Food Review: Restoran Chicken Plus Melawati Mall
Kali ni makan ayam dekat Restoran
Chicken Plus Melawati Mall sebab nak celebrate anak baik dari demam. Marathon
tak sihat sejak Raya Haji, back to back adik dengan kakak. Pass baton je.
Plan asal nak window shopping je
ambil angin. Tiba-tiba kaki terpacak depan Restoran Chicken Plus lepas dua tiga
kali kami lalu. Sederet yang sama ada Sopong, NY Steakshake, Swetsens, Tony
Romas, Manhanttan Fish Market dan banyak lagi tempat makan sedap.
Oleh sebab tekak laki nak makan
ayam, dan dia yang bayar sudah semestinya kita sokong je. Sebelum ni makan ayam
dengan Cheese Fall, kali ni cuba cheese powder pula.
Menu Kids Set Restoran Chicken Plus
Sebelum ni tak perasan ada kids
set ni, jadi untuk anak-anak kami ambil kids set. Dalam tu ada tiga kepal nasi
seaweed yang berbentuk telur Dinasour lonjong, fries, ayam goreng dua ketul.
AKU CUBA MAKAN NENE CHICKEN Di Avenue K
AKU CUBA MAKAN NENE CHICKEN Di Avenue K
Untuk kami, ambil chicken
boneless, sos manis pedas dan cheese apa benda tah. Lupa nama dia. tapi dia
serbuk cheese. Rasa macam jajan perisa cheese.
Macam biasa, kalau makan ayam
goreng Korea aku expect kena la ada rasa Korea kan? Walaupun tak pernah jejak
kaki ke Korea. Chicken Plus tak menghampakan selera kami satu keluarga.
Total makan bawah RM60 untuk dua
set ayam boneless medium size, set kids, air mineral dua, dengan Ice Lemon Tea.
Mahal ke murah? Aku rasa setanding la dengan rasa.
Untuk korang yang nak cuba makan
dekat Restoran Chicken Plus ni aku nasihatkan jangan pergi masa perut tengah
lapar sangat sebab boleh tahan lama juga dia nak serve makanan. yelah nak kena
goreng ayam tu panas-panas baru sedap kan.
Yang ada anak pastikan anak kecil
ada aktiviti dia boleh buat sementara tunggu makanan sampai. Aku dah pernah
kena masa restoran penuh dengan customer dengan yang sedang-sedang je pelanggan
dia. masih juga lambat.
Kang kalau anak buat perang dunia
ketiga mana aman nak makan. Jadi, please jadi ibubapa bijak. Jangan malukan
anak-anak dapat ibubapa tak pandai tackle anak sendiri ok.
Selamat mencari dan mencuba.
Nampak sedap ayam tu...kalau dekat boleh jer pi..hehehe...nanti kalau ada kesempatan boleh cuba gak
BalasPadamberapa kali dah lalu depan chicken plus tu tapi tak masuk pun.. rasa mcm nak try makan tapi tak jadi. next boleh la nak cuba nnt
BalasPadamya Allah. sedapnya, terliur. tapi nasib lah baik perut ni dah kenyang makan lunch tadi. haha
BalasPadam