Assalamualaikum. Aku nak
kongsikan pengalaman aku menggunakan Pressure Cooker Giselle yang aku terima
dari Alpha Living & Beauty Sdn Bhd -
Most Trusted Online Home Appliances bulan April yang lepas.
Memang sangat-sangat berguna sebab aku fully utilized sepanjang bulan Ramadan lepas. Menu paling banyak aku masak menggunakan Pressure Cooker Giselle ialah nasi.
Jangan
gelak ok tapi masak nasi guna Pressure Cooker rasa macam makan nasi Sushi tu.
Lembuit bak hang.
Mudahnya Masak Guna Pressure Cooker Giselle
Selera kami anak beranak makan. Sebelum aku teruskan membebel, aku nak beritahu aku bukan lah wakil jualan Alpha Living & Beauty Sdn Bhd ok, jadi apa yang aku kongsikan di sini berdasarkan pengalaman dan pengetahuan aku yang tak seberapa.
Sepanjang tempoh aku guna Pressure Cooker ni memang aku puas hati sangat.
Giselle Pressure Cooker sebagai Multi-Functional Cooker (6 Fungsi)
Kalau nak tahu Pressure Cooker ni
juga dikenali sebagai Multi-Functional Cooker sebab dengan satu periuk boleh
bertukar menjadi pelbagai periuk. Wah kau cakap nak hebat je kan Rodiah Amir.
Hahahaha.
Peringatan: aku tak jual periuk ni ok!
Berbalik kepada Multi-Functional
Cooker tadi, Giselle Pressure Cooker boleh berfungsi sebagai pressure cooker,
rice cooker, slow cooker, steamer, saute & warmer. Ha banyak kan? Enam
dalam satu la kiranya.
Giselle Pressure Cooker 18 In 1 Multi Options Program
Selain daripada itu, Giselle
Pressure Cooker ni ada 18 in 1 multi options program yang terbahagi kepada dua
iaitu untuk non pressure cooking dan juga pressure cooking.
Diringkaskan Pressure
Cooker ini ada 18 fungsi memasak dan 4 tetapan tambahan. Korang boleh pilih
untuk 𝑝𝑟𝑒𝑠𝑠𝑢𝑟𝑒
𝑐𝑜𝑜𝑘
atau 𝑛𝑜𝑛-𝑝𝑟𝑒𝑠𝑠𝑢𝑟𝑒
𝑐𝑜𝑜𝑘.
Ia sesuai untuk memasak segala jenis masakan, mengikut citarasa korang.
Pilihan yang tersedia ialah:
Slow cook (Low Temp / High Temp), Saute, Yogurt, Deep Fried, Cake, reheat, defrost dan keep warm, soup, rice, meat, Congee, roasted, ribs, tendons, baby food dan juga stew.
4 tetapan tambahan termasuk lah Keep Warm/Cancel, Timer + Custom, Power ON/OFF, Custom. Dengan cogan kata ‘from cooking rice to baking a cake’ memang sesuai sangat la banyak fungsi dia.
Pilihan yang tersedia ialah:
Slow cook (Low Temp / High Temp), Saute, Yogurt, Deep Fried, Cake, reheat, defrost dan keep warm, soup, rice, meat, Congee, roasted, ribs, tendons, baby food dan juga stew.
4 tetapan tambahan termasuk lah Keep Warm/Cancel, Timer + Custom, Power ON/OFF, Custom. Dengan cogan kata ‘from cooking rice to baking a cake’ memang sesuai sangat la banyak fungsi dia.
Kenapa aku suka Giselle Pressure Cooker?
Seperti yang pernah aku
uar-uarkan sebelum ni, aku memang teringin sangat nak beli Pressure Cooker
sebab aku rasa hazab sangat nak masak sup tulang letak sudu sebab nak bagi
daging empuk.
Dah la lama nak tunggu dia empuk, habis tangan aku kena periuk
panas masa masak atas dapur gas.
Jadi memang aku senyum lebar bila ada pressure
cooker ni. Ko tumis then ko masuk segala bahan, ko tunggu je dia masak.
Senang
je kan? So far aku dah pernah masak kambing, tulang lembu, nasi, kari ayam dan
defrost daging ayam guna Giselle Pressure Cooker.
Ciri-Ciri Giselle Pressure Cooker
Kalau korang teringin nak beli
pressure cooker, antara ciri-ciri yang patut korang tahu dan bandingkan dengan
jenama lain adalah multi options program yang ada.
Semakin banyak fungsi
semakin tinggi la harga dia, accessory yang ada dalam set pressure cooker macam
inner pot tambahan, basket untuk deep fry, bowl untuk steam dan banyak lagi.
Semua ni ada kalau beli Giselle Pressure Cooker ni.
Ciri lain aku suka tentang Giselle Pressure Cooker ni dia jimatkan banyak masa dan tenaga aku nak masak, bil elektrik aku tak berubah pun lepas guna, capacity dia agak besar (6 L).
Ciri lain aku suka tentang Giselle Pressure Cooker ni dia jimatkan banyak masa dan tenaga aku nak masak, bil elektrik aku tak berubah pun lepas guna, capacity dia agak besar (6 L).
Paling penting bila aku masak kari, atau sambal atau benda yang diperlukan
untuk menumis dia tak merecik jadi dapur aku kurang kotor. Yeah.
Boleh study
lebih lanjut dekat sini Tentang Giselle Pressure Cooker
Harga dan Nak beli dekat mana?
Harga Asal Giselle Pressure
Cooker 18 In 1 Multi Options ialah RM699, tapi sekarang hanya RM299 sebab tengah
promosi dan ada free gift. Sampai bila harga dia murah macam ni dan berapa
banyak stok ada aku tak boleh tolong.
Korang contact lah sendiri Alpha Living & Beauty Sdn Bhd - Most
Trusted Online Home Appliances dekat Instagram atau Facebook mereka. Kalau
ada soalan pun mereka boleh jawab.
Website: https://www.alphaliving.net
Facebook: https://www.facebook.com/alphaliving.net
Sebelum aku terlupa, aku banyak
dapat mesej dan juga call dari pembeli Giselle Pressure Cooker ni, bertanya tentang
bunyi Giselle Pressure Cooker masa memasak.
Masa aku masak memang ada bunyi,
kuat pula tu, tapi rupa-rupanya aku SALAH PASANG PENUTUP dia.
Korang jangan
jadi macam aku. Kena tutup betul-betul dan keadaan penutup (tulisan Giselle)
kena sama dengan dalam gambar.
Pastikan juga muncung di bahagian atas tu betul. Kau tolak-tolak jelah sampai bunyi tu hilang. Faham ke idok? Jadi tiada masalah bunyi bising
masa memasak pun. Tak faham rujuk gambar di bawah.
Peringatan juga, hati-hati bila
memasak guna Pressure Cooker tak kisah apa jenama sekali pun. Baca arahan
betul-betul dan jangan buka secara melulu.
Tunggu wap panas dibebaskan dan baca
lah arahan dengan betul.
Update: Seminggu puasa tahun 2023, Pressure Cooker Giselle dah tamat riwayat dia. Awalnya penutup dia crack lepas tu wayar dia ada masalah macam eletrik tak sampai.
Aku fully utilize jadikan pan untuk masak lauk dan juga nasi. Apa pun banyak jasa Pressure Cooker Giselle ni dekat keluarga aku. Berbaloi.
April 2019 - April 2023
Puan, adakah normal float valve pressure cooker giselle ni melompat2 & keluarkan wap masa dia sedang memasak..?
BalasPadamnormal..sebelum dia betul2 build up pressure..mmg valve tu akan lompat2..dah cukup pressure dia akan terkeluar terus
Padamfloat valve tu kalau melompat saya akan gerak-gerakkan dia untuk hilangkan bunyi, then dia akan continue sehingga masak
Padam