Resepi Daging Masak Kicap Mudah Dan Sedap

Assalamualaikum, mood berkongsi resepi tengah on jadi kali ni nak kongsi resepi daging masak Kicap Mudah Dan Sedap versi aku. 

Kenapa daging masak kicap ni mudah sebab kali ni aku buat kelainan tak masukan rempah macam bunga lawang dan kawan-kawan dia. Tapi rasa masih sedap.


Resepi Daging Masak Kicap Mudah Dan Sedap 

Selalu aku masak kicap mak aku ajar supaya tambah bunga cengkih, bunga lawang, dan kulit kayu manis. Kebiasaan aku paling malang akan tergigit bunga cengkih. 

Tak dapat beza sebab kuah dia hitam jadi memang terganggu selera makan aku.


Oleh sebab aku nak makan Daging Masak Kicap dengan aman jadi kali ni aku decide untuk tak tambah rempah tu semua. Masih lagi sedap mengikut tekak aku. Jadi mudah untuk aku yang tersangat rajin ni.


Resepi Daging Masak Kicap Mudah Dan Sedap Ikut Tekak Aku

Bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak Daging Masak Kicap Mudah Dan Sedap adalah seperti berikut. Jangan stress kalau orang kata masak tu mudah ok, basuh pinggan lagi susah dari memasak.

Percayalah!

Semangkuk daging lembu. Nak sedap dan tak perlu kunyah banyak kali semestinya kena guna daging batang pinang yo. Aku guna bahagian isi, urat bercampur lemak. Masih sedap yo.

Dua biji bawang besar, dua ulas bawang putih, satu inci halia dihiris. Aku malas nak tumbuk, jadi aku hiris je semua bahan. Kan resepi ni namanya resepi mudah.

Empat helai daun bawang yang dipotong dua inci. Tiga sudu cili kisar, 5 sudu kicap manis, minyak untuk menumis dan sedikit air.


Cara-cara memasak Daging Masak Kicap Mudah Dan Sedap adalah seperti berikut.

Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang dihiris. Setelah naik bau, masukkan cili kisar dan kacau lagi.

Masukkan kicap manis dan biar menggelegak. Seterusnya masukkan daging dan masak sehingga daging empuk.

Boleh masukkan tomato jika suka.

Siap. 


Lapan Petua Melembutkan Daging
  1. Rebus daging dan masukkan sudu. Ini selalu aku buat dan berkesan.
  2. Rebus bersama daun betik.
  3. Rebus bersama tebu. Kat tengah bandar mana pulak nak cari tebu hoi.
  4. Perap daging dengan cuka makan atau masukkan cuka semasa merebus makanan. Aku belum pernah cuba.
  5. Selain cuka boleh gantikan dengan lemon atau limau nipis selagi ianya bersifat asid.
  6. Guna buah kurma untuk lembutkan daging. Masukkan empat ke lima biji kurma dalam masakan.
  7. Rebus bersama gula batu katanya dapat melembutkan daging.
  8. Kalau susah sangat, beli je pressure cooker dan rebus daging selama 30 minit. Confirm lembut. Aku? guna je pressure cooker. Senang kerja.




Ulasan

  1. Lauk yg x pernah x sedap.. mesti living pinggan bila makan

    BalasPadam
  2. Sedap kak daging masak lagu ni. Peberet anak2 Ruby jugak :)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.