Terpengaruh Cuba Ais Krim 7Eleven, Aiskleem Salted Egg

Baru-baru ni aku telah mencuba ais krim terbaru 7Eleven, Aiskleem Salted Egg. Seperti biasa aku memang cepat terpengaruh nak cuba terutama melibatkan makanan.

Bila 7Eleven mula jual Aiskleem Salted Egg, aku pon tak ketinggalan nak rasa. Besar la harapan aku agar ais krim tu lemak manis berkrim.

Terpengaruh Cuba Ais Krim 7Eleven, Aiskleem Salted Egg 

Gelojoh punya pasal langsung tak buat research pasal new flavour ni. *Ejaan dia memang Aiskleem ye bukan aku sengaja type macam tu.


Ais Krim Terbaru 7Eleven, Aiskleem Salted Egg


Nak dijadikan cerita, kebetulan masa teman suami potong rambut nampak la 7Eleven dan terpandang bunting promosi Aiskleem Salted Egg. Terus ke kaunter dan beli satu.

Masa tu perut masih kenyang jadi beli satu dan kongsi dengan anak-anak. Nasib la beli satu je, kalau beli sorang satu mau menangis nak habiskan.

Muka aku memang ceria habis sebab terbayang kesedapan dia macam aku makan ayam goreng sos Salted Egg IKEA tu. Tapi, masa cium bau ais krim ni aku dah mula tak sedap hati. Ah sudah, kalau tak sedap?? Masa tu masih positif.

Rasa Sebenar Ais Krim Terbaru 7Eleven, Aiskleem Salted Egg

Lepas je beberapa kali suap ke mulut terus otak hantar signal tak boleh telan. Tekak aku rasa bahang pedas. Apakah semua ini? Kenapa harus ais krim ni pedas. Kejamnya 7Eleven buat Ais Krim pedas macam ni.


Rupa-rupanya dekat website mereka dah beritahu yang Ais Krim ni salty dan spicy. Cis! Siapa yang request buat ice cream begini rasanya.

Aiskleem Salted Egg
Salty? Spicy? Try our new creamy, golden salted egg yolk Aiskleem for a savoury and spicy (yes, you read correctly – spicy) sensation!
Exclusively available at the selected 7-Eleven stores




Rasa dia sebijik la kau makan telur masin tu tapi sejuk, tak manis tapi masin. Dia macam rasa kesat-kesat begitu. Bau dia tak wangi. Wow jujurnya. Itu rasa dekat tekak aku la, mungkin tekak peminat ais krim ni ok je kan.

Lagi satu, ais krim ni memang pedas. Aku ingat aku yang salah rasa. Dia pedas bukan pedas makan sambal nasi lemak tapi pedas perit dekat anak tekak.

Dah nak kena minum air masak bila makan ais krim salted egg ni. Apekebenda begitu.

Sejak dari hari itu aku terus fobia nak mencuba dessert berasaskan Salted Egg. yang boleh telan Aiskleem Salted Egg tu hanyalah Raudah. Dia suka weh, pelik tapi memang tak la aku nak bagi. Kang jadi apa-apa pedas kang.

Akhirnya ais krim tu mencair begitu sahaja. Berdosa weh. Suami sempat perli, kasihankan ais krim yang dibiarkan sepi atas meja.

Pesanan untuk 7Eleven, please sebelum keluarkan new flavour please study kesukaan Rakyat Malaysia. Aku tak pasti siapa cadangkan perisa tu, tapi cepat lah tukar perisa baru.

Untuk yang nak cuba Aiskleem Salted Egg ni, boleh dapatkan dia 7Eleven yang disenaraikan dekat bawah ni je. 

Harga satu kon RM2.50. Kon dia sedap, nasihat aku beli satu cuba dulu.

Selamat mencuba.

Ulasan

  1. Alamak! Ruby belum cuba lagi ni. Kena pergi cari jugak. Hehehe ;)

    BalasPadam
  2. x la kot aida nak mencuba :(
    telur asin sedap di makan dgn nasi kerabu.
    aiskrim? hu hu hu hu hu :(

    BalasPadam
  3. Nampak rupa macam elok jadi mestilah fikir sedap kot. Aduhaii kesian pula aiskrim tu tapi apa boleh buat benda tak kena dengan tekak

    BalasPadam
  4. Ala.. ala.. nape tak nampak kat 7e sini.. cam emnarik je..

    BalasPadam
  5. best ke diah... xpernah makan aiskrim kat 7E hihihi

    BalasPadam
  6. salty n spicy? macam x kena ja aiskrim bt macam ni lol
    agak2 mau repeat lagi ka sis? hehehe

    BalasPadam

Catat Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.