Istimewa Althea A'bloom Koleksi Kosmetik Terbaru Althea
Assalamualaikum. Kita tahu kan yang negara Korea memang terkenal sebagai negara yang begitu obses dengan kecantikan dan terkenal dengan produk-produk kosmetik yang semakin mendapat tempat di hati peminat barangan kosmetik di seluruh dunia.Jadi kali ni aku nak
berkongsi tentang satu laman web untuk korang shopping barang-barang kecantikan
dari Korea.
Untuk yang belum pernah dengar tentang Althea, ianya adalah laman web membeli belah barangan produk kecantikan dan kosmetik dari Korea yang berkualiti dan boleh dipercayai.
Nama Althea dipilih hasil inspirasi dari bunga kebangsaan Korea iaitu Althea yang melambangkan kecantikan orang Korea itu sendiri. Simbolik sangat.
Memperkenalkan Althea A'bloom, Koleksi Terbaru Althea
Terbaru, Althea telah
memperkenalkan koleksi terbaru mereka iaitu Althea A'bloom. Ada empat produk
dalam set Althea A'bloom iaitu A'bloom Mask Sheet, A'bloom Giant Meringue Puff,
A'bloom Baby Meringue Puffs dan A'bloom BHA Blackhead Blaster.
Pengalaman Menggunakan Althea A'bloom Mask Sheet
Ramai orang abaikan kepentingan
pakai mask sedangkan mask membantu menjadikan kulit korang kekal lembap dan
berseri. Jadi kalau nak kulit cantik macam orang Korea kena rajin ok.
Ada empat jenis mask yang
terdapat dalam set A'bloom iaitu bloom Brightening Lemon Lime, A'bloom
Moisturizing Watermelon, A'bloom Nourishing Avocado dan A'bloom Anti-Blemish
Peach.
Setiap mask mempunyai fungsi yang berbeza-beza. Aku dah cuba A'bloom
Anti Blemish Peach - AC Me. Memang moist gila dan dalam tu ada 25gram jus okeh.
Bau Peach yang tak terlalu over dan kulit muka jadi super lembut lepas 20 minit
pakai.
Harga: RM2.00 / sheet
Cara Pakai Althea A'bloom Mask Sheet
- Cuci muka dan sapukan toner.
- Apply Althea A'bloom Mask Sheet dan biarkan sehingga 10 hingga 20 minit.
- Jangan bilas muka selepas tanggalkan mask dan jangan pakai mask lebih dari 20 minit kerana mask akan menyedut kelembapan kulit muka.
Althea A'bloom Anti Blemish Peach - AC Me Peach
Khas untuk kulit wajah jenis
berminyak dan membantu membersihkan serta merawat kulit muka sensitif. Althea
A'bloom Anti Blemish Peach - AC Me Peach kaya dengan ekstrak buah Peach dan Tea
Tree oil yang berfungsi mengawal pengeluaran minyak, mengimbangi kelembapan dan
membersihkan kulit.
Althea A'bloom Nourishing Avocado - Avo Cuddle Me
Kaya dengan antioksidan dari Avocado
untuk menyuburkan dan melindungi kulit dari faktor persekitaran yang berbahaya
dan juga membantu mencegah kedutan di wajah.
Ekstrak buah Avocado dan Bunga Raya
yang terdapat dalam Althea A'bloom Nourishing Avocado - Avo Cuddle Me berfungsi
melicinkan kulit muka dan jadikan kulit lebih lembut.
Althea A'bloom Moisturizing Watermelon - Water Me Long
Althea A'bloom Moisturizing
Watermelon - Water Me Long sheet sesuai untuk semua jenis kulit terutama jenis
kulit kombinasi. Ada ekstrak tembikai yang popular dengan fungsi kelembapan dan
juga ekstrak Lavender yang menenangkan.
Althea A'bloom Brightening Lemon Lime - Sparkle Me Bright
Sparkle-Me-Bright Sheet Mask
membantu mencerahkan kulit dan anti kusam. Vitamin C dari Lemon dan ekstrak
Limau nipis membantu menghilangkan bintik-bintik gelap dan ramuan tambahan Teh
hijau menjadikan kulit lebih cerah. Mask khas untuk kulit muka kombinasi.
Pengalaman menggunakan Althea A'bloom Giant & Baby Meringue Puff
Si comel Althea A'bloom Meringue
Puff datang dengan dua saiz iaitu saiz Giant dan saiz Baby. Bentuk puff yang
seakan menyerupai Meringue memang sangat applicable sebab senang nak pegang dan
perbezaan saiz puff untuk memberikan kesan sapuan yang sekata pada muka.
Althea A'bloom Baby Meringue
Puffs sesuai digunakan pada bahagian T-Zone, bawah mata dan untuk buat
contouring dan highlight muka. Manakala Althea A'bloom Giant Meringue Puffs
digunakan untuk bahagian muka yang lebih luas seperti dahi dan pipi.
Giant Meringue Puff: (RM8.00 / 1 pieces) | Size: 48*46mm
Baby Meringue Puff: (RM11.00 / 3 pieces) | Size: 30*28mm
Tip: Untuk dapatkan make up yang
cantik dan foundation nampak sekata dekat kulit muka memang korang kena pakai
puff ni. Jangan tonyoh tapi kena dap dap dengan lemah lembut je kat kulit muka.
Cuba la. Ada beza tau. Lagi satu, aku suka basahkan puff rasa macam cantik je
make up. Jadi glowing muka.
Pengalaman Menggunakan Althea A'bloom BHA Blackhead Blaster
Penghapus Blackhead paling
berkesan untuk aku so far. Sebelum ni aku pernah try blackhead remover jenis
liquid dan jenis stiker tapi semua tu tak memberikan kepuasan hati.
Tapi lepas
aku guna Althea A'bloom BHA Blackhead Blaster ni memang aku melompat
kegembiraan. Habis bintik hitam dan bintik putih terutama dekat bahagian T-Zone
aku tanggal.
Aku ada habit suka pegang hidung.
Lepas pakai Althea A'bloom BHA Blackhead Blaster ni hidung aku rasa licin weh.
Sebelum
ni kasar ok. Ciri lain yang aku suka sangat Althea A'bloom BHA Blackhead
Blaster ni sebab dia stick jadi senang nak pegang.
Macam pakai lipstick tapi
kena tonyoh kat muka la jangan bibir. Jahanam bibir korang aku tak tanggung.
Hahahaha.
Kandungan utama Althea A'bloom
BHA Blackhead Blaster ialah Charcoal, Apricot Seed Powder, Natural BHA dan Tea
Tree Leaf Oil. Aku suka pakai sebab rasa berangin je.
Harga: RM16.00 | Weight: 8 Gram
Cara pakai BHA Blackhead Blaster:
1. Cuci muka dan sapukan pada
bahagian muka yang ada blackhead macam hidung dan bahagian dagu.
2. Urut secara membulat dengan
perlahan selama beberapa minit.
3. Bilas dengan air.
Please do check out website
Althea untuk korang borong semua produk yang aku cerita dekat atas. Boleh guna
link aku kongsi dekat bawah ni. Selamat ber shopping dan cantik macam artis
Korea.
alahai murah2 harga althea ni ingatkan mahal
BalasPadam