Dapat bayangkan tak tekanan kalau
hidup di negara yang pentingkan kecantikan macam dekat Korea. Aku terbaca
tentang kisah kontroversi kemenangan Miss Korea 2018, Miss Soo Min Kim.
Jadi
kontroversi bila kemenangan Miss Korea 2018 dipertikai sebab dia tak cukup
‘cantik’ di pandangan rakyat Korea.
Cantik selalu dikaitkan dengan putih dan
kurus. Sama la kan dekat Malaysia, semua berlumba-lumba nak kurus dan
putih.
Kontroversi kemenangan Miss Korea 2018
Korea memang terkenal dengan
rakyat yang begitu obses dengan kecantikan. Tengok la mereka yang terlibat
dalam bidang hiburan, memang harus sempurna dalam bab-bab penampilan diri.
Pendek kata, yang nak masuk industri hiburan kena cukup pakej.
Harus cantik,
kurus dan berbakat. Kalau ikut kan Korean
standard beauty (South Korea), perempuan yang beratnya melebihi 50 kilogram tidak kira berapa ketinggian dia akan
di anggap ‘chubby’ oleh masyarakat.
Perghh. Depress woi. Memang sah aku termasuk kategori gajah chubby kalau di
Korea.
Jadi wartawan tanyalah berat Miss
Soo Min Kim, dengan yakin dia jawab berat dia ialah 58.9 kilogram dengan
ketinggian 173 centimeter.
Ikut kiraan BMI dia kira normal la. Masyarakat Korea
pula cadangkan untuk dia turunkan berat badan ke 47 kilogram. Baru ideal
katanya.
Habis la tinggal rangka. Selain dari isu berat badan, ramai pertikai
kemenangan Miss Soo Min Kim sebab dia bukan dari bidang kecantikan sebaliknya
graduate in International Business.
Cabaran Menjadi Miss Korea 2018
Kisahnya, mamat yang interview tu
tanya la apa yang berlaku sepanjang Miss Soo Min Kim bertanding dalam pertandingan
Ratu Cantik Korea. Seronok ke?
Apa cabaran dihadapi sepanjang pertandingan dan
soalan soalan-soalan lain yang biasa ditanya. Rupa-rupanya masa awal-awal dia
menyandang gelaran Miss Korea, dia di hentam teruk dalam internet.
Miss Soo Min Kim kongsikan
pengalaman semasa Pertandingan Peringkat Negeri, semua peserta dikawal ketat.
Hari pertama mereka tiba di akademi, semua beg mereka di periksa untuk pastikan
tiada peserta bawa coklat atau makanan ringan.
Paling teruk, jika peserta nak
ke tandas harus ditemani security guard sebab ada sebelum ni kes peserta lari.
Berjaya Dinobatkan Sebagai Miss Korea 2018
Setelah berjaya melalui pelbagai
tugasan dan tempuh banyak cabaran, akhirnya Miss Soo Min Kim ditabalkan sebagai
Miss Korea 2018.
Sejurus dia menang dia banyak terima kutukan dan fitnah bukan
sahaja pada diri dia tapi ahli keluarga dia.
Mula-mula dia down dan akhirnya di
bangkit dan dia cuba nak betulkan persepsi rakyat Korea tentang kecantikan.
Setiap orang patutnya rasa cantik dan yakin dengan diri sendiri.
Kenapa aku masukan kisah kontroversi kemenangan Miss
Korea 2018 dalam blog aku tak lain
tak bukan aku juga nak sampaikan mesej yang sama.
Kecantikan bukan segala-galanya. Tak berguna muka
cantik tapi tiada ilmu dan adap. Kalau boleh biarlah semua seimbang.
Muka
cantik akhlak pun cantik. Jom sama-sama muhasabah diri, elak diri dari tertekan
dan jadi bangga dengan diri sendiri. Kita boleh!
Saya tak minat sangat la dengan korea2 ni. macam plastik je semua hehe
BalasPadamawak cantik bagi saya..sharing tips please!Hihihi
BalasPadamsempitnya pemikiran diorang ni mmg kena tune balik
BalasPadam