Tanggal 29 Julai lepas telah
termeterai satu perjanjian Tenaga Lestari Boleh Diperbaharui (SARE) yang
dijangka mampu menjimatkan pembayaran bil elektrik Iskandar EduCity sebanyak
RM2.22 juta dalam tempoh 25 tahun melalui pemasangan solar fotovolta (PV).
SARE – Supply Agreement Renewable Energy
Bangga sungguh sebab berpeluang
menyaksikan perjanjian tiga pihak ditandatangani antara Hab pendidikan
bersepadu, EduCity Iskandar Malaysia Sdn Bhd (EduCity), Tenaga Nasional Bhd
(TNB) dan subsidiarinya, GSPARX Sdn Bhd.
Iskandar Educity Guna Sistem Solar Jimat Bil Elektrik
Iskandar EduCity Guna Sistem Solar Berjaya Jimatkan RM2.22 Juta Bil Elektrik
SARE telah berlangsung dengan penuh jaya bertempat di Hotel Hilton, Kuala Lumpur. Inisiatif itu telah diterajui oleh Digital Puls.
Sebuah anak syarikat di bawah Iskandar Innovations Sdn Bhd (IISB), bagi pihak Iskandar Education Enterprise Sdn Bhd (IEESB), entiti yang beroperasi di bawah EduCity.
Iskandar EduCity telah diwakili
oleh Wan Ahmad Saifuddin Wan Ahmad Radzi (Pengarah Iskandar Education
Enterprise Sdn Bhd, (IEESB), Datuk Nor Azman Mufti Ketua Pegawai Teroka TNB)
dan Mohd Yusrizal Mohd Yusof (Pengarah Urusan TNB Renewables Sdn Bhd untuk
GSPARX).
Iskandar EduCity yang merupakan sebuah
hab pendidikan bersepadu seluas 121.41 hektar di Iskandar Malaysia merupakan
tapak bagi institusi pengajian tinggi dan universiti dari seluruh dunia dengan
menyediakan fasiliti terbaik untuk pelajar.
Ringkasan Menarik Tentang SARE
Projek pemasangan Sistem Solar dijangka
siap sepenuhnya menjelang Februari 2020 yang juga merupakan sumbangan kumpulan
kepada masyarakat dan pemimpin masa depan.
Anggaran penjimatan bil elektrik
EduCity untuk tahun pertama boleh mencecah sehingga RM31,354 dan RM2.22 Juta
dalam masa 25 tahun.
Dua lokasi tapak pemasangan solar
fotovolta, iaitu di Kompleks Multi Varsity serta bahagian laluan pejalan kaki
dalam kompleks berkenaan.
Kedua-duanya boleh menjana 152kWp
dan 130kWp dengan jumlah keseluruhan sebanyak 282kWp dalam penjanaan elektrik.
Secara tahunan, kedua-dua lokasi ini boleh menjana sehingga 344,
816kWh/setahun.
Selain manfaat penjimatan bil
elektrik, melalui skim SARE, EduCity juga boleh menjual lebihan tenaga suria
daripada pemasangan PV itu kepada TNB dan mendapatkan kredit tenaga berasaskan
imbangan satu dengan satu bagi mengurangkan caj elektriknya melalui skim
pemeteran tenaga bersih.
Dalam sesi soal jawab bersama
media, Wan Ahmad Saifuddin menggalakan mana-mana pihak korporat mahupun individu yang
berminat dengan PV dan penjimatan tenaga boleh lah menghubungi pihak TNB atau
GSPARX.
Pujian buat pihak terlibat kerana
menyahut seruan kerajaan untuk meningkatkan sasaran tenaga boleh diperbaharui
dan pembangunan lestari Malaysia dan TNB dalam membangunkan perniagaan tenaga
hijau sambil memenuhi keperluan masa hadapan secara berterusan dan boleh
dipercayai.
Korang boleh tengok pakej solar
untuk perumahan yang ditawarkan oleh GSPARX ni. Boleh layari laman web yang
disediakan dan hubungi je talian bebas tol mereka di talian 1 300 80 7828.
GSPARX: https://www.gsparx.com/
EduCity Iskandar Malaysia Sdn Bhd: http://www.iskandarinvestment.com/
Tenaga Nasional Berhad:
https://www.tnb.com.my/
sumber tenaga alternatif yang patot diguna pakai
BalasPadamGood job 👍
BalasPadamWah bagusnya guna tenaga solar!! good news untuk pencinta alam :D
BalasPadam.
Thanks for sharing kak!! ^^
kat rumah bil elektrik semakin meningkat
BalasPadam