Book Hunting Habiskan Voucher Di MPH
Cuti peristiwa lepas aku sempat
ber book hunting dan habiskan voucher MPH yang aku dapat masa event Shopee yang
lepas. Voucher RM100 yang memang kecil nilainya bila masuk kedai buku. Rambang
mata jadinya.
Syukur sangat rezeki yang
diberikan. Kira reward dekat diri sendiri. Dah masuk usia 30 an ni, dua tempat
aku suka sangat pergi kalau nak release stress, satu ialah kedai buku, lagi
satu kedai makan.
Aku boleh duduk berjam-jam belek
buku, cium-cium bau buku, entah aku pun tak faham apa yang best tapi memang
terapi terbaik aku.
Book Hunting & Habiskan Voucher Di MPH Melawati Mall
Dalam bilik bacaan dekat rumah ni
memang banyak buku aku yang beli tapi masih belum ada kesempatan nak baca. Dah
beratur dah pun. Suami selalu jeling kalau aku singgah kedai buku.
Kebiasaan kalau aku beli novel,
(ni masa muda dulu) aku akan hadiahkan dekat orang lepas baca.
Tapi kalau buku
agama, buku motivasi memang aku akan simpan dan ulang baca. Sayang wo.
Cita-cita one day kalau rumah
besar aku nak buat bilik bacaan. Aku nak kumpul semua buku hasil tulisan
penulis-penulis yang aku suka baca.
Kalau korang tiada masa nak pergi
ke MPH, korang shopping buku MPH dekat Shopee ok. Aku cerita lebih banyak dekat
sini.
BACA SINI ~ Shopping Buku MPH di Shopee
Buku Yang Aku Beli Dekat MPH Melawati
Mall
Oleh sebab anak teruna pun teruja
bila ikut aku masuk MPH dia pun buat muka comel mintak nak beli buku. Kira ok
lah, dari dia minta Beyblade. Aku layankan saja. Jadi beli buku yang satu
keluarga boleh baca.
#1 FILOSOFI MAK SINGA
(PSIKOLOGI VS SEKEHLOGI) OLEH ANIE-AJLA RM 25
Sinopsis FILOSOFI MAK SINGA
Buku ni sesuai buat mak yang
keletihan. Mak yang percaya mereka akan pergi satu hari nanti, dan anak harus
dilengkapi dengan ilmu kemahiran hidup.
Mak yang mencari kelainan dalma
pendekatan mendidik. Mak yang tak mahu anaknya menyusahkan orang sekeliling
apabila dia sudah pergi bertemu Tuhan.
Tapi mengapa “Singa”?
Ya, kita garang bukan niat
membunuh anak-anak. Sakit kot beranak, ingat senang ke?
Niat kita hanya mahu menasihati
dan mengingatkan anak-anak supaya mereka beradap dan berdisiplin. Menghormati
dan berbudi bahasa kepada mak ayah dan orang sekeliling. Kuat daya tahan,
bercita-cita tinggi, dan jangan mengaharap duit KWSP mak ayah.
#2 25 RASUL PEMBAWA RAHMAT
TERBITAN DARUL MUGHNI TRADING RM 44.90
Sinopsis 25 RASUL PEMBAWA RAHMAT
Buku ini menghimpunkan 25 kisah
rasul yang wajib diketahui sebagai teladan kepada anak-anak. bentuk penceritaan
yang mudah dan di samping penerapan nilai-nilai murni perjuangan dan keperibadian
diharapkan dapat dihayati oleh mereka. Buku ini sesuai dijadikan asas dalam
pembentukan sahsiah anak anda.
#3 KOMIK PEMBURU BERTUKAR
NYAWA OLEH SOLAR TEAM – RM 12
Sinopsis KOMIK PEMBURU BERTUKAR NYAWA
Komik ni adalah Komik Pendidikan
Intelek dan disyorkan oleh guru dan ibu bapa. Ada nota ringkas, teka teki dan
pengembaraan. Siri pengembaraan Pasukan X-Venture untuk merungkai Misteri
Makmal Zaman Pertengahan.
Alex, Lulu, dan Ming Kong ke
London untuk menyiasat buktiyang mengaitkan cacing salur darahdengan alkimia.
Manakalah pengembaraan ranking ke-2, Howling Heart didapati hilang dari
penjaranya.
#4 MENGAPA RASULULLAH S.A.W
TIDAK PERNAH SAKIT OLEH DR ADI HASHMAN – RM20
Sinopsis MENGAPA RASULULLAH S.A.W TIDAK PERNAH SAKIT
Buku ni membincangkan rahsia gaya
hidup Islami yang diamalkan oleh Rasulullah sepanjang kehidupan. Buku ini juga
membicarakan secara terperinci pemeliharaan dan pemuliharaan kesihatan tubuh
badan melalui pemakanan yang sihat, penjagaan rohani yang berkesan dan
amalan-amalan yang dianjurkan oleh Islam melalui Quran dan Hadis Rasulullah.
Tak sabar nak habiskan semua
buku-buku ni. Next book hunting aku ialah kebetulan aku ternampak story Dayana
bercakap tentang buku tu. Seronok untuk dibaca. In sya Allah nanti aku
kongsikan dekat blog.
Panduan cara mudah buat duit tanpa modal, hanya baca dan kongsi artikel di media sosial, boleh dapat RM30-RM500 sehari. Silakan baca di Cara Buat Duit Dengan Cashzine
BalasPadamBagus2dan sgt menarik semua buku pilihan rodiah
BalasPadamAlhamdulillah, seronoknya.. tiba-tiba kak ana rasa lama dah tak beli buku2 ni, kalau dulu MPH ni pantang masuk ada sahaja nak di beli anak-anak pun sama.
BalasPadamaku sejak dah terasa tua ni, kalau nk beli buku mesti cari yang ada unsur agama dan nasihat. kalau tak, novel sesaja. hahah
BalasPadamVoucher 100 tu banyak tu.. hehehe.. Kalau sha suka lagi shopping buku di Popular..
BalasPadamDah lama tak beli buku...hihi...
BalasPadamSelalu beli e book je