Assalamualaikum. Sabtu lepas aku ke Jalan Jalan Japan yang terletak di M3 Mall Gombak. Ini merupakan outlet mereka yang ke empat yang dibuka di Malaysia.
Outlet Jalan Jalan Japan yang pertama telah dibuka di Level 1A, Sky Park, One City, USJ, yang kedua terletak di Level 3, Shamelin Mall, Cheras, KL, yang ketiga di Level 3, CenterPoint, Seremban dan paling terbaru ialah di Level 2, M3 Mall Gombak.
Jalan Jalan Japan Di M3 Mall Gombak, Harga Barang Mampu Milik
Kalau nak tahu Jalan Jalan Japan ni menjual barang preloved dari Japan. Walaupun preloved tapi korang jangan risau sebab barang yang dijual masih dalam keadaan baik dan ada yang nampak macam baru ok.
Sebelum ni aku agak ragu-ragu dengan khabar angin tentang harga giler yang ditawarkan di Jalan Jalan Japan ni tapi lepas masuk dan shopping dekat sini memang rambang mata weh. Ternyata kalau tak kuat iman memang ber troli-troli korang akan borong.
Outlet Ke Empat Jalan Jalan Japan Di M3 Mall Gombak
Semasa sesi pengenalan Jalan Jalan Japan oleh Mr Daichi Shuzui, Director BOK Marketing Sdn Bhd, dia terangkan yang recycle trend bermula di Jepun kerana mereka kekurangan tempat untuk menyimpan barang-barang.
Jadi untuk mendapatkan barang yang baru mereka akan menjual barangan yang mereka ada di Kedai Preloved.
Sejak itu konsep preloved telah menjadi budaya dan sebati dalam kehidupan masyarakat di Jepun. Syarikat Bookoff Corporation di Jepun telah membawa idea dan konsep preloved ini ke Malaysia.
Semua Barang Ada Di Jalan Jalan Japan
Dekat Jalan Jalan Japan ni korang akan jumpa pelbagai barangan daripada baju untuk kanak-kanak dan dewasa sehinggalah pinggan mangkuk dan barang perhiasan rumah.
Selain tu, korang boleh beli kasut, beg tangan, anak patung, aksesori rambut, koleksi mainan termasuk anime, barangan bayi, dan juga alatan sukan seperti golf dan surfing board.
Seronoknya semua barangan dijual di Jalan Jalan Japan adalah pada harga mampu milik. Harga paling murah dijual adalah RM1. Memang shopping tak ingat dunia.
Kalau korang yang berjimat dan mencari barang pada harga yang murah, Jalan Jalan Japan adalah tempatnya.
Pengalaman Shopping di Jalan Jalan Japan M3 Mall
Memang seronok sangat dapat membeli belah di Jalan Jalan Japan M3 Mall ni sebab staff dia yang mesra, setiap saat akan dengar staff dia greet pelanggan yang masuk dan mereka akan tawarkan bantuan sambil beri senyuman yang manis.
Jangan risau dia tak lah ikut je korang ke mana korang pergi. Kawasan dalam outlet pun selesa untuk tarik troli, susunan barang mengikut jenis barangan dan jadi mudah nak mencari.
Bak kata-kata Mr. Daichi, orang Jepun tidak menjual barang-barang mereka untuk mendapatkan wang tunai tetapi ia adalah cara untuk mereka menggantikan pakaian baru dalam almari mereka.
Jepun kan memang terkenal dengan fesyen yang terkini, jadi kebarangkalian mereka membeli amatlah tinggi. Sebab tu semua barang yang dijual masih dalam keadaan baik.
Siapa yang patut datang ke Jalan Jalan Japan?
Jalan Jalan Japan adalah destinasi terbaik untuk mereka yang mencari barangan pelbagai yang dijual pada harga mampu milik setanding kualiti pada harga murah giler.
Untuk korang yang berdekatan jangan lupa yang Jalan Jalan Japan M3 Mall bakal dibuka kepada orang ramai pada 18 Mei 2019 pada pukul 10 pagi. Jadi mark kalendar korang dan datang ok.
Lokasi M3 Mall terletak berdekatan dengan LRT Taman Melati. kalau berjalan kaki ambil masa lima ke supuluh minit sahaja. Jadi mudahlah kalau nak datang. Nak drive sendiri pun tiada masalah.
Facebook Jalan Jalan Japan: https://www.facebook.com/JalanJalanJapan.Malaysia/
Jalan Jalan Japan
Level 2, M3 Mall
Jalan Madrasah, Jalan 1/22a,
Taman Melati, 53100 Kuala Lumpur
wah.. kemain diah bershopping ye..
BalasPadamwah ni kalau dekat dengan tempat kami, confirm dah pi jugak ni. tapi apakan daya kami di kedah ni. hahahhaha
BalasPadamthis is one of my favorite place to go shopping at and i always go to One Shamelin Mall.... i dont mind to go there every week... hahaha
BalasPadambest gak ni kan. aku tak pernah terjah, nanti la terjah. insyaAllah
BalasPadamMemang rambang kalau masuk Jalan Jalan Japan ni! Boleh dapatkan barangan yang berkualiti dengan harga yang sangat murah. Yaya pernah beli Bumbo baby dengan tempat mandi baby yang sangat convenience kat sini hee
BalasPadamBerplastic you shopping. Hebat! Mesti murah giler. Tengok banyak betul pilihan . I belum pernah datang shopping sini lagi. Kalau I pegi sure lupa diri.
BalasPadamAdoi geramnya tengok barang-barang kat Jalan Jalan Japan ni. Memang menarik dan murah. Harap sangat 1 day ada outlet kat Penang jugak
BalasPadamSeronoknya kedai cmni. Tgok gmbar pun dh taw mmg akan rambang mata. Hehe
BalasPadamamboi banyaknya beli barang preloved kat Jalan Jalan Japan ni. betul mostly banyak je barang kat sini harga murah. kena pandai cari je lagi pun barang yang dorang jual masih elok lagi
BalasPadamEhhh patung tu nak kata comel pun tidak seram pun ada juga wakakakak.. Tapi tengok ramai pergi sini barang murah-murah kat sini. Kira ini barang bundle dari Japan lah kan hurmmmmm..
BalasPadamDah pernah shopping dekat Jalan Jalan Japan Seremban. Memang best banyak barang barangnya yang masih canyik dan nampak baru. Masa shopping kat sini semoatlah grab beg untuk anak anak, mangkuk, tuala dan beberapa barang lain yang tak ingat sangat. Tapi srrius best shopoing kat JJJ ni
BalasPadamWahh.... Banyak nya shopping ! Berplastik plastik! Tentu jimat banyak kannn.... Nina belum pernah masuk Jalan jalan Japan ni, kalau masuk mau seharian Nina dalam tu..
BalasPadamThanks sharing
Jalan jalan japan antara fav kedai yang suka saya singgah terutama dalam mencari barangan yang rare. Harga nenang berpatutan. Kalau pandai cari dapat brg yg x pernah diguna lagi
BalasPadamAmboiii, banyak nya beli. Berplastik-plastik haa. Emi belum pernah shopping kat Jalan-Jalan Japan ni lagi. Best je tengok member2 duk menyopping sini.
BalasPadamI can't wait to visit this outlet they have more products compared to the outlet in Subang. I'm eyeing for the stich it's so cute
BalasPadamSemua barang nampak menarik. Saya pun nak pergi shopping di sana juga. Shopping makes me happy.
BalasPadamBorong borong makk, klw beli alat olah raga pasti murah juga ke
BalasPadam