Moment Of Silence Bagi Seorang Ibu

Assalamualaikum. Entri kali ni aku nak berkongsi tentang apa yang aku lakukan untuk melepaskan segala tekanan selepas seharian menghadap karenah anak dan juga kerja rumah yang tak pernah habis. 

Korang pernah dengar tentang moment of silence? 

Selalu moment of silence yang orang selalu buat adalah berdoa untuk mereka yang terkorban, ditimpa musibah dan paling kerap orang buat masa dalam majlis serta diminta sedekahkan AlFatihah untuk mereka yang telah pergi.

Moment Of Silence Bagi Seorang Ibu 


Mohon maaf kalau ayat aku tunggang langgang eh, bahasa mudah nak faham moment of silence ni kita bertafakur atau berdiam seketika mengingati dan mendoakan yang baik-baik untuk mereka yang berada dalam kesusahan atau sebagai tanda peringatan untuk mereka yang telah pergi.
 



A moment of silence is a period of silent contemplation, prayer, reflection or meditation. Similar to flying a flag at half-mast, a moment of silence is often a gesture of respect particularly in mourning for those who have died recently or as part of a tragic historical event. Moment of silence sometimes referred to as a minute’s silence. – Wikipedia.


Moment of Silence Untuk Seorang Suri Rumah


Aku tak pasti dalam adat Melayu atau ada tak benda alah ni sebab tengok omputih je banyak buat. Kalau dalam Islam similarity dia Muhasabah diri dan sedekahkan Fatihah pada arwah la kan? 

Dan dalam entri ni aku nak kaitkan Moment of Silence dengan Seorang Suri Rumah. 

Macamana activiti ni membantu aku dalam mendapat ketenangan. Aku baru practice moment of silence sejak beberapa bulan lepas dan aku gembira yang aku lebih positif dan lebih bertenaga. 

Jadi suri rumah banyak benda yang perlu dikorbankan, paling banyak perasaan sendiri. Jangan salah sangka dengan statement aku ya, tak bermaksud ibu bekerjaya tak korbankan perasaan sendiri. Chill ok.
 

Moment Of Silence Oleh Rodiah Amir


Basically, apa aku buat dalam sesi moment of silence adalah aku ambil masa untuk aku duduk bersendirian which is dalam bilik, pasang kipas, malapkan lampu dan berbaring. Handphone letak tepi.

Aku akan make sure makan malam suami dah disediakan, anak-anak dalam keadaan baik dan aku akan minta izin suami untuk bersendiri.

Moment of silence aku tak lama sangat, sebab aku kan orang penting. Mana boleh bersendirian lama sangat nanti anak aku cari. Lol. Jadi aku akan ambil masa 10-15 minit untuk meratapi, rehat sebentar, dan sedekahkan Fatihah untuk diri sendiri.

Waktu Moment Of Silence aku akan cuba buang sebanyak mungkin segala vibes negatif yang aku kumpul. Kadang-kadang berjaya dan kadang-kadang tidak. Biasalah kan, manusia. Cliché sangat alasan.

Masa awal-awal suami ingat aku protes malas jaga anak. Lama-lama dia faham Moment Of Silence aku adalah untuk aku berehat sekejap dan charge tenaga.

Kesimpulanya, setiap orang punyai cabaran dan cara berbeza untuk dia lepasi kehidpuan seharian. Bagi sesetengah orang tak perlu ada moment of silence pun tak apa. 

Tapi bagi aku yang jiwa cepat terusik, maki hanya di hujung bibir memang amat memerlukan masa bertenang seketika. 

Macam tu lah aku tempuh kehidupan sehari-hari sebagai suri rumah sepenuh masa. Korang pula? Ada Moment Of Silence tak? Ke tak sempat nak stress ni? cayalah.

Ulasan

  1. wajib ada juga, rodiah.
    cuma aida tak tau la bhw ia nya adalah 'moment of silence'.
    lebih kurang sama. aida akan masuk bilik, phone letak tepi jejauh, on air-cond dan telentang atas katil, tutup mata.
    releks...
    tarik nafas dalam-dalam.
    releks...
    asben da faham dah. if ada tetiba gitu, dia tak ganggu lah. because dia pun ada 'moment of silence' dia jugak yg aida sgt hormat.

    BalasPadam
  2. lately macam kerap aku punya moment of silence..ke aku bermalasan wei?hahahaha

    BalasPadam
  3. we all need to have a moment of silence.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.