurniakanlah padaku syafaat Rasulullah (saw).
4. Ya Allah masukkanlah aku dalam
kalangan Rasulullah (saw), keluarganya dan para sahabat di Syurga Firdaus.
5. Ya Allah selamatkanlah
rakan-rakan bukan Islam ku dari neraka. Kurniakan mereka hidayah Islam.
6. Ya Allah, satukan aku dalam
Syurga Firdaus dengan orang-orang yang aku sayangi semata-mata kerana Mu.
7 Ya Rabb, sempurnakan agamaku
dan ibadatku. Selamatkan aku daripada kejahatan dan izinkan aku menyempurnakan
sebahagian daripada agamaku.
8. Ya Allah terimalah amalan
baikku dan tingkatkan pahala dan rahmat untukku. Padamkan dosa-dosaku dan
ampunkan aku sepenuhnya. Limpahi rahmatMu untukku dan selamatkanlah aku dari
kehinaan pada hari hitungan amal.
9. Ya Allah, apabila aku mati,
biarlah jiwaku dan rekod amalanku menjadi amalan tertinggi
10. Ya Allah kurniakan aku, ibu
bapaku, keluarga dan anak-anakku bimbingan, ketabahan dan peningkatan Iman.
11 Ya Allah, masukkan aku dalam golongan
yang Engkau lindungi, mendapat pengampunan Mu dan mendapat naungan pada hari
ketika tidak ada naungan selain dari Arash Mu.
12. Oh Tuhanku, tingkatkan
keyakinan dan tawakkalku padaMu. Janganlah ada keraguan dalam kepercayaanku
dalam keesaan Mu, kehebatan Mu dan kekuasaan Mu.
13. Ya Allah tingkatkanlah
kecintaanku untuk Mu dan Nabi Mu (saw).
14. Ya Allah ampunilah aku dan
tingkatkanlah kurnian Rahmat dan Rezeki Mu
15 Ya Allah berilah aku lebih
banyak peluang untuk berbuat baik dan mendapat keredhaanmu.
16. Ya Allah ya Rabb, sucikan
niatku hanya untuk Mu semata dan lindungi aku dari menunjuk-nunjuk atau
kebanggaan palsu. Selamatkan aku dari sifat angkuh, sombong, menunjuk nunjuk
dan mengungkit ungkit nikmat.
17. Oh Penciptaku dan Tuhanku,
jangan biarkan aku sendirian. Berkati aku dengan pasangan yang sesuai dan
anak-anak yang akan menjadi penyejuk mataku.
18. Oh Tuhanku, jadikanlah aku
dari orang-orang yang sabar dan patuh kepada Mu dan kepada ibu bapaku.
19. Selamatkanlah aku dari Fitnah
Dajjal.
20. Selamatkanlah aku dari azab
kubur dan azab api neraka.
21 Ya Allah, tingkatkanlah
usahaku dalam kerja-kerja Sadakatul Jariah.
22 Ya Allah, berkati hidupku
dengan kesihatan yang baik, agar aku dapat bersujud padamu dengan mudah
sehingga akhir hayatku.
23 Ya Allah, lindungi aku dan
seluruh umat Islam dalam menentang penindas-penindas yang zalim. Selamatkan
kami dari fitnah dan permudahkanlah bagi kami mengharungi zaman yang sukar ini.
24. Tuhanku, berkati hidupku
dengan yang terbaik di dunia ini, yang terbaik di akhirat nanti dan
selamatkanlah aku dari api neraka. Sesungguhnya aku memang memerlukan kurniaan
dari Mu Ya Allah.
25 Ya Allah tingkatkanlah
kesyukuranku semata-mata kepada Mu.
26. Ya Rabb, selamatkan aku dari
kemunafikan.
27 Ya Allah, izinkan aku dan
isteriku menjadi antara jemaah menunaikan Haji sebelum kami dijemput olehMu..
28 Ya Allah lindungi kami dari
syaitan, jin dan arak. Lindungi kami dari perbuatan jahat dan niat mereka.
29 Ya Allah ampuni dan berilah
rahmat kepada ibu bapa kami, kerana mereka menjaga kami ketika kami masih
kecil.
30 Ya Allah, aku berdoa dan
memohon daripadamu untuk mengurniakan bimbingan kepada pemuda dan umat Islam.
Selamatkan kami semua dari kufur, putus asa, salah laku dan syirik.
31 Ya Allah berikan aku kekuatan
untuk melawan kemalasan dan tidur, semoga aku dapat bangun untuk tahajjud dan
solat subuh setiap hari.
Aamiiin YaRabbal Alamin. Semoga termakbul semua doa hendakNYA.
BalasPadamTerima kasih atas perkongsian
Tq sharing.. Cik Ash puasa hari ini...
BalasPadamterima kasih atas perkongsian. alhamdulillah berkesempatan berpuasa hari ni.
BalasPadam