Rutin waktu bekerja dulu, setiap kali turun dari LRT mesti kena lalu depan kedai jual Waffle. Setiap kali lalu mesti tergoda dengan bau Waffle yang macam memanggil-manggil suruh beli.
Harum semerbak weh bau dia. Selalu memang akan kalah dengan godaan la. Dah makan waffle manis, lepas tu menyesal kenapa tak tahan diri. Sejenis krisis dalam diri sungguh.
Resepi Waffle Rangup & Gebu Macam Dekat Kedai
Dah tak bekerja ni memang jarang
la beli Waffle. Tapi kecintaan terhadap Waffle tak pernah pudar. Kahkahkah.
Selalu berangan nak buat Waffle for breakfast, makan dengan chocolate & ais
krim. Banyak kali juga survey Waffle Maker dekat Shopee tapi suami tak kasi
green light sebab dia risau semangat aku nak masak Waffle suam-suam kuku je.
Beli Waffle Maker di Shopee Orange Madness Campaign
Lepas lama berhajat nak beli
sebiji Waffle Maker, akhirnya impian aku jadi kenyataan. Setelah lama aku
simpan dekat Shopping Chart Shopee akhirnya dapat juga check out. Buat
pembayaran dan zasss barang sampai cepat pulak tu.
Sekarang kan Shopee tengah ada Orange Madness Campaign yang sedang berlangsung sehingga 7 Julai 2019.
Memang tak sabar terus la rasmi ke esokan harinya buat Waffle untuk minum
petang. Aku beli waffle maker jenama Russel Taylors.
Sempena Shopee Orange Madness
Campaign ni barang-barang yang korang beli akan di hantar oleh Shopee dalam
masa 24 jam. Tak perlu tunggu lama.
Untuk dapatkan barang on the next day,
korang kena pilih “Shopee Express” sebagai pilihan untuk Shipping Option ok.
Selain tu ada banyak tawaran hebat seperti beli barang terpilih serendah RM0.77
untuk Shocking Sale, tawaran free postage dan beli barang pada harga RM1 sahaja.
Resepi Waffle Rangup & Gebu Macam Dekat Kedai
Aku nak kongsikan resepi Waffle
yang rangup bila di gigit tapi isi dia masih gebu sebijik macam yang dijual
dekat kedai aku selalu beli tu.
Kebetulan ada kawan yang tanya jadi aku kongsi
di Blog Rodiah Amir untuk rujukan bersama ya. Resepi asal aku rujuk Youtube SeminitResepi.
Bahan-bahan Waffle Rangup &
Gebu
1 biji Telur
1 cawan air
1 cawan tepung naik sendiri
1 tbsp Tepung jagung
1 tbsp Mentega
2 tbsp minyak jagung
2 tbsp gula
Sedikti garam
Cara-cara membuat Waffle Rangup
& Gebu
- Satukan kuning telur dan air. Kacau sebati.
- Masukan mentega yang dicairkan, tepung, minyak, assense vanilla dan garam secukupnya.
- Dalam bekas lain, pukul telur putih dengan gula sehingga bertanduk.
- Akhir sekali satukan kesemua adunan dan kacau perlahan.
- Masak Waffle 5 hingga 10 minit mengikut kerangupan yang anda inginkan.
Review Russel Taylor Waffle Maker
Aku suka Waffle Maker jenama Waffle Maker ni sebab dia memang ringkas je. Tak ada button mengarut dan mudah nak guna. Hasil Waffle di pon bagus. Jadi aku puas hati.
Harga Russel Taylor Waffle Maker yang aku beli dekat Shopee ni adalah RM69. Kalau tak silap aku ada lagi banyak bentuk Waffle maker, korang survey sendiri eh.
Cara Guna Waffle Maker Russel Taylor
- Bersihkan Waffle Maker dengan kain bersih.
- On kan suis Waffle Maker, lampu merah dan hijau akan menyala serentak. Lampu merah akan menyala pada setiap masa.
- Lampu Hijau akan terpadam menandakan Waffle sedia untuk digunakan. Boleh laras suhu Waffle Maker bergantung nak Waffle yang garing atau sebaliknya.
- Waffle masak dalam masa 5- 8 minit terpulang korang minat garing mana ya.
Selamat Mencuba.
Ulasan
Catat Ulasan
Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.
Terima kasih sudi comment.