SuperPark Malaysia dikenali sebagai indoor park yang sesuai untuk satu keluarga terletak di tingkat 4 Avenue K, Kuala Lumpur. Dari Ice Skating sehinggalah ke flying fox, pendek kata segala aktiviti menarik ada di bawah satu bumbung.
Kami habiskan masa seharian bermain di SuperPark Malaysia. Berbaloi sangat dengan harga tiket yang dibayar. Kali pertama aku datang ke Super Park atas undangan dari pihak Superpark atas pelancaran pakej permainan mereka.
Review SuperPark Malaysia Avenue K
Oleh sebab ini kali kedua aku
datang ke SuperPark Malaysia, jadi aku lah yang bertanggungjawab untuk pastikan
aktiviti keluarga kami berjalan lancar. Suami dan anak-anak semestinya setuju
tanpa bantahan.
Kami sampai sekitar pukul 11
pagi. Memang dah penuhkan perut dan teruja nak cuba semua permainan dekat dalam
tu. So far hanya Ice Skating, iWall dan Super Climb sahaja yang kami tak cuba.
Aku suka dan cadangkan korang untuk bawa anak-anak ke SuperPark Malaysia sebab memang seronok gila tempat ni. Aku jamin bukan kanak-kanak je yang teruja sebab permainan dekat dalam SuperPark Malaysia sesuai untuk semua lapisan umur.
9 Sebab Kena Pergi Superpark Malaysia
#1 Ada banyak jenis mainan yang boleh di cuba mengikut peringkat umur.
#2 Sentiasa ada staff untuk pantau dan juga hulurkan bantuan kalau nampak kita macam blur. Suka senyum pula tu.
#3 Tak perlu beratur lama untuk main. Setiap game ada had limit masa dan ada staff yang jaga.
#4 Ada tandas yang bersih, besar dan selesa.
#5 Nursing room disediakan dan boleh ambil air sejuk dekat dalam bilik tu. Ibu bapa boleh letak flusk dalam loker.
#6 Setiap tiket entitle satu loker. Boleh guna sepanjang hari dan tiada limit untuk guna. Loker cukup besar untuk letak beg galas dan selamat.
#7 Anak-anak di bawah tiga tahun boleh bermain di gym yang disediakan khas untuk mereka.
#8 SuperPark Malaysia terjaga kebersihan dia walau ramai orang main dekat dalam tu. Jadi aku yakin lepaskan anak-anak aku bermain, termasuk la memanjat dan tergolek.
#9 SuperPark Malaysia juga sediakan bilik untuk private party dan juga team building.
Harga Tiket SuperPark Malaysia
Tiket kanak-kanak dan orang
dewasa adalah sama. Kanak-kanak berumur 3 tahun dan ke atas kena beli tiket. Apa
yang bezakan hanyalah sesi bermain dan hari korang pergi je.
Untuk pergi ke SuperPark Malaysia korang boleh naik pengangkutan awam atau drive kereta dan waze saja ke bangunan Avenue K ni. Untuk yang nak elak jammed dan mudah boleh naik LRT menghala ke Kelana Jaya dan berhenti di stesyen KLCC.
Website SuperPark.com.my
ADDRESS
Unit 4-1, Level 4, Avenue K Shopping Mall, 156, Jalan Ampang, 50450, Kuala Lumpur
OPENING HOURS
Monday – Friday, 10am – 9pm
Sat, Sun, Public and School Holidays, 9am – 9pm
CONTACT NUMBER
+603 2789 1408
(9am – 6pm)
Menarik la...boleh bawak kakak Dania dan kazen dia pi sini nanti la...menarik ni...
BalasPadamLamanya tak ke Avenue K. Ini baru tahu ada aktiviti best boleh buat. Thanks for sharing.
BalasPadamantara tempat untuk beriadah seisi family yg paling aku sarankan. sebab satu family boleh join. byk pulak tu games yang ada.
BalasPadambestnyaaaa tp jauh.. alalaaaa
BalasPadamWah menarik yg ni. Nanti g ampang boleh layan
BalasPadam