Resepi Aneka Biskut Raya Popular Yang Sedap

Asalamualaikum. Mood nak buat biskut raya dah datang. Suami pun dah mula bertanya nak beli atau nak buat macam tahun sebelumnya. 

Masih lagi bersemangat nak buat biskut raya sendiri then kerepek sahajalah yang aku plan nak beli. Aku ada jumpa beberapa resepi biskut raya popular yang aku teringin nak cuba. 

Resepi Aneka Biskut Raya Popular Yang Sedap 

Jadi aku kongsikan resepi aneka biskut raya popular yang sedap untuk korang cuba juga. Doakan cita-cita nak buat biskut raya tercapai eh. Jom la kita sama-sama.  




Antara resepi Biskut raya yang banyak kali dirujuk dalam blog rodiahamir adalah seperti Brownies Cookies dan resepi Popia jejari Coklat. 

Aku rasa sebab dua resepi memang senang sangat nak buat. tinggal rajin je. Jadi jom tengok resepi Aneka Biskut Raya Popular Yang Sedap dekat bawah ni:



*Credit: Nur Rabiatul Fatien‎ 

Resepi Popia Nestum Bersalut Coklat

Bahan-Bahan:

  • 1 bungkus popia
  • 1/2 cawan horlicks
  • 1/2 cawan gula – kisar halus
  • 1 cawan nestum – kisar halus

Cara Membuat:

1. Potong kulit popia menjadi 12 bahagian. Gulung kulit popia menggunakan straw. Jangan gulung terlalu tebal sebab nanti keras. 
2. Goreng kulit popia dengan api sederhana sehingga garing. 
3. Apabila sudah sejuk, tabur, horlicks, gula dan nestum yang dikisar di atas kulit popia tersebut.
4. Gaul hingga semua kulit popia disaluti bahan tadi. Simpan dalam bekas kedap udara.

Resepi Popia Coklat versi aku: DI SINI



Credit: intaidapur.blogspot.my

Resipi Brownie Cookies

Bahan-Bahan:

  • 120 gm dark chocolate Beryl coins
  • 1 biji telur gred A atau B
  • 100 gm gula aising 
  • 50 gm tepung gandum
  • 40 gm marjerin/mentega
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • Kekacang pilihan sangai dulu (optional)

Cara Membuat:

1. Di dalam satu mangkuk tahan panas, double boil chocolate dan marjerin sehingga cair, ketepikan.
2. Ambil mangkuk lain, masukkan telur dan gula aising, pukul dengan whisudu kecil sehingga gula larut.
3. Tuangkan chocolate yang telah dicairkan tadi, kacau rata.
4. Tambahkan esen vanilla, tepung gandum dan kekacang, gaul sebati.
5. Perap/rehatkan adunan selama 5-10 minit. (saya rehatkan selama 10 minit).
6. Sementara itu panas kan oven pada suhu 180'C.
7. Sudukan satu adunan ke atas loyang yang telah di alas baking paper, susun dan jarak-jarakkan adunan. (Adunan agak lembik).
8. Bakar selama 10-20 minit atau mengikut oven masing-masing.
9. Setelah masak, biarkan sejuk di dalam loyang kerana ketika ini cookies masih lembut.
10. Simpan cookies di dalam bekas kedap udara. 

Nota tambahan: 

i) Untuk cookies jenis chewy, masa bakar selama 12 minit.
ii) Untuk cookies jenis crunchy, masa bakar selama 15 minit.
iii) Kalau nak tahu cookies itu sudah masak, atas dia akan berkilat dan pecah berkedut-kedut macam dalam gambar

Resepi Brownie Cookies versi aku: DI SINI



Credit: Ina Azlina

Resepi Walnut Premium Cookies

Bahan-Bahan dan cara membuatnya:

500g kacang walnut disangai
250g premium butter / Butter Cup
¾ cawan (150g) gula perang halus atau kurangkan kalau mahu kurang manis
1sudu kecil esen vanilla
Kacau sebati
Masukkan
½ sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
1 cawan walnut cincang separa halus
2 sudu besar  tepung jagung 
¼ cawan (5 sudu besar ) minyak Canola

Kacaukan ke semua bahan
Tambahkan sedikit demi sedikit 3 ½ cawan (350g) Tepung Gandum Cap Ros
Bentukkan cookies mengikut acuan yang digemari. Bakar biskut pada suhu 170c selama 20 minit atau sehingga bisudu kecilut perang.

350g coklat beryls yang di cair kan 1sudu besar shortening menggunakan teknik double boiled.
Setelah Biskut sejuk celupkan Biskut ke dalam coklat dan Biskut dengan walnut yang di cincang.  



Credit: Ina Azlina


Resepi Tart Nenas Almond Meletop

Bahan-Bahan dan cara membuatnya:

250g butter atau majerin
3sudu besar gula perang halus
2 sudu besar myk sapi ghee
1 bj telor kuning
Esen vanilla
Pewarna kuning
(Kacau sebati pakai senduk je)
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar tepung kastard
2 sudu besar tepung susu
½ cawan serbuk almond
sedikit garam

Kacau dan kemudian masukan 2 cawan tepung gandum sedikit demi sedikit sehingga doh menjadi lembut.

Rehat kan doh sekejap. Boleh bentuk-bentuk kan. 
Sapukan kuning telur dan tabur serbuk almond.

Bakar pada suhu 170c selama 25-30 minit
(Dari bawah rak no 2 tuk oven 100L rak no 1 untuk oven 45 L)



Credit: Ina Azlina

Resepi Bangkit Cheese Melting

Bahan-Bahan:

Bahan-bahan bangkit cheese

  • 500g butter / majerin pelangi
  • 350g gula aising
  • 3 biji kuning telur
  • 500g tepung ubi - sangai selama 15 minit atau jemur dibawah panas
  • 400g tepung jagung
  • 50g serbuk santan 
  • 50g serbuk badam 
  • ½ sudu kecil baking powder
  • ¼ sudu kecil garam
  • 150g parutan keju cheddar

Cara membuatnya:

Satukan semua bahan-bahan kering dan gaul rata
Mix butter dengan gula aising hingga kembang.
Masukkan kuning telur dan pukul sehingga sebati
masukkan cheddar parut dan gaul sebati
Masukkan bahan-bahan kering tadi smbil uli sehingga jadi doh
Canai dan terap
Bakar pada suhu oven 170 masa selama 15 hingga 20 minit



Credit: Masni Bahari

Resepi Biskut Makmor Gebu

Bahan-Bahan:

  • 3cawan tepung gandum (tambah jika perlu)
  • 125g minyak sapi di cairkan
  • 2 sudu besar gula di blend
  • Sedikit Garam

Cara membuatnya:

Sangai tepung atau bakar dalam oven pada suhu 200c selama 15 minit. Kemudian satukan kesemua bahan di atas dan uli sehingga menjadi doh. Tambahkan tepung jika masih lembik. 
Rehatkan doh selama 10 minit. 

Bahan Untuk inti:

200g Kacang tanah yang disangai dan di kisar
Susu pekat secukupnya. 
Gaulkan kacang tanah bersama susu pekat dan bentukkan menjadi doh bulat kecil. Jangan over picit doh dikhuatiri doh menjadi terlalu keras. 
Kemudian, ambil doh tepung tadi dan bentukkan menjadi bulat dan masuk kan inti kacang. 
Bakar pada suhu 180c selama 25 minit. Sejuk kan biskut dan salutkan denagn gula icing. 



Ulasan

  1. Uittt top 3 resepi di atas memangggg Umphhhhhhhh! Hahaha. Peminat tegar coklat lah katakan.

    BalasPadam
  2. sedapnyaaa tgk semua biskut raya ni..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.