Nak Diet Tapi Nak Makan Nasi
Assalamualaikum. Pernah dengar tak kata-kata kecaman dari orang sekeliling bila kau kata nak diet lepas tu kena sound sebab makan nasi. Ha kalau ada elok korang suruh dia mengucap dan cuba baca entri aku pasal diet dan nasi ni. Oleh kerana makanan ruji orang Malaysia ni adalah nasi maka memang agak payah la nak diet tanpa nasi kan?
Boleh Ke Diet Tanpa Makan Nasi?
Tapi kalau menurut kajian orang Jepun, memakan nasi dalam kuantiti yang banyak dapat mencegah obesiti. Ha apa lagi makan nasi semula hahaha. Yang sebenarnya dalam kajian yang dibuat mendapati negara yang makanan rujinya adalah nasi berisiko lebih rendah untuk obes berbanding negara yang tak makan nasi.
Professor Tomoko Imai dari Doshisha Women's College of Liberal Arts, Kyoto, Japan menyatakan yang makan nasi dalam kuantiti yang betul dapat mencegah seseorang dari obesiti. Jangan la pergi telan nasi dua pinggan sekali makan. Memang tidak la kurusnya.
Jadual Pemakanan Seimbang |
Jadual Pemakanan Seimbang
Kalau korang masih ingat lagi, sejak dari bangku sekolah lagi kita memang dah di ajar untuk makan dengan kuantiti yang betul. Kena seimbang. Mesti pernah buat piramid makanan macam dekat bawah ni kan? Dekat situ pun di ajar yang makan nasi disarankan sebanyak tiga sehingga lima kali dalam kuantiti semangkuk kecil.
Kalau ikut pengalaman aku sendiri memang agak payah pada permulaan nak latih perut terima makanan dalam kuantiti yang sedikit. Dah terbiasa makan sampai kenyang, Rasulullah pun dah pesan “makan sebelum lapar, berhenti sebelum kenyang”. Tapi lama kelamaan in sya Allah boleh. Rasanya bulan Ramadhan la bulan paling tepat nak latih semula diri untuk jaga pemakanan.
Kalau ikut pengalaman aku sendiri memang agak payah pada permulaan nak latih perut terima makanan dalam kuantiti yang sedikit. Dah terbiasa makan sampai kenyang, Rasulullah pun dah pesan “makan sebelum lapar, berhenti sebelum kenyang”. Tapi lama kelamaan in sya Allah boleh. Rasanya bulan Ramadhan la bulan paling tepat nak latih semula diri untuk jaga pemakanan.
Suku suku separuh untuk pinggan sihat Malaysia
Kalau susah sangat nak hafal pyramid
makanan tu, apa kata korang cuba pula konsep suku suku separuh ni. Apa yang
suku? Apa yang separuh? Paling penting korang kena faham apa jenis makanan yang
kena makan separuh dan yang mana harus dikurangkan.
Makanan seperti ikan, ayam, daging dan kekang kena di ambil dalam kuantiti suku, sama juga untuk nasi, mi, roti, bijirin, dan ubi juga diambil dalam kuantiti suku bahagian pinggan. Hanya buah-buahan dan sayuran sahaja diambil dalam kuantiti separuh pinggan. Jadi kalau masih lapar sila la kunyah sayur-sayuram. Bukan makan lebih banyak nasi lol.
Ibu Susuan Dan Diet
Masa melahirkan anak pertama dan kedua aku makan tanpa sekatan sebab aku pegang teori makan sebab susukan anak. makan untuk dua orang. Jadi apa yang aku makan aku akan double kan kuantiti dia. itu sebabnya badan aku bagai di pam, pam. Lepas lahir je anak ketiga keinsafan mula terbit sebab usia pun dah menginjak tua. Bahaya kalau tak jaga dari sekarang.
Akhir sekali, untuk yang sedang atau baru je nak cuba kurangkan berat badan, sila jangan salahkan nasi penyebab berat badan korang naik. Jom sama-sama kita cuba kurangkan berat supaya kita lebih enjoy nak menikmati kehidupan seharian. Bila badan sihat dan dapat badan ideal baru la mudah nak beramal ibadah hendaknya. In sya Allah.
there's no wrong in eating rice when you're dieting actually. haha
BalasPadamaku nasi makan je, tapi kalau nak kurus puasa arr. hahahahha. makan ikut keperluan sahaja. gituuuuu
BalasPadam