Resepi Bubur Sumsum Guna Santan Kotak

Korang kenal kan bubur sumsum tu apa? Jangan jadi macam aku dah besar baru tahu apa itu sumsum. Bubur sumsum ni dimakan dengan kuah gula. 

Nasib mak mertua aku jenis tak suruh masak-masak dekat rumah. Dulu, bila aku tengok mak aku buat bubur sumsum selalu aku fikir apa yang sedap sangat kuih ni. 

Bila dah meningkat dewasa baru aku faham feeling teringin nak makan kuih-kuih lama ni. Aku banyak rujuk Youtube untuk tengok cara memasak. Ada video dan penerangan jadi lebih faham. 

Resepi bubur Sumsum Guna Santan Kotak 

Oleh sebab dah beberapa hari asyik duk teringat jadi beranikan mencuba buat sendiri. Jadi tak jadi belakang cerita. Jom aku kongsikan bahan-bahan yang diperlukan dan cara-cara untuk membuatnya.


Bahan-bahan Resepi Bubur Sumsum


1 cawan tepung beras
1 kotak santan Kara
700 ml air 
Sedikit garam

Cara-cara membuat bubur sumsum ialah campurkan kesemua bahan dalam periuk. Air tu agak-agak sehingga adunan menjadi cair dan tak melekat pada senduk. 

Kemudian masak atas dapur guna api perlahan. Kacau setiap masa sehingga adunan menjadi likat. Tanda bubur tu masak adalah dia tidak melekat pada dasar kuali. 

Tak lama pun tempoh nak kacau tu. Dalam sepuluh minit macam tu. 

Kemudian masuk kan bubur tadi ke dalam bekas dan ratakan. Kemudian biarkan sejuk. Untuk senang dipotong kena dibiarkan setengah hari. Baru elok bentuk dia. 


Cara membuat kuah gula versi gula melaka:

Tiga ketul gula Melaka dihancurkan dan dimasak bersama satu kotak santan kara dan 400ml air. Masuk kan juga beberapa helai daun pandan untuk bagi dia wangi. Masak sehingga mendidih. 

Kalau ikut resepi gula original, masak kuah gula guna gula putih. Resepi masih sama cuma tak letak santan sahaja. Terpulang selera masing-masing. 


Walaupun pertama kali mencuba buat bubur sumsum ni bagi aku tak la susah pun. Lepas tu bahan-bahan diperlukan pun senang nak cari. 

Bubur sumsum ni sedap makan sejuk-sejuk. Ada sesetengah orang suka makan suam-suam lagi sedap katanya. Korang cuba la sendiri ok. 
Selamat berpuasa dan selamat mencuba. 

Ulasan

  1. simple dan sedap... tq share.. ada masa leh try :)

    BalasPadam
  2. pertama kali dengar bubur sumsum, hehe. boleh la try resepi ni untuk berbuka ^_^

    BalasPadam
  3. Sedapnya kalau berbuka dengan bubur sumsum nie..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.