Hello July Let’s Make Success
Assalamualaikum, dah masuk July
tinggal lagi setengah tahun nak capai apa yang kita sasarkan masa awal tahun
yang lepas. Apa khabar goal plan anda? ada yang dah capai? Atau berapa peratus
dah siap? Me myself tengah berlari berpeluhan sebab ada antara plan yang belum
bergerak. Gerak pon tak banyak sangat so kena pecut la sekarang. Jadi yang satu
kapal dengan aku jom jadikan Bulan July sebagai bulan kita bergerak dengan
lebih pantas dan berjaya.
Let’s Make This July a Success Month
Alhamdulillah Allah masih izinkan
untuk bernafas sehingga hari ini. Jadi kena la buat yang terbaik. Kita tak tahu
bila kita bakal dipanggil kan? Kena la buat persediaan. Apa aku taip ni
sebenarnya peringatan kepada diri sendiri. Banyak masa aku terbuang, jelous
tengok kejayaan orang lain lepas tu down. Sedangkan lebih elok aku fokus dekat
diri sendiri. Tepuk dahi.
Masih Belum Terlambat
Justeru itu, untuk mereka yang
rasa apa yang aku rasa maksudnya kita satu kapal. Aku pegang prinsip lebih elok
terlewat dari tak sedar langsung. Biasalah kan Hero kalah dulu. Macam tiada
kaitan kan? Aku ter motivasi nak berkongsi benda-benda positif ni sebab
beberapa hari lepas dekat keyword di dashboard aku ada orang cari pasal “tiada
semangat nak teruskan hidup”. Lebih kurang la macam tu. Aku lupa nak screen
shot.
Jadi aku seru, kepada orang yang
cari keyword tu atau orang yang sekarang tengah lemas dengan perasan negatif
dan rasa berada di bawah supaya jangan putus asa. Please don’t give up. Lihat
disekeliling anda. Ingat kaum keluarga, kawan-kawan, sanak saudara. Kalau
hilang semangat kembali semula kepada Tuhan. Banyakkan baca buku tentang hidup.
Rawat Diri Dengan Sedekah & Zikir
Sedikit perkongsian yang boleh
aku ceritakan, bila aku rasa stuck dalam kehidupan, rasa sempit aku akan
banyakan bersedekah. Kalau tak mampu dari segi wang ringgit, sedekah dalam cara
yang kita mampu ya. Pendek kata beri kepada orang lain, hulurkan bantuan dan
senyum juga sedekah paling mudah.
Selain sedekah aku sangat suka
dengan ilmu yang baru je aku dapat. Ada ustazah kongsi, jika kita mulakan pagi
dengan marah-marah dan negatif mula menghantui kita elok lah kita berzikir.
Khas untuk wanita terutama suri rumah yang selalu tertekan dan penat dengan
kerja harian aku rasa zikir ni membantu. Ustaah suruh amalkan zikir, “Ya Hafiz”
& “Ya Muhaimin”.
Allah Ya Hafiz Ya Muhaimin, Allah
Yang Maha Menjaga dan Allah Yang Maha Memelihara. Kedua-dua nama seakan-akan
sama maknanya jika dibaca selapis. Namun apabila digabungkan ketika dalam doa,
ia membawa keyakinan yang jitu kepada Allah bahawa Dia PASTI akan menjaga apa
saja yang kita minta dilindungkan. Juga ustazah galakan kita membaca Surah Ar
Rahman ayat 1-4. Jom sama-sama kita amalkan.
Sekian sahaja perkongsian santai
di bulan July. Semoga bulan-bulan seterusnya kita dapat mencapai apa sahaja
yang kita angankan, dilimpahkan rezeki, dan dilapangkan segala kesulitan. Aku
doakan yang baik-baik sahaja untuk korang.
Khabar goal saya tahun ni gerak sama lambat macam tahun lepas punya... huhuhu :')
BalasPadamNice sharing kak!! :D
better late than never kan? betui betuii. lets make successful things in this month kak! :D
BalasPadamTq sis untuk sharing yg berguna ini..termotivate sekejap masa baca entry sis
BalasPadamsemoga dipermudahkan buat Diah dan kita semua..
BalasPadam