Pengalaman Jaga Anak Ekzema
Assalamualaikum, baru hari ni ada
kelapangan nak bercerita tentang perkembangan Raudah lepas dia pulih dari ekzema
walau bukan sepenuhnya. Kalau ada yang pernah baca aku banyak berkongsi tentang
rawatan ekzema dekat blog tahun-tahun sudah. Anak kedua aku, Raudah Sakinah
disahkan ada ekzema sejak usia dia lima bulan. Rashes dan tanda-tanda lain
keluar lepas dapat suntikan vaksin. Aku tak salahkan vaksin lepas aku belajar
tentang ekzema. Alhamdulillah dia semakin sihat dari hari ke hari.
Sebenarnya aku dapat comment dari
reader bertanya tentang perkembangan Raudah jadi aku rasa lebih baik aku update
dalam bentuk entri. Lebih ramai boleh baca dan dapat manfaat hendaknya. Mana
yang elok boleh la ambil sebagai rujukan. Saja nak ingatkan setiap kita ada
pendapat, cara, dan pemahaman yang berbeza. Ada ubat yang berkesan untuk Raudah
dan mungkin tak berkesan untuk anak korang ya.
Pengalaman Jaga Anak Ekzema
Sedikit throwback tentang journey
ekzema Raudah Sakinah ni:
Gejala gatal-gatal dan ruam mula
masa dia berumur lima bulan. Kalau ikut history anak pertama, ruam tu adalah
normal dan akan baik beberapa hari selepas itu. Tapi tidak bagi Raudah Sakinah,
gatal-gatal berlarutan.
Ruam dan gatal-gatal tu boleh
tiba-tiba jadi bila disebabkan oleh perubahan cuaca, makanan, dan emosi dia. Bila
emosi dia tak stabil contohnya bila tak sihat dia akan cepat naik ruam, bintat
dan mula menggaru. Itu yang aku perasan.
Moment paling menakutkan
kemuncaknya dia alergik dengan crab stick sebab ada accident tersalah makan
masa kami lunch di Seoul Garden dan dia sesak nafas, kulit jadi berbintat dan
sukar bernafas. Masa tu umur baru menginjak satu tahun kalau tak salah. Dia
just makan satu suap je. Aku lah yang bagi. Sorry nak.
Paling meruntun jiwa, aku balik
kerja dia crancky dan nak tidur. Masuk dalam buaian dan dia non-stop menggaru
sampai berdarah-darah. Memang aku menangis tak ingat dunia sambil pujuk dia
tidur. Aku bedung supaya tangan dia tak menggaru tapi tak berhasil. Sedih
tengok dia meronta-ronta.
Sejak dia kena ekzema, memang
setiap waktu aku pastikan dia tak berpeluh. Waktu malam aku pasang aircond.
Tapi tak boleh dalam jangka masa lama sebab aircond tu sendiri akan keringkan
kulit. Masa tempoh ni lotion jadi kawan baik dia.
Istimewanya Raudah, mandian dan
lotion dia kena guna yang khas untuk pesakit ekzema. Dia tak boleh pakai
mandian, lotion biasa dan bedak pon dia tak pakai. Takut bahayakan kulit dia.
Harga lotion dan mandian dia boleh tahan mahal. Tapi demi kesihatan anak.
Rawatan Klinik Sepanjang Dapatkan Rawatan Ekzema
Memang banyak klinik dan juga
ubat, minyak, produk yang aku cuba dalam usaha kami nak tengok Raudah sihat.
Dapat kurangkan flare ekzema tu pon dah bersyukur sangat. Masa ni memang aku
study gila-gila tentang produk, aku join forum dekat Facebook, aku bawa ke
klinik Pakar Kanak-Kanak dan beli minyak so called ajaib. Punya terdesak nak
anak sihat.
Mimpi Ngeri Klinik Pakar Kanak-Kanak
Bukan niat aku nak memburukan
imej Klinik Kanak-Kanak ni tapi kalau boleh lah aku elak untuk pergi mesti aku
tak akan bawa ke situ. Bila aku ke Klinik ‘PAKAR’ aku harapkan dia boleh
explain dengan baik, beri layanan yang bagus dan dapatkan tenangkan aku as mom
yang memang risau dengan kesihatan anak sendiri. Tapi masa dapatkan rawatan,
dari awal sampai habis Doktor asyik sindir sambil selit point agama. Sangat
sarcastic dan tengok kami as parents muda yang useless, tiada knowledge. Dengan
imej pakai tudung labuh, kalau jaga percakapan lebih baik rasanya.
Bila kami highlight tentang
Raudah, masa dia check dan kebetulan masa tu Raudah selesema. Dia buang hingus
Raudah tapi sangat kasar perbuatan dia. Raudah melalak dan jadi trauma. Kesan
dia sampai umur Raudah tiga tahun (sekarang) dia SANGAT TAKUT jumpa doktor. Dia
akan menangis, meraung bila jumpa doktor.
Dia berikan kami ubat STEROID
untuk hilangkan gatal (kandungan steroid yang tinggi), which is aku masa tu tak tahu apa bahaya Steroid ni.
Lepas doktor lain pun tak galakan steroid memang aku banned Klinik Pakar
Kanak-Kanak tu. Paling tak boleh diterima akal, dekat kaunter pendaftaran
Klinik tu, dia jual jajan pek kecil. Weh bukan Klinik promote makanan sihat ke?
sampai sekarang sis tak boleh digest.
Rawat Ekzema Di Klinik Mediveron Wangsa Maju
Aku bersyukur sangat dipertemukan
dengan Doktor Kevin dari Klinik Mediveron. Klinik dia fokus on skin dan
kecantikan. Rawatan kesihatan lain pun ada juga. Masa kali pertama jumpa dia
dah terangkan apa itu ekzema, punca, rawatan dan memang sangat-sangat membantu.
Korang boleh baca aku kongsikan dekat artikel bawah ni.
Secara kesimpulannya, apa yang
aku belajar sepanjang Raudah sakit teruk due to ekzema:
Emosi. Jaga emosi anak, emosi
diri sendiri. Kalut dan resah memburukan keadaan. Jangan pernah lekang berdoa.
Walaupun aku tak ‘suka’ ubat
steroid tapi untuk kawal ekzema jadi lebih teruk aku akan guna juga sampai
flare tu hilang dan dia stop menggaru. Lepas tu baru aku stop depending on
steroid.
Bila jumpa doktor Kevin dia
suggest cream yang kurang kandungan steroidnya jadi aku bersyukur sangat.
Kenal pasti punca, kena sentiasa
alert dan kena banyak membaca.
Bila anak meradang, gatal-gatal
dan tak selesa, rawat dengan cepat dengan ice pack. Lap dia dengan air batu,
dan tuam bahagian gatal dengan ice pack. Bawa ke klinik dengan cepat. Alergik
boleh buat anak sukar bernafas dan lagi worst boleh bawa maut.
Elak anak terdedah pada cuaca
panas, beri makanan sihat dan seimbang, pastikan dia makan.
Apa yang aku perasan pada Raudah,
masa proses dia membesar ni deria bau, deria rasa dia sangat sensitif. Dia
sangat sensitif pada bau. Tak tahan dengan bau yang kuat, memilih makanan dan
dia susah nak makan sayur atau buah.
Pesanan untuk para ibu, jangan
putus asa cari rawatan yang terbaik untuk anak. Sentiasa ingat, ada anak-anak
yang lebih teruk nasib dia dekat luar sana. Ada hikmah Allah aturkan semua ni.
if ada soalan boleh drop email. Nanti aku reply.
Ulasan
Catat Ulasan
Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.
Terima kasih sudi comment.