Resepi Biskut Florentine

Assalamualaikum. Alhamdulillah, biskut raya pertama, Biskut Florentine atau nama lain dia Crunchy Caramel Almond Cookies dah siap buat sebekas. 

Lol baru sebekas dah kecoh kan? Hahahaha. Sebenarnya itu pon sebab kakak aku pesan suruh buatkan untuk dia.

Resepi Biskut Florentine 

Kira ni sesi warm up sebelum meneruskan kehidupan buat biskut raya untuk tahun 2019. Biskut Florentine adalah antara biskut mahal yang dijual dan paling cepat habis dimakan. 

Oleh sebab serik beli dan habis maka mari lah sama-sama belajar buat. Tak susah pun. Dalam 15 minit dah siap.


Cara Buat Biskut Florentine


Bahan utama adalah Tepung florenta yang memang dah banyak kedai bakery jual dan juga pelbagai jenis kekacang pilihan yang korang suka. 

Terpulang pada kesukaan masing-masing. Semakin banyak kekacang semakin mahal la harga biskut Florentine korang. Jom tengok bahan-bahan yang diperlukan dan cara nak buat.
 




Bahan-Bahan:

100gm Kuaci
100gm Kuaci Biji Labu
100gm Badam Keping
100gm Tepung Florenta
10gm Bijan Hitam (aku tak letak sebab malas)




Cara-cara:

Sangai di dalam kuali semua bahan-bahan kecuali bijan hitam, atau masukan ke dalam oven selama 5 minit pada suhu 160c.

Campurkan kesemua bahan-bahan kecuali Bijan hitam dan gaulkan. Ratakan bahan-bahan yang digaul ke dalam dulang pembakar. Sila lapik dulang dengan kertas pelapik. Ratakan bahan-bahan sehingga sekata dan sama tebal. 

Bakar biskut pada suhu 160c selama 10 minit atau sehingga keperangan. Potong biskut sebaik sahaja keluar dari oven. Potong semasa biskut masih panas.

Siap! Selamat mencuba.




*Aku ada terbaca versi Resepi Biskut Florentine yang dicelup dengan coklat. Belum pernah cuba, tapi mesti bertambah manis sebab resepi yang aku cuba ni pun memang dah sedia manis. 

Ulasan

  1. CCL baru buat biskut ni semalam. Mudah.. Buat sendiri boleh makan banyak2

    BalasPadam
  2. mudah ni.
    tapi aida x buat pun.
    sempat buat 2 jer. biskut cornflakes & cornflakes madu jer...
    florentine ni sekali hadap depan tv, abis sebalang :) ha ha ha ha
    krup krap krup krap!

    BalasPadam

Catat Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.