Hello July Let’s Make Success

Hello July Let’s Make Success

Assalamualaikum, dah masuk July tinggal lagi setengah tahun nak capai apa yang kita sasarkan masa awal tahun yang lepas. Apa khabar goal plan anda? ada yang dah capai? Atau berapa peratus dah siap? Me myself tengah berlari berpeluhan sebab ada antara plan yang belum bergerak. Gerak pon tak banyak sangat so kena pecut la sekarang. Jadi yang satu kapal dengan aku jom jadikan Bulan July sebagai bulan kita bergerak dengan lebih pantas dan berjaya.

Let’s Make This July a Success Month

Alhamdulillah Allah masih izinkan untuk bernafas sehingga hari ini. Jadi kena la buat yang terbaik. Kita tak tahu bila kita bakal dipanggil kan? Kena la buat persediaan. Apa aku taip ni sebenarnya peringatan kepada diri sendiri. Banyak masa aku terbuang, jelous tengok kejayaan orang lain lepas tu down. Sedangkan lebih elok aku fokus dekat diri sendiri. Tepuk dahi.



Masih Belum Terlambat


Justeru itu, untuk mereka yang rasa apa yang aku rasa maksudnya kita satu kapal. Aku pegang prinsip lebih elok terlewat dari tak sedar langsung. Biasalah kan Hero kalah dulu. Macam tiada kaitan kan? Aku ter motivasi nak berkongsi benda-benda positif ni sebab beberapa hari lepas dekat keyword di dashboard aku ada orang cari pasal “tiada semangat nak teruskan hidup”. Lebih kurang la macam tu. Aku lupa nak screen shot.

Jadi aku seru, kepada orang yang cari keyword tu atau orang yang sekarang tengah lemas dengan perasan negatif dan rasa berada di bawah supaya jangan putus asa. Please don’t give up. Lihat disekeliling anda. Ingat kaum keluarga, kawan-kawan, sanak saudara. Kalau hilang semangat kembali semula kepada Tuhan. Banyakkan baca buku tentang hidup.

Rawat Diri Dengan Sedekah & Zikir


Sedikit perkongsian yang boleh aku ceritakan, bila aku rasa stuck dalam kehidupan, rasa sempit aku akan banyakan bersedekah. Kalau tak mampu dari segi wang ringgit, sedekah dalam cara yang kita mampu ya. Pendek kata beri kepada orang lain, hulurkan bantuan dan senyum juga sedekah paling mudah.

Selain sedekah aku sangat suka dengan ilmu yang baru je aku dapat. Ada ustazah kongsi, jika kita mulakan pagi dengan marah-marah dan negatif mula menghantui kita elok lah kita berzikir. Khas untuk wanita terutama suri rumah yang selalu tertekan dan penat dengan kerja harian aku rasa zikir ni membantu. Ustaah suruh amalkan zikir, “Ya Hafiz” & “Ya Muhaimin”.

Allah Ya Hafiz Ya Muhaimin, Allah Yang Maha Menjaga dan Allah Yang Maha Memelihara. Kedua-dua nama seakan-akan sama maknanya jika dibaca selapis. Namun apabila digabungkan ketika dalam doa, ia membawa keyakinan yang jitu kepada Allah bahawa Dia PASTI akan menjaga apa saja yang kita minta dilindungkan. Juga ustazah galakan kita membaca Surah Ar Rahman ayat 1-4. Jom sama-sama kita amalkan.

Sekian sahaja perkongsian santai di bulan July. Semoga bulan-bulan seterusnya kita dapat mencapai apa sahaja yang kita angankan, dilimpahkan rezeki, dan dilapangkan segala kesulitan. Aku doakan yang baik-baik sahaja untuk korang.

Ulasan

  1. Khabar goal saya tahun ni gerak sama lambat macam tahun lepas punya... huhuhu :')
    Nice sharing kak!! :D

    BalasPadam
  2. better late than never kan? betui betuii. lets make successful things in this month kak! :D

    BalasPadam
  3. Tq sis untuk sharing yg berguna ini..termotivate sekejap masa baca entry sis

    BalasPadam
  4. semoga dipermudahkan buat Diah dan kita semua..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.