Resepi Sambal Cili Kering Goreng Pembuka Selera | Assalamualaikum. Pernah tak korang alami nak makan nasi tapi selera langsung tak ada. Ada lauk sedap pun selera hilang sebab makanan tak pedas. Ha itu la yang jadi kepada aku. Oleh sebab ada princess kecil dalam rumah semua menu kena consider tekak princess iaitu yang tak pedas. Nak masak asing memang aku malas melampau. Tak kose nyah. Anak kecik asyik melalak. Jadi, memang aku akan makan nasi dengan sambal cili kering goreng.
Resepi Sambal Goreng Cili Kering |
Sambal Cili Kering Goreng Pembuka Selera
Aku dapat resepi ni dari kawan abang ipar yang datang rumah masa aku kecik dulu. Dah arwah dah pun abang tu, meninggal kemalangan motosikal berkuasa tinggi. Arwah stay rumah kami beberapa hari sempat dia buat macam-macam. Dia ajar Sambal Cili Kering, dia ajar buat donut Giant. Arwah baik sangat orangnya. Suka layan kami adik beradik. Main kejar-kejar lah. Masa first time rasa aku dah suka sangat Sambal Cili Kering Goreng ni. Nama sebenar sambal ni aku tak tahu, tapi arwah selalu kata Orang Johor suka sambal ni. Kalau salah jangan marah ya.
Resepi Sambal Cili Kering Goreng
Sambal ni sedap makan dengan nasi panas atau sebagai sambal untuk mee sup atau bihun sup. Aku tak payah lauk lain kalau dapat sambal Cili Kering Goreng ni. Makan sekali dengan ulam, memang tak pandang kiri kanan la.
Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat Resepi Sambal Cili Kering Goreng adalah seperti berikut:
Segenggam Cili kering yang diracik halus.
Dua genggam ikan bilis
Dua ulas bawang merah
Dua ulas bawang putih
Gulu secukup rasa
Cara-cara membuat Sambal Cili Kering Goreng adalah:
Goreng cili kering dan ikan bilis sehingga betul-betul garing. Elak goreng cili dari hangit. Goreng juga bawang putih dan bawang merah seketika.
Kemudian tumbuk kesemua bahan goreng tadi sehingga hancur dan masukan gula secukupnya. Sebab aku malas aku blend satu-satu bahan dengan blender kering. Sedap juga.
Siap.
Selalu memang tak lama bertahan sebab aku makan denagn apa sahaja |
Semoga perkongsian ni bermanfaat untuk korang yang nak cuba.
Ulasan
Catat Ulasan
Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.
Terima kasih sudi comment.