Syarat Bersumpah Dengan Al Quran
Assalamualaikum. Sedih betul bila baca berita tentang remaja perempuan yang sanggup pijak kitab suci Al Quran semata-mata untuk buktikan sumpah yang dia bercakap benar. Tapi kenapa perlu pijak, sedangkan Al Quran itu perlu dijunjung dan dihormati. Apa yang cuba dia buktikan sebenarnya? Berani kerana bercakap benar?
Jadi, bila keluar berita memijak
Al Quran ni rasa macam dah melampau sangat. Pijak kerana nak kawan-kawan dia
percaya yang dia melakukan maksiat. Allahuakbar. Jadi kita tak boleh selesa sangat dengan apa yang berlaku sekarang. Kita kena pastikan anak-anak, keluarga, saudara mara kita faham dan cintakan Al Quran. Lengkapkan diri dengan ilmu.
Semuanya bermula dari rumah kan? Kita cuba lakukan bahagian kita dahulu. Melalui kepimpinan dan tauladan,
Al Quran Untuk Buktikan Sumpah
Orang Arab apabila bersumpah
mereka berpegangan tangan kanan. Kebanyakkan orang pula kalau bersumpah selalu
guna sumpah atas nama Tuhan. Menurut penerangan Datuk Dr.
Zulkifli Mohamad al-Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan dalam Islam sumpah
menggunakan al-Qur’an, hukumnya adalah dibolehkan TAPI ada syaratnya.
Kalau nak Bersumpah dengan satu daripada yang berikut:
Syarat Bersumpah Guna Al Quran:
- Zat Allah SWT. Contohnya, Aku bersumpah demi Zat Allah SWT atau aku bersumpah demi Allah SWT.
- Nama Khas bagi Allah SWT. Contohnya, Aku bersumpah demi Tuhan Penjaga (الرب) seluruh alam atau demi Tuhan Pemerintah (المالك) hari Kiamat atau Aku bersumpah demi Tuhan yang Maha Pemurah.
- Sifat Allah SWT. Contohnya, Aku bersumpah demi kemuliaan Allah atau demi ilmu-Nya atau demi kehendak-Nya atau demi kekuasaan-Nya.
Ini berdasarkan hadith daripada
Abdullah bin Umar R.Anhuma, Rasulullah SAW mendapati Umar bin al-Khattab RA
yang sedang berkenderaan, bersumpah dengan nama bapanya. Baginda bersabda:
هُوَ يَسِيرُ فِي رَكْبٍ، يَحْلِفُ
بِأَبِيهِ، فَقَالَ: أَلاَ إِنَّ اللَّهَ يَنْهَاكُمْ أَنْ تَحْلِفُوا بِآبَائِكُمْ،
مَنْ كَانَ حَالِفًا فَلْيَحْلِفْ بِاللَّهِ، أَوْ لِيَصْمُتْ
Maksudnya: “Bukankah Allah
menegah kamu bersumpah dengan nama bapa kamu? Sesiapa yang bersumpah, hendaklah
dengan lafaz Allah atau hendaklah diam sahaja.”
Riwayat al-Bukhari (6270) dan
Muslim (1646)
Daripada Umar RA, katanya:
كَانَت يَمِيْنُ النَّبِيُّ صَلَّى
اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: لاَ وَمُقَلِّبِ الْقُلُوبِ
Maksudnya: “Sumpah Nabi SAW ialah
tidak, demi Tuhan yang mengubah-ubah hati.”
Riwayat al-Bukhari (6253)
Begitu juga hadith sabda Nabi
SAW:
وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ، وَالَّذِي
نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ
Maksudnya: “Demi Tuhan yang
diriku dalam genggaman-Nya dan Demi Tuhan yang diri Muhammad dalam
genggaman-Nya.”
Riwayat al-Bukhari (6254)
Mufti Wilayah sambung lagi
penerangan beliau tentang sumpah:
Bersumpah dengan Al-Qur'an hukumnya boleh kerana Al-Qur'an
adalah firman Allah, dimana Allah SWT berfirman secara hakiki dengan lafaz, dan
maksud menyampaikan maknanya.
Boleh bersumpah dengan Al Quran dan kena hormat dan menjaga adap bila memegang Al Quran.
Allah SWT disifatkan dengan Al-Kalam. Dengan
demikian, bersumpah dengan al-Qur'an pada hakikatnya merupakan sumpah dengan
salah satu sifat Allah, maka hukumnya boleh.
Sehubungan itu, seseorang yang
bersumpah dengan yang lain selain yang tersebut sumpahnya, tidak sah kerana dua
sebab berikut:
Hadith Rasulullah SAW yang
terdahulu:
مَنْ كَانَ حَالِفًا فَلْيَحْلِفْ بِاللَّهِ،
أَوْ لِيَصْمُتْ
Maksudnya: “Sesiapa yang
bersumpah, hendaklah dengan lafaz Allah atau hendaklah dia diam sahaja.”
Riwayat al-Bukhari (2679)
Tiada keagungan yang sempurna
pada yang lain selain yang tersebut, manakala orang Mukmin, ditegah sama sekali
mengagung-agungkan yang lain selain Allah SWT.
Kalau ada persoalan tentang
hukum, penggunaan sumpah dan sebagainya aku harap korang akan merujuk kepada
yang pakar. Kalau nak guna khidmat Google pastikan sumber tu boleh dipercayai
dan bertauliah ya.
Memang sedih tgok video tu. Apalah nak jadi skrg ni.
BalasPadamgreat. terima kasih perkongsiannya
BalasPadamMacam-macam benda pelik skarang ni kan.. huhu
BalasPadamTak patut budak perempuan tu pijak2 Al Quran. Ohh dunia sekarang :(
BalasPadamDone follow sini #192
BalasPadamTak semua benda kita boleh jadikan al-Quran sebagai sumpah...
BalasPadamMasyaAllah tak tahu lagi kisah budak perempuan pijak Al-Quran ni 😪
BalasPadamTak tengok pun video tu, tapi baca je orang tulis status. Allahu itu pun rasa nak marah dah.. Moga dijauhkan kaum keluarga kita berbuat demikian.
BalasPadamTerbaca yang budak itu jenis lurus bendul. Kesian dia dipermainkan oleh "kawan2 tak guna". Semoga kebenaran berpihak kepada mangsa dan hukuman berat buat "kwn tak guna" tersebut.
BalasPadamapa nak jadi dengan akhlak budak2 islam skrg ni kan. kita nak sentuh tafsir je pun berwuduk bagai padahal boleh je pegang terus. sedih lah.
BalasPadam