Aku kongsikan topik mengajar anak tentang akil bakigh dan juga seks sebab aku rasa ini antara topik ibubapa wajib faham tapi selalu dipandang ringan.
Oleh sebab aku pun ada anak lelaki yang sedang membesar dan sifat ingin tahu dia tu kadang-kadang buat aku seram nak jawab.
Jadi aku bercadang nak cari ilmu tentang akil baligh dan cara nak kenalkan anak dengan pendidikan seks dan kemudian kongsi dekat blog. Atleast dapat juga berkongsi dengan orang lain.
Jadi aku bercadang nak cari ilmu tentang akil baligh dan cara nak kenalkan anak dengan pendidikan seks dan kemudian kongsi dekat blog. Atleast dapat juga berkongsi dengan orang lain.
Ajar Anak Tentang Akil Baligh Dan Seks
Perlu ke ajar anak tentang seks?
Tak cukup ke pendidikan di sekolah? Waktu umur berapa perlu ibubapa ajar anak
tentang seks?
Dan sebagainya. Soalan-soalan ni memang bermain dekat fikiran
aku. jadi jom teruskan membaca.
Rujukan utama aku adalah Saudara
Akhi Fairuz. Beliau merupakan seorang penceramah yang selalu buat talk di
sekolah-sekolah di seluruh Malaysia.
Suka dengan cara penerangan dia yang
segar, dan penggunaan bahasa yang berhemah.
Kalau di Facebook Akhi Fairuz suka
menulis tentang isu Pendidikan Seksualiti Kanak-Kanak, Remaja. Review Drama
& Filem, serta isu semasa.
Boleh follow Akhifairuz di Facebook
Melalui Akhi Fairuz ni lah juga
aku dapat idea nak terangkan tentang perkara-perkara yang aku rasa malu nak
ajar anak lelaki aku. Malu tapi kena buat juga.
Lebih elok dia belajar dari aku
dari dia dapat dari Google dan salah faham.
Ibubapa kena faham yang akil
baligh lelaki dan perempuan berbeza. Memang dah jadi kebiasaan, didikan akil
baligh selalu ditekankan pada anak perempuan sahaja sebab tanda-tanda mereka
lebih jelas kelihatan seperti datang haid.
Didikan untuk perempuan tentang
akil baligh; keluar darah haid, pakai pad, mandi wajib, menutup aurat dan
kawasan larangan bahagian tubuh.
Tapi untuk anak lelaki, tanda-
tanda seperti bertukar suara garau, sudah tumbuh bulu di wajah, ketiak, kaki
dan kemaluan ni selalu diabaikan.
Anak-anak yang dibiarkan membesar
tanpa faham perubahan ni akan menjadi semakin senyap dan dingin.
Semakin
menjauhi ibubapa dan semakin rapat dengan kawan-kawan. Jadi jangan pelik kalau
anak-anak lebih percayakan kawan-kawan.
7 Perkara Ibubapa Perlu Tahu Untuk Ajar Anak Tentang Akil Baligh & Seks
#1 Kena ajar anak lelaki sejak
kecil tentang kemaluannya (nama sebenar, apa itu ereksi, ejakulasi, fungsi
testis).
Kemudian, ia akan memudahkan urusan ibubapa bercerita fizikal mana
pada tubuh badan anak akan berubah dari semasa ke semasa.
#2 Dari kecil kena tanamkan pada
jiwa anak lelaki untuk prihatin dan bertanggungjawab pada wanita (terutama pada
ibu, adik perempuan, kakak dan isterinya kelak) serta menjaga amanah yang
diberikan Tuhan.
#3 Si ayah wajib mengajar anaknya
cara mandi wajib. Buat praktikal supaya anak lebih faham. Tidak boleh harapkan
pembelajaran di sekolah sahaja. Ibu juga kena ambil bahagian untuk terangkan
kepada anak.
#4 Ibubapa kena terangkan fizikal
dan bahagian mana yang akan berubah.
- Dada membidang
- Tumbuh bulu-bulu di ketiak, bulu pubis, bulu kaki melebat dan lain-lain perubahan.
- Suara menjadi garau.
#5 Anak lelaki biasanya jenis tak
ambil kisah tentang diri. Jadi ibu bapa kena tekankan tentang penjagaan diri
dan jadi tanggungjawab ibubapa untuk belikan pencuci muka, deodorant, minyak
wangi, dan pakaian bersesuaian.
#6 Layan mereka seperti seorang
kawan. Menjadi pendengar yang baik dan setia.
#7 Jika dari kecil kita tidak
kekok bercerita tentang hal-hal seksual pada anak dengan tujuan mendidik, maka
anak-anak tak akan malu dan sembunyikan sesuatu pada kita. Contoh kawan ajak
tengok video lucah di handphone. Anak-anak akan maklumkan pada kita.
TQ for sharing
BalasPadamGood sharing Boleh praktikkan pada Syafi nanti.. tq diah
BalasPadamsaya suka juga baca perkongsian akhi fairuz ni di facebook.
BalasPadam